Teknologi Watak Hantu Filem Ju-On Kini Mempunyai Akaun Instagram Rasmi

Deli

Active
Joined
Jun 6, 2015
Messages
18,652
Points
48
Ju-On ialah antara filem seram yang paling terkenal di dunia. Sebanyak 11 filem Ju-On telah dihasilkan sejak 1998 termasuk edisi Hollywood yang dibintangi Sarah Michelle Geller. Filem ini menarik minat penonton kerana watak hantu utama yang berlainan daripada biasa. Kayako dan Toshio, ialah pasangan hantu anak beranak yang mampu membunuh walaupun ketika siang hari.

Selepas menonton filem ini kami yakin ramai yang meremang bulu roma sekiranya terdengar bunyi miauan kucing pada waktu malam. Takut sekiranya yang menghasilkan bunyi tersebut ialah Toshio, si anak anak angker yang menyorok di bawah meja.

Watak Kayako dan Toshio kini mempunyai akaun Instagram rasmi. Anda boleh melihat “kehidupan” seharian hantu anak beranak ini sekiranya mereka tidak menakutkan manusia dan merangkak sambil menghasilkan bunyi yang aneh. Akaun ini dihasilkan bagi mempromosikan filem Sadako Vs Kayako. Di dalam filem ini Kayako akan berentap dengan Sadako, hantu dari filem The Ring yang juga pada hemat kami pernah membuatkan anda tidak tidur malam. Sebuah teknik promosi yang agak kelakar bagi sebuah filem menyeramkan. Siapakah yang anda rasakan akan menang? Kami merasakan Kayako lebih menakutkan kerana tidak seperti Sadako, Kayako lebih pantas merangkak.

Sumber: Amanz
 
Irwan Mokh

Senior
Joined
Oct 11, 2010
Messages
901
Points
18

Saya memang minat filem Ju-0n sejak ia mula ditayangkan di pawagam malaysia pada tahun 2003 ..tapi tak sangka pula hantu ada akaun instagram..memang bussinee minded betul larr hantu nie..hehehe+Terkejut+
 
Tokey

Staff member
administrative
Joined
Jun 5, 2015
Messages
526
Points
28
Saya memang minat filem Ju-0n sejak ia mula ditayangkan di pawagam malaysia pada tahun 2003 ..tapi tak sangka pula hantu ada akaun instagram..memang bussinee minded betul larr hantu nie..hehehe+Terkejut+
hahaha tau x per..hantu pun nk ade instagram..+Haha+
 
Top