Teknologi Vivo Malaysia Menawarkan Promosi Vivo V11i Dan Vivo Y81i Bermula RM 499

Joined
Jun 6, 2015
Messages
18,322
Likes
27
Points
48
Offline
#1
Pada tahun ini, Vivo diperlihat menawarkan pelbagai promosi dan diskaun untuk telefon pintar mereka di pasaran tempatan. Kali ini, menjelang 23 November 2018, Vivo menawarkan promosi jualan bersempena Christmas Carnival Seasons. Sewaktu karnival berlangsung, para pengguna boleh mendapatkan dua jenis telefon pintar iaitu Vivo V11i dan Vivo Y81i pada harga yang lebih rendah.

Vivo menawarkan Vivo V11i pada harga RM 1099. Telefon pintar V11i ini dijana dengan cip pemproses MediaTek Helio P60, memori 4GB RAM dan storan sebesar 128GB. Ia turut dilengkapi skrin 6.3-inci LTPS FHD+ dengan rekaan takuk kecil berbentuk titisan air. Untuk spesifikasi kamera utama peranti, Vivo V11i menggunakan dwi-kamera gabungan 16-megapixel + 5-megapixel sekaligus dapat menghasilkan gambar bokeh yang baik.


Manakala kamera hadapan peranti pula hadir dengan 25-megapixel yang amat sesuai untuk pengambilan swafoto yang jelas. Sebuah bateri sebesar 3315mAh dibekalkan dengan sokongan pengecasan pantas 18W dan pengimbas cap jari diletakkan pada bahagian belakang peranti.



Bagi Vivo Y81i pula, ia dikategorikan sebagai peranti mampu-milik dengan harga tawaran serendah RM 499. Peranti ini hadir dengan skrin 6.22-inci bertakuk dengan resolusi HD+ dan dijana cip MediaTek MT6761. Untuk sistem operasi, Vivo Y81i masih menggunakan Android 8.1 dengan paparan antaramuka FunTouch OS. Telefon pintar ini turut dilengkapi dengan memori 2GB RAM, storan 16GB serta bateri berkapasiti 3260mAh. Untuk kamera hadapan pula, peranti ini hadir dengan lensa 5-megapixel dan kamera belakang peranti 16-megapixel.

Bagi pengguna yang ingin memiliki salah satu telefon pintar ini pada harga promosi, anda boleh mendapatkannya di semua rangkaian rasmi Vivo Concept Stores, pengedar sah dan rakan kerjasama Vivo. Atau anda boleh mendapatkannya di platform atas-talian Lazada, Shopee, 11 Street, Lmall dan rangkaian rasmi Vivo E-store dan Vivo Store.

Sebarang maklumat lanjut, anda boleh layari laman web rasmi Vivo Malaysia dan laman rasmi sosial Vivo di Facebook, Instagram, Twitter dan Youtube.

Layari: Laman Rasmi Vivo Malaysia

Sumber: Amanz
 
Top