Dalam Negara Viral minyak turun 30sen palsu, esok baru umum

Offline
#1




Kuala Lumpur: Harga baru petrol dan diesel untuk 20 hingga 26 April ini turun 30 sen dan 20 sen seperti yang tular di laman sosial hari ini adalah palsu.


Berdasarkan maklumat yang tular itu, RON 95 turun RM1.94 berbanding RM2.24 seliter minggu lalu manakala RON97 turun dari RM2.52 ke RM2.22 seliter.

Diesel pula dikatakan turun RM1.96 berbanding RM2.16 seliter.

Presiden Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PESAMP) Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz berkata, harga baru bahan bakar itu hanya akan diumumkan KPDNKK pada 6 petang esok.

"Maklumat mengenai harga petrol RON95 dan RON97 turun 30 sen dan diesel turun 20 sen hari ini adalah palsu. Terlalu awal untuk maklumat harga bahan bakar itu dikeluarkan.

"Harga baru bahan bakar itu hanya akan diumumkan pada 6 petang esok," katanya.

Menurutnya, maklumat palsu itu menyebabkan pengguna keliru.

"Pihak berwajib perlu ambil tindakan kepada individu yang sebarkan maklumat palsu supaya perkara sama tidak terus berulang," katanya. - Metro