Dalam Negara Viral Myvi putih himpit penunggang motosikal di NKVE

Offline
#1
SEBUAH Perodua Myvi putih yang dipandu secara melulu di laluan kecemasan lebuh raya baru Lembah Klang (NKVE) dan menghimpit seorang penunggang motosikal tular di media sosial pagi ini.

Dalam kejadian itu, Myvi putih nombor plat DCL 128 tersebut didapati menghimpit seorang penunggang motosikal sehingga hampir terjatuh sebelum lelaki berkenaan bertindak menendang cermin sisinya.



KEJADIAN melibatkan sebuah kereta dan sebuah motosikal di Lebuh Raya Baharu Lembah Kelang (NKVE) yang tular di media sosial, semalam⁠⁠⁠. - UTUSAN ONLINE

KUALA LUMPUR 21 April - Video memaparkan kejadian sebuah kereta Perodua Myvi berwarna putih memandu di lorong kecemasan dan menghimpit sebuah motosikal di Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE), semalam menjadi tular di media sosial hari ini.

Paparan berdurasi 1 minit itu menunjukkan kereta berkenaan dipandu menggunakan lorong kecemasan ketika trafik sesak dan tindakan pemandu berkenaan ditegur oleh seorang penunggang motosikal.

Namun, mungkin disebabkan berang ditegur, pemandu kereta itu kemudiannya dilihat cuba menghimpit penunggang motosikal berkenaan sehingga hampir jatuh.

Tindakan pemandu itu membangkitkan kemarahan penunggang motosikal yang kemudiannya menendang cermin sisi Perodua Myvi tersebut sebelum beredar.

Insiden itu bertambah panas apabila perbuatan penunggang motosikal itu menyebabkan pemandu kereta marah lalu mengejarnya. - Utusan