[WTB] Penulis Artikel Tetap - pendapatan berulang

Dr. Peace

Newbie
Joined
Dec 17, 2009
Messages
1,751
Points
36
Salam, sy mencari siapa2 yg berpengalaman dalam menulis artikel yg mantap dan menarik.
Syarat2 yg sy nak ialah :

1. Berpengalaman dalam penulisan (tujuan promosi)
2. Tahu menggunakan ayat2 POWER
3. Rajin dan tidak bertangguh
4. Berpengetahuan dalam marketing satu kelebihan
5. Tinggal di area KL dan SELANGOR
6. Artikel dalam BM dan BI (diutamakan)

Bayaran utk setiap artikel ialah RM8-RM10

Sesiapa yg berminat sila PM sy.

TQ,
 
Last edited:

Dr. Peace

Newbie
Joined
Dec 17, 2009
Messages
1,751
Points
36
RM8-10 untuk setiap artikel? Ingat penulis tiada harga diri ke
maaf, kalau tak berminat tak perlu post negatif ye..
kalau anda boleh menulis dgn sgt baik itu satu kelebihan utk anda..
hak anda nak terima tawaran atau tidak..

Maaf, komen negatif hanya menunjukkan anda seorang yg negatif..
boleh tgk blk thread sebelum ni, majoriti warga WC tidak tamak
dan ada yg menerima walaupun RM3 satu artikel..

Warga WC nakkan kepercayaan (antaranya ialah "Feedback score") dan pengalaman
bekerjasama antara satu dgn yg lain..

Jika feedback score kosong rasa2 org mudah percaya tak?
bagaimana kalau byr mahal tp kualiti belum tentu menepati citarasa?
Feedback kosong bermaksud kemungkinan besar belum ada orang yg
percaya nak dptkan servis atau memberikan servis..

byrn blh ditingkatkan jika artikel berkualiti tetapi amat tidak professional jika
mengurangkan byrn drpd yg telah dipersetujui kerana kualiti kerja yg tidak memuaskan..

Terutama bila byrn adalah berulang.. sy dah dpt calon yg sanggup
membuat 3 artikel sehari dgn byrn yg sy tawarkan.. artikel ni bkn
utk cerita novel ataupun cerpen.. org berpengalaman sdh pasti tiada masalah
nak hasilkan 3 artikel sehari..

sehari:
3 x 8 = RM24

seminggu:
12 x 8 = RM96

sebulan:
48 x 8 = RM384

Kalau tak sanggup sy tak paksa siapa2.. Ini atas kesanggupan
individu itu sendiri nak buat berapa artikel sehari..

Harap maklum dan faham dgn apa yg sy sampaikan.. Maaf jika ada terkasar bahasa..

Terima kasih.. :)
 
Last edited:
F

Fiza87

Maaf jika terkasar bahasa tetapi pengiklanan sebegini rupa lah yang meletakkan penulis artikel di tapak kaki peniaga2 internet di Malaysia sedangkan menulis adalah satu proses panjang yang amat sukar berbanding penterjemahan atau suntingan. Tak perlu ikut bulanan atau mingguan, pengiraan sebegitu semua orang tahu. Kalau dah dapat calon yang dibayar serendah RM3 untuk satu artikel, baguslah, tetapi jangan expect kualiti baik. Feedback score (skor untuk bekerja sama? Ok that's sumthing new unless you are an entity) melambung tinggi pun buat apa kalau bayaran untuk satu artikel mengalahkan bayaran sejam bekerja di KFC. Inginkan 'kualiti' baik tapi tak sanggup spend. Apabila komen, dikatakan negatif, tak sanggup mendengar komen sebenar tapi hendak berniaga. Bijak.
 
Last edited by a moderator:

Dr. Peace

Newbie
Joined
Dec 17, 2009
Messages
1,751
Points
36
Minta maaf setiap perniagaan ada bajet yg tertentu dan sy perlu set bajet agar tidak mengalami masalah yg tidak diingini nanti..
Jika tidak mahu berikan kualiti blh lah cari yg sanggup byr lebih.. nak kasi komen negatif pun tak tau dpt byrn mahal sehingga puluhan ringgit atau tak.. beza antara komen negatif dan kritikan positif:

Komen Negatif:
- Mengatakan keburukan dengan beberapa unsur negatif seperti memalukan individu tertentu ataupun menggunakan ayat yg kurang sopan seperti "Ingat penulis tiada harga diri ke".. menyebut keburukan tetapi tiada jalan penyelesaian serta menggunakan ayat sarkastik..

Kritikan positif:
- Menyatakan keburukan tetapi disertai dengan jalan penyelesaian dan nasihat dan tidak mencuba untuk "condemn" org lain..

Minta maaf, tak perlu berlagak bijak disini untuk komen yg negatif.. kalau rasakan gaya penulisan diri terlalu tinggi dan hanya layak utk dibayar ratusan ringgit, thread ini bkn untuk anda sbb sy kasi peluang utk org yg nak tambahkan lg pengalaman dan yg berhati telus..

Terlalu berkualiti bknlah target utama sy tetapi sekurang2nya bila sy spesifikkan mcm di atas, mereka yg berminat akan membuat yg terbaik..
dgn secara tdk langsung teknik penulisan mereka jg akan meningkat.. seorg drpd yg berminat telah PM sy dan gaya penulisan beliau adalah baik tetapi beliau tidaklah negatif hingga nakkan bayaran yg mahal2 utk peringkat permulaan..

Beliau tahu berniaga ni ada flow jd mgkin dia terima drpd byrn rendah dahulu dan kemudian barulah meningkat secara perlahan-lahan..

Jika rasakan penulisan adalah sesuatu yg sgt sukar tetapi sdh mula demand-kan harga.. itu sy tak nak komen apa2.. sbb penulis yg berpengalaman dan mempunyai gaya penulisan yg baik tidak merasakan menulis itu sgt sukar.. lgpun ramai yg mahir di sini belum jg nak demand lebih2 pd peringkat permulaan.. mereka tahu setiap harga ada standard yg tertentu.. itulah namanya bermula daripada bawah yg dikawal oleh otak dan tidak pada nafsu semata-mata.. dan
tidak diberikan kualiti yg lebih daripada standard harga yg ditawarkan sgt tdk menjadi masalah utk org yg sdh lama menempah artikel org lain..

Jika nafsu dan perasaan yg mengawal diri pasti akan menimbulkan mcm2 hal tidak kira dari segi bisnes ataupun sosial..
lebih2 lagi bila sdh menganggap diri sendiri adalah sgt baik dan berkelebihan.. Tiada manusia yg lebih baik daripada yg lainnya..

sy dgn rendah diri memohon maaf jika ada terkasar bahasa namun itulah yg ingin sy sampaikan.. Jika tidak berminat atau tidak setuju cukuplah dengan memberikan kata-kata yg baik dan jalan penyelesaian dgn cara yg berbudi bahasa dan sopan dan lemah lembut..

p/s: sy masih boleh bezakan antara komen dan kritik.. utk tujuan peningkatan kualiti peribadi sy, sy telah screen shot thread ini dr awal hingga post yg terkini utk mengkaji di mana kesilapan yg telah sy lakukan.. jika perlu sy akan minta nasihat daripada org lain yg blh menegur sy dgn cara yg beradab dan sopan..

Terima kasih..
 
Last edited:

madeyla

freshman
Joined
Oct 29, 2008
Messages
222
Points
16
Maafla bro,

Saya cuba nyatakan dgn berhemah ya. Bagi kami yg terlibat dgn dunia penulisan, harga yg bro letak itu amat tidak wajar. Dan jika kita kaitkan dengan mencari rezeki dengan memperniagakan perkhidmatan kita (bisnes), maka bro telah 'membunuh' pasaran. Even harga bro lebih rendah dari laman servis mikro seperti fiverr.

Fiza mungkin teremosi, tapi saya tak salahkan dia, kerana adanya 'empathy' dalam diri saya. Meletakkan diri kita di tempat orang itu. Seperti post pertama bro, nak mencari yg berpengalaman, artikel mantap, ayat POWER DLL, katakan saya berasa bahawa saya boleh berikan apa yg bro mahu, tapi bila tengok harga bro, boleh renyuk semangat dalam diri.

Andai kami penulis ditemui khalayak di luar dan menyatakan apa pekerjaan kami, akibat daripada kekerapan iklan seperti ini, masyarakat akan memandang kami pada tahap yang rendah - "dia kerja sendiri sbg penulis freelance, tapi alah, pendapatan dia sikit jer sebab bayaran pun kecil" "Jap, aku fikir dulu nak buat menantu ke tak". Contoh yang naif, tapi mustahil dan pernah berlaku.

Jangan marah ya bro, pendapat peribadi saya.
 
F

Fiza87

Madeyla: Finally, someone knowledgeable has spoken. Tq

Ceritanya mudah sahaja. Kalau pandai sangat berbisnes, niche penulisan adalah yang paling tak menguntungkan, lagi2 di malaysia, jadi faham2 sajalah kalau yang membeli2 artikel ni tahap pengetahuan bisnesnya dimana.
 
Last edited by a moderator:

Muhdfie3

Senior
Joined
Oct 14, 2012
Messages
680
Points
18
la... dah jadi off topik lak tread nie.. ape kata bukak tread baru untuk bincang hal nie.. atau harga boleh pm untuk detail.. tak perlu gaduh2 k.. peace no war..
sy stuju ngn pendapat imabiz, better bkk thread lain bincangkan harga yg ptutnya diterima penulis sb thread nie tt bkk untuk cari penulis dan harga yg tt tawarkan mungkin adalah kemampuan tt. klau rasa berminat pm tt klau tak dan rasa ta puas hati jng komen negatif sebaiknya bukak thread bawu bincangkan harga yg ptt diterima, perbincangan biar sopan dan beradab.
 
Sy takkan marah tuanjika kritikan adalah bersopan dan berhemah..

terima kasih atas teguran tu ye.. nnt sy akan review blk dan bt perubahan yg sepatutnya.. :)
btw, bgtau dlu sy range harga utk penulis ni.. serta harga yg minimum utk criteria yg sy nak.. :)
 
Dr. Peace

Newbie
Joined
Dec 17, 2009
Messages
1,751
Points
36
la... dah jadi off topik lak tread nie.. ape kata bukak tread baru untuk bincang hal nie.. atau harga boleh pm untuk detail.. tak perlu gaduh2 k.. peace no war..
tq sis, cara yg sis rekomen tu baik sekali utk diikuti oleh org ramai dan warga WC ni.. sy selalu jg dpt rundingan dr PM
so ini tak jd masalah.. :)

terima kasih atas nasihat sis.. :)
 
Dr. Peace

Newbie
Joined
Dec 17, 2009
Messages
1,751
Points
36
Madeyla: Finally, someone knowledgeable has spoken. Tq

Ceritanya mudah sahaja. Kalau pandai sangat berbisnes, niche penulisan adalah yang paling tak menguntungkan, lagi2 di malaysia, jadi faham2 sajalah kalau yang membeli2 artikel ni tahap pengetahuan bisnesnya dimana.
maaf, sy kurang jelas.. apa maksud ayat yg terakhir tu?
adakah tahap pengetahuan para pembeli artikel ni sgt rendah?
niche penulisan cuma 1 niche sahaja dan byk lg niche yg lain..
bisnes adalah sgt besar range-nya.. :)

dan jika nak bisnes mmg perlu ilmu serta disiplin dan budi pekerti atau peribadi yg baik.. :)
 
Dr. Peace

Newbie
Joined
Dec 17, 2009
Messages
1,751
Points
36
sy stuju ngn pendapat imabiz, better bkk thread lain bincangkan harga yg ptutnya diterima penulis sb thread nie tt bkk untuk cari penulis dan harga yg tt tawarkan mungkin adalah kemampuan tt. klau rasa berminat pm tt klau tak dan rasa ta puas hati jng komen negatif sebaiknya bukak thread bawu bincangkan harga yg ptt diterima, perbincangan biar sopan dan beradab.
terima kasih byk tuan.. mmg betul dlm bisnes perlu ada perbincangan secara beradab dan sopan..
lihat sahaja ayat2 yg digunakan blh tahu peribadi seseorang itu..

merendahkan org lain tidak bermakna diri sendiri sgt baik, betul tak?
jd sy prefer cara yg baik seperti yg tuan dan sisi imabiz cadangkan.. :)

p/s : membeli artikel/SEO/traffic/website etc tak semestinya bermaksud org tersebut tidak berilmu
dlm niche tersebut.. adakalanya utk menjimatkan masa.. so sy dan semua org serta warga WC perlu cermin diri
sendiri dulu sebelum merendah dan menghina org lain.. :)
 
F

Fiza87

Kalau semua perlu ada protokol, itu bukan berforum namanya. Mungkin sebab itu lowyat forum 10 thn lebih ke depan drpd semua forum berbahasa kebangsaan yang ada.
 
Dr. Peace

Newbie
Joined
Dec 17, 2009
Messages
1,751
Points
36
Kalau semua perlu ada protokol, itu bukan berforum namanya. Mungkin sebab itu lowyat forum 10 thn lebih ke depan drpd semua forum berbahasa kebangsaan yang ada.
hehe.. betul tu.. mungkin forum ni menekankan disiplin dan prinsip-prinsip ke-melayuan..
tp itulah yg membuatkan warga WC ramai kwn dan partner sama ada untuk JV
atau pun lain-lain.. sbb itu sy suka forum WangCyber ni.. :)
 
johnjimat

Senior
Joined
Mar 16, 2009
Messages
2,901
Points
38
ala apa susah pasal harga kasi pm2 la kan senang. Itu dia punya harga, kalau tak suka dia punya harga tak yah ler amik. Tapi kalau nak nego pm jeler die. Saya sendiri memang buat servis tulis artikel, takdo lak kisah dia nak letak harga murah. Yang penting saya harga camni tak amik port la. Hak dia kot nak bayar berapa. Kalau nak harga mahal, jangan ler cari dia.. Apa-apa pun majulah IM untuk wc haha :D
 
Top