Wajib baca: tips buat duit melalui forum wangcyber

Naz Akhtar

Super Senior
Joined
Jun 21, 2014
Messages
502
Likes
132
Points
43
Offline
#1
Assalamualaikum..rakan-rakan forum WC yang di rahmati dan di hormati sekalian.

Kalau ada yang baru nak berjinak dengan program buat duit online, insyaAllah melalui
forum ini samada thread forum atu blog WC : WangCyber.com | Media + Komuniti Usahawan Online Malaysia
akan dapat memberi anda input-input yang bermanfaat.

Bagi anda yang dah pun tahu cara buat duit online dan mahu kembangkan bisnes di sini,
silakan. Sejak forum WC di ambil oleh @Tokey , anda semua sebenarnya di berikan kelebihan
untuk beriklan secara bebas di foum ini,

Asalkan produk/servis yang di iklankan :

-tidak ada unsur scam
-tidak ada unsur judi haram
-MLM yang mana tidak sah dari segi undang2

Jika, dahulu, thread pengiklanan memerlukan anda melakukan bayaran. Tapi sekarang anda hanya perlu
mencapai level JUNIOR untuk post iklan di forum WC. Jadi, nak jadi level JUNIOR, silalah aktif
untuk memberi komen di mana-mana thread namun JANGAN buat postig SPAM.
Korang asyik kasi komen mende yang sama je... -_- Ape daaaa...

Macam mana nak buat duit melalui forum WC?

1- Korang cuba lihat apa peluang yang ada..Korang pandai ape? Tulis artikel? Buat translate? Ada jual jubah online? Apa kata buat thread jualan dekat sini.

2-Ajak rakan-rakan untuk respond di thread yang korang buat. Ada yang post produk mereka di facebook group dan mereka gunakan ruang komen untuk tanya itu ini. Guna thread di forum juga boleh di lakukan. sama seperti konspenya di forum warriorforum,blackhatforum. Jual beli di lakukan di forum. Yang best di forum ini koran boleh jual apa sahaja asalkan ia tak salah dari segi agama dan undang-undang.OK!

3- Tawarkan bonus. Kalau korang nak offer produk affiliate dari IM lain, boleh tawarkan bonus untuk sesiapa yang membeli dari link affiliate korang. Di forum ini ada ramai newbie yang mendaftarkan diri untuk belajar cara buat duit online. Oleh itu tawarkan panduan yan bagus buat mereka besrta dengan bonus. Saya pun planning nak buat mcm ni nanti. Jadi buyer dapat kelebihan berganda, kita pun dapat buat sales.

4-Sistem support. Korang bleh sediakan support buat semua pembeli sama ada melalui respond di thread atau melalui PM. Kalau melalui borak2 di forum, mana-mana soalan yang sudah di tanya boleh di rujuk oleh orang lain nanti, tanpa korang perlu reply satu-satu dekat orang lain.

5-Joinlah produk affiliate, dropship...sangat banayk di luar sana. Offer di sini. Nanti boleh share link thread yang korang buka tu nanti dekat facebook wall korang, facebook page, atau facebook group.

6-Letak thread korang dekat signature masing-masing, Lebih banyak korag aktif beri komen dekat di pelbagai thread, lebih ramai yang akan tgk offer korang dekat signature tersebut. Biar signature tu cantik-cantik sikit, jangan copy paste macam tu jah. Contoh wat banner ke, ayat jualan ka.
" Meh Saya Share Cara Si X Wat RM 4,000 Sebulan, KLIK SINI"... So ayat ni akan di linkkan dekat thread yang korang bukak dekat forum.

7- Antara jenis buat duit online yang korang bleh share dekat forum WC ialah :

Pertama, service: Jual insurans, buat banner, ecover, bukak akaun adsense,update blog,tulis artikel

Kedua, produk fizikal : Jual jubah, kasut bayi, jual tudung dan sebagainya

Kedua, produk digital : Ebook, software, rakaman video dll.

Sama ada korang jual dan offer dekat sini sebab tolong promote bisnes orang lain dan dapat komisyen, atau jual produk sendiri, terpulang.

8-OK itu sahaja..Boleh ulang baca dari nombor 1 kalau rajin.

G luck uollss..

P/S: Forum WC sekarang dalam usaha untuk proses penjenamaan bagi menarik lebih ramai trafik dan pengunjung . Jadi tempat ini mungkin di jangkakan bukan sahaja menjadi tempat untuk orang belajar buat duit online, malah menjadi tempat untuk jual beli online macam Mudah.MY, serta tempat-tempat lain. Maknanya medium Forum WangCyber menjadi tempat pertukaran maklumat serta berlakunya jual beli.

So, best tak? Kalau best boleh share dengan kawan-kawan. Hehehehe.. +Bersinar2+
 
Joined
Oct 16, 2008
Messages
69
Likes
3
Points
8
Offline
#7
Terbaek...la tuan.. boleh jugak pratikkan nanti manala tau kot-kot ada yang masyuk +Peace+
 
Joined
May 19, 2018
Messages
26
Likes
4
Points
3
Age
37
Offline
#9
InsyaAllah, akan dikaji dahulu sebelum mempraktikkan ilmu yang relevant. Terima kasih atas peluang sebegini.
 
Joined
Oct 16, 2008
Messages
69
Likes
3
Points
8
Offline
#10
Terima Kasih Tuan atas infomasi yang telah di berikan... lama jugak tak mai ke forum ni
 
Top