Vapor difatwa haram

Magi

Senior
Joined
Jun 6, 2015
Messages
864
Points
18
sukor01.transformed.jpg



Ipoh: Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan penggunaan rokok elektronik atau dikenali sebagai vapor sebagai haram dengan mengambil kira hukum diguna pakai pada shisha yang mempunyai kesan terhadap kesihatan pengguna.

Pengerusi Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata, pihaknya masih menunggu laporan penuh dan penjelasan pakar Kementerian Kesihatan (KKM) dan jika laporan itu mendapati vapor sah memudaratkan kesihatan, ia akan difatwakan sebagai haram.

Menurutnya, rokok elektronik itu dikhuatiri bukan saja mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan, tetapi ia ternyata mempunyai kesan kepada ekonomi pengguna yang boleh dikelaskan sebagai pembaziran.

Majlis Fatwa Kebangsaan membincangkan isu rokok dan shisha sebelum ini serta mendapati ia haram dan vapor secara asasnya memiliki ciri serupa.

Fatwa mengambil kira dari segi asas dan agama di mana rokok elektronik itu memudaratkan dan membazir, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Wacana Eksekutif Indeks Syariah Malaysia (ISM) Peringkat Negeri di Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM) di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Sumber: Harian Metro
 

chel_fi82

junior
Joined
Jan 9, 2012
Messages
76
Points
8
ikut lah pandangan masing2
 

chel_fi82

junior
Joined
Jan 9, 2012
Messages
76
Points
8
Kalau ikut pandangan masing2, tak de orang solatlah kat dunia ni. :)

maksud saya kita ada pelbagai pendapat mazhab terpulang pada diri masing2 nak ikut pendapat mane.
 

Emperor55

junior
Joined
Aug 15, 2015
Messages
64
Points
8
Age
33
Saya tidak merokok. Saya tidak vapor.

Rokok telah terbukti memudaratkan kesihatan diri dan orang sekeliling. Maka saya setuju ianya haram.
Vapor pula masih tiada komen. Belum jumpa komen2 negatif lagi. Membazir dan menyakitkan mata dengan asap itu ya.

Memasukan sesuatu yang memudaratkan tubuh badan adalah haram.
 

fahmi93

freshman
Joined
Dec 9, 2013
Messages
38
Points
8
kalau dah haram tu..tetap haram
 

arie-tpg

junior
Joined
Jan 22, 2015
Messages
148
Points
18
kalau dah haram tu..tetap haram


Yessss...
Haram TETAP haram.
Takkan nama 'rokok' tu dah difatwa haram
bila adjust nama 'Vapo' jadi Halam (Halal+Haram) pulak.

Hentilah wahai saudara seIslam. Kalau ulama' dah
hukumkan Haram selepas perbincangan antara ulama'2
cakap siapa lagi kita nak dengar.
 

HafizM

Senior
Joined
Jun 25, 2015
Messages
311
Points
28
Age
46
Apa yang saya nampak........org hisap vape lebih banyak keluarkan duit utk accessories dan liquid......bukan murah2 itu liquid......
 

mohdkamaruzaman

freshman
Joined
Feb 11, 2015
Messages
35
Points
8
elok saja diharamkan vape dan rokok. kerajaan seolah2 tidak memandang serius perkara ni. hanya sekadar buat kempen berhenti merokok sahaja. kementerian kesihatan kata rokok dah di haramkan di tempat awam, tapi masih ada lagi org selamba merokok kat tempat awam. Seolah2 tidak menghiraukan keselamatan orang lain yg tidak merokok. Mana tindakan drpd pihak penguatkuasa?
 

theHaikal

junior
Joined
Sep 7, 2015
Messages
189
Points
28
Age
34
Nanti kalau kerajaan sudah jumpa mekanisme nak cukaikan ia pasti akan jadi halal semula seperti rokok. :D
Mungkin kerajaan akan 'halalkan' tetapi fatwa pengharaman tetap tidak akan berubah..cukai dan haram adalah dua perkara yang berbeza..masing masing ade akal fikiran mana baik mana burukkan..sekadar pemahaman saya..
 

fajarhac

Senior
Joined
Jul 25, 2013
Messages
214
Points
18
Kat Malaysia kita ada masalah sebab perkataan HALAL dan HARAM selain maksud dalam Islam, kita guna jugak mewakili maksud mematuhi undang2 atau tak.

Contoh judi halal sebab berlesen, ni maksudnya ikut perundangan. Tapi dalam Islam tetap HARAM.

Bagus lah banyak negeri yang mengharamkan. Kepada peniaga VAPE, tanyalah diri sendiri, kenapa nak jual sangat VAPE ni? Sebab duit atau sebab nak suruh orang berhenti merokok?
Jangan duk komen nanti dah kena cukai jadi halal. Rokok kena cukai, walaupun ramai orang menjual, HALAL (mematuhi perundangan Malaysia) tapi tetap HARAM dalam Islam.

Jujur aku lagi suka duk sebelah orang VAPE daripada sebelah orang merokok. Tapi haram tetap haram.

Kerajaan pun satu hal : (dialog dalam cite Ali Baba)

"Candu, candu, candu! Mari, mari.. siapa mau beli candu..?" - Peniaga 1

"Ganja, ganja! Ha, mari tuan, mari puan. Ha, beli ganja.." - Peniaga 2

"Cik Siti mau beli apa?" - Peniaga 3
"Saya mau beli belacan" - Marjina
"Bela-- ? Syhh... Jangan cakap kuat-kuat, nanti polis tangkap sama saya" - Peniaga 3
"Jual belacan pun polis tangkap?" - Marjina
"Benar cik Siti. Jual candu ada lesen. Jual ganja ada lesen, tetapi jual belacan tak ada lesen... saya smuggle dari Malaya!" - Peniaga 3

sumber dialog : Gambar & dialog - Ali Baba Bujang Lapok (1961)
 

fajarhac

Senior
Joined
Jul 25, 2013
Messages
214
Points
18
Tindakan kerajaan negeri mengharamkan dan menguatkuasakan terus pasal ni memang baguslah.

Tapi, lagi baik kalau kerajaan negeri ni ambik peluang ni, haramkan rokok besar2an jugak. Kalau nak ikutkan kajian sains sekarang ni masih banyak kata rokok lagi teruk dari vape. Jadi, tak nampak adillah kalau ambil tindakan kat VAPE saja.
 
Top