WhatsApp bakal lancar panggilan video dan peti suara?

Joined
Feb 10, 2009
Messages
22,265
Likes
15
Points
38
Offline
#1


SELEPAS melancarkan fungsi 'bold' dan 'italic' teks, WhatsApp dikhabarkan akan hadir dengan sokongan panggilan video dan peti suara.

Memetik Amanz.my, melalui ujian beta aplikasi berkenaan pada Android dan iOS, beberapa kod baru hadir memperlihatkan sokongan tersebut bakal hadir tidak lama lagi.

Disamping pada aplikasi beta WhatsApp, terma panggilan video dan juga peti suara turut kelihatan untuk diterjemahkan kepada bahasa lain yang kebiasanya pihak WhatsApp menggunakan khidmat pekerja bebas untuk melakukannya.

Selain itu, WhatsApp juga dilihat sedang membangunkan fungsi peti suara pada aplikasi mereka.

Sebelum ini WhatsApp telah memperkenalkan sokongan panggilan suara namun ia tidak memberikan petanda sekiranya pemanggil tidak dapat dicapai atau sebaliknya.

Melalui peti suara ini, ia akan berfungsi seumpama penghantaran audio yang sedia terbina di WhatsApp, tetapi ia akan dapat dilakukan serta-merta ketika membuat panggilan dan pemanggil tidak dapat dicapai ketika itu.

Buat masa ini, masih tidak diketahui bila kedua-dua fungsi ini akan diperkenalkan secara rasmi. - Sinar
 
Top