Teknologi Vivo V5 Plus akan Dilancarkan Pada 23 Januari Dengan Dwi-Kamera Selfie

Deli

Active
Offline
#1
Kepada yang kurang arif, Lenovo Vibe S1 ialah peranti pertama dengan dwi kamera dan dilancarkan pada Disember 2015. Tahun lalu seperti dwi-kamera belakang, dwi kamera hadapan turut menjadi semakin popular. Vivo X9 yang dilancarkan November lalu ialah antara peranti yang menggunakan sistem kamera unik ini. Sebuah lagi peranti dwi-kamera selfie akan dilancarkan oleh Vivo pada 23 Januari hadapan.



Vivo V5 Plus akan dilancarkan di India pada tarikh tersebut. Jemputan media sudah dihantar dan mengesahkan penggunaan sistem dwi-kamera. Tiada maklumat mengenai spesifikasi diumumkan setakat ini. Vivo V5 yang dilancarkan di Malaysia November lalu dilengkapi pemproses Snapdragon 652, RAM sebesar 4 Gigabyte dan storan 32 Gigabyte. Kamera hadapan V5 adalah sebesar 20-Megapixel. Kemungkinan besar seperti X9, V5 Plus akan mempunyai konfigurasi kamera hadapan 20+8 Megapixel.

Sumber: Amanz