Zionis zalim : Konvoi keamanan Freedom Flotilla telah diserang..

lutfee

Senior
Joined
Sep 30, 2007
Messages
2,578
Points
38
Israel dilaporkan telah merampas kapal-kapal konvoi Freedom Flotilla. Dilaporkan jumlah kematian meningkat kepada 16 orang dan lebih dari 30 orang cedera ketika pasukan Israel menyerang kapal-kapal Freedom Flotilla pada pagi ini, menurut laporan dari Radio Tentera Darat Israel.

Laman web Haluan Palestin melaporkan, konvoi kemanusiaan itu diserang ketika menghampiri 65 km dari pantai Gaza. Mereka juga berkata kapal-kapal itu sekarang sedang ditarik ke bandar Haifa Israel, bukan ke Asdod untuk mengelakkan wartawan menunggu di sana.

Wartawan Al Jazeera, Elshayyal Jamal yang berada dalam kapal Mavi Marmara, mengatakan bahawa tentera Israel telah menggunakan peluru hidup ketika mereka memasuki dan merampas kapal.

Menurut wartawan Ayman Mohyeldin dari Al Jazeera yang melaporkan dari Baitulmuqaddis, berkata tindakan Israel itu mengejutkan.

“Semua gambar yang dipaparkan dari para aktivis di kapal-kapal menunjukkan dengan jelas bahawa mereka adalah warga awam dan bertujuan membawa misi kemanusiaan dengan bekalan perubatan di atas kapal. Tindakan Israel ini pasti akan mengejutkan masyarakat antarabangsa atas apa yang telah mereka lakukan,” katanya.
rujukan :
- http://smpalestine.com/2010/05/31/flotilla-update-immediate-post-attack/
- http://www.livestream.com/insaniyardim
- http://www.bharian.com.my/bharian/a...hapabilaIsraelserbukapalbantuankeGaza/Article
- http://www.harakahdaily.net/v2/inde...6-mati-kapal-dirampas&catid=1:utama&Itemid=50
- http://malaysiakini.com/news/133181

Semoga orang2 islam dan semua yg turut serta selamat dan yg gugur syahid ditempatkan disisi allah...
kita doakan semoga semua selamat...
 

abgsabah

freshman
Joined
Jun 27, 2007
Messages
725
Points
16
sungguh sedih apabila negara-negara Islam disekeliling sana tidak membuat apa2...
 

aktechpage.com

freshman
Joined
Jul 4, 2009
Messages
676
Points
18
kita hanya mampu berdoa...
Yup..Aku pun..hanya doa setiap kali selepas solat 5 waktu pohon agar saudara Palestin kita sentiasa tabah dan kuat menghadapi dugaan ini.
1 hari nanti Israel laknatullah akan terima balasannya setimpal
 

Faiz Shafie

Senior
Joined
Jun 12, 2009
Messages
4,352
Points
0
kita hanya mampu bercakap je bila kejadian malang sebegini berlaku..apa yang kita boleh buat di sini?

Macam bro faezil katalah kena buat baik dengan jiran sebelah (tapi jiran sebelah xnak pun) masalah macam ni..lagi mudah kuasa luar nak serang..

peluru pun kita beli dengan amerika..nak lawan?
 

budakpandai

Senior
Joined
Mar 7, 2009
Messages
1,950
Points
0
aku rasa dia tembak sebab kapal 2 bawak bahan binaan dengan alat elektrik..dia tak bagi dua benda ni masuk palestin..Israel nak kawal benda ni...


Ya Allah!! Permudahkan urusan mereka-mereka yang ikhlas di sana...
 
Top