Luar Negara Wanita terpaksa ditandu 15km untuk bersalin

Joined
Feb 10, 2009
Messages
22,265
Likes
15
Points
38
Offline
#1

JIRAN Rudi menandu Nining untuk ke klinik sejauh 15 kilometer untuk melahirkan anak keduanya.



Jakarta: Seorang wanita berusia 39 tahun di Kolaka Utara, Sulawesi Tenggara, terpaksa ditandu sejauh 15 kilometer untuk melahirkan anak keduanya, kelmarin.

Nining mengalami kesakitan teramat sangat awal pagi kelmarin sehingga memaksa suaminya, Rudi meminta beberapa jiran datang membantu.

Memandangkan tidak ada ada bidan atau orang yang dapat menolong isterinya melahirkan anak, penduduk kampung mengambil keputusan membawa Nining ke klinik paling dekat.

Bagaimanapun, kerana kampung mereka jauh di pedalaman dan tidak boleh dilalui kenderaan empat roda, cara terbaik ialah dengan menandunya.

Mereka menunggu sehingga fajar menyinsing sebelum secara bergilir-gilir menandu Nining hingga ke klinik terdekat di pekan Ngapa. - Agensi/Metro
 
Top