Dalam Negara Wanita hilang buah dada saman doktor, kerajaan RM20 juta

Offline
#1

PEGUAM, Datuk Arunan Selvaraj (tengah) bersama Natra Adibah (kiri) dan Stefan Aaron Maman mewakili seorang suri rumah mengfailkan saman RM 20 juta terhadap Hospital Serdang yang cuai sehingga menyebabkan mangsa kehilangan buah dada di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN ONLINE/ROY AZIS ABD. AZIZ

KUALA LUMPUR 20 April - Seorang wanita yang mendakwa kehilangan buah dada kirinya ekoran menjalani pembedahan pintasan jantung di Hospital Serdang, hari ini memfailkan saman RM20 juta di Mahkamah Tinggi di sini terhadap seorang doktor pakar atas dakwaan melakukan kecuaian dalam perubatan.

Pertemahwadi Isac selaku pihak plaintif menamakan doktor pakar kardiotorasik di hospital tersebut, Dr. Abdul Muiz Jasid defendan pertama dan kerajaan Malaysia defendan kedua.

Dalam pernyataan tuntutannya, Pertemahwadi mendakwa, tiga daripada saluran arteri di bahagian jantungnya telah tersumbat dan pada 16 Februari tahun lalu, terpaksa menjalani pembedahan pintasan bagi komplikasi itu di hospital tersebut.

Selain penyakit tersebut, pihak plaintif yang turut menghidap diabetes itu mendakwa, sebelum dibenarkan pulang, dia mengadu kepada defendan pertama, terdapat luka di bahagian dadanya.

Luka tersebut kemudiannya telah dijangkiti kuman dan dia telah pergi semula ke hospital itu untuk mendapatkan rawatan.

Pihak plaintif mendakwa, pihak defendan telah melakukan kecuaian sehingga dia kehilangan keseluruhan payu dara kirinya sehubungan itu antaranya menuntut ganti rugi am RM20 juta dan ganti rugi khas RM223,487.60 daripada pihak defendan. - Utusan
 
Offline
#2
Luka terbuka hingga payudara terpaksa dibuang

Beliau menjalani pembedahan pintasan di Hospital Serdang pada 16 Februari 2016 dan dibenarkan keluar dari hospital 7 hari kemudian.

Bagaimanapun, selepas pembedahan, Pertemahwadi mengadu kepada Muiz yang luka di dada beliau mula terbuka.

“Doktor memberitahu saya bukaan jahitan itu normal kerana menampung berat payudara saya,” katanya dalam kenyataan sambil menambah pakar jantung itu lalai melaksanakan tugas walaupun luka sudah terbuka.

Beliau menambah, Muiz tidak memberikan apa-apa sokongan atau nasihat kepadanya bagaimana mengurangkan bukaan luka.

Beliau juga tidak diberi apa-apa antibiotik untuk merawat luka.

Pertemahwadi berkata beliau kemudiannya menjalani terapivacuum-assisted closure, seperti yang dinasihati Muiz, selepasbeliau mencari rawatan di sebuah klinik kerajaan.

Akibatnya, jangkitan merebak ke seluruh payudara kirinya.

“Saya tidak mempunyai pilihan selain membuang keseluruhan payudara saya,” katanya sambil menambah beliau mengalami tekanan emosi selepas kehilangan satu payudara.


Hilang sebelah payudara, suri rumah saman doktor dan kerajaan | Free Malaysia Today