Luar Negara Wanita lewat pulangkan buku perpustakaan selama 67 tahun

Net

Staff member
mod
Joined
Feb 10, 2009
Messages
22,929
Points
38
MmyZLJ


NEW ZEALAND - Seorang wanita memulangkan buku berjudul Myths and Legends of Maoriland karya AW Reed ke Perpustakaan Komuniti Epsom di sini pada Khamis lalu.

Dia meminjam buku tersebut pada tahun 1949.

Menurut perkongsian perpustakaan tersebut di Facebook, wanita yang enggan dinamakan itu tidak sedar dia membawa buku tersebut bersamanya ketika meninggalkan Auckland.

Menurut Independent, wanita tersebut memberitahu petugas perpustakaan dia sudah lama ingin memulangkan buku tersebut.

Lebih tepat lagi, sudah 67 tahun.

Menurut rekod perpustakaan, buku tersebut lewat dipulangkan selama 24,604 hari dan mengumpul denda sejumlah NZ$24,500 (RM66,700).

Perpustakaan tersebut bagaimanapun mengambil keputusan untuk tidak mendenda wanita tersebut kerana buku tersebut masih dalam keadaan baik. - Awani
 

Tokey

Staff member
administrative
Joined
Jun 5, 2015
Messages
526
Points
28
Contoh yang bagus untuk tunjukkan duit yang kecil nilainya (denda), kalau kumpul selama 60 tahun, banyak juga yang terkumpul.
tul tu..klu smpai 60 tahun..klu kena denda,rasanya leh sampai beribu2 gak tu..
 
Top