Van keselamatan bawa RM2.2 juta disamun

sally

freshman
Joined
Aug 26, 2009
Messages
2,772
Points
36
image.jpg

Keadaan sebuah van syarikat keselamatan yang membawa wang tunai RM2.2 juta disamun tiga lelaki bersenjatakan alat renjatan elektrik di Kuala Lumpur hari ini -


PETALING JAYA - Sebuah van syarikat keselamatan membawa wang tunai RM2.2 juta disamun tiga lelaki bersenjatakan alat renjatan elektrik di hadapan sebuah medan selera di Jalan 51A/227 menghala ke Jalan 222 di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata rompakan berlaku pukul 10 pagi ketika van dinaiki tiga pekerja syarikat itu dalam perjalanan menghantar wang ke sebuah bank di ibu negara.

Katanya kesemua pekerja berkenaan sebelum itu singgah di medan selera untuk membeli makanan sebelum secara tiba-tiba tiga lelaki bersenjatakan alat renjatan elektrik dan bertopeng yang menaiki sebuah kenderaan MPV, keluar dan bergelut dengan pemandu van terbabit.

"Pemandu itu, yang ketika itu berada di luar van, cedera akibat ditumbuk seorang daripada suspek. Suspek terus merampas wang tunai di dalam van dan melarikan diri dengan kenderaan mereka," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Arjunaidi berkata polis mengambil keterangan ketiga-tiga pekerja berumur 25 hingga 31 tahun itu bagi menyiasat kejadian termasuk jika terdapat sebarang pelanggaran prosedur operasi standard (SOP).

"Ikutkan SOP, pemandu tak boleh keluar dari van. Mereka mendakwa tidak dapat mengecam plat nombor MPV itu namun pasti, ia adalah plat Wilayah Persekutuan.

Kita akan meneliti rakaman kamera litar tertutup di kawasan kejadian," katanya. - Bernama


SUMBER:http://www.sinarharian.com.my/semasa/van-keselamatan-bawa-rm2-2-juta-disamun-1.133033
 

kiebay

freshman
Joined
Nov 28, 2011
Messages
183
Points
18
entah-entah security tue bersubahat kot.. kalau ikutkan prosedur, mana2 van security xboleh berhenti dimana2 kecuali di bank dan syarikat security terbabit ketika membawa wang dalam van..
 

PinguSpy

Senior
Joined
Jan 7, 2007
Messages
7,432
Points
38
bersubahat tu.. lain kali cipta lah plan yg nampak lebih genius..

ni bawak 2juta.. tiba2 berhenti.. dan2 ada perompak dtg.. mcm perompak tu tau2 pulak diorang nk berhenti beli makanan...
 

abgsabah

freshman
Joined
Jun 27, 2007
Messages
725
Points
16
hidup senang tapi hati tak tenang hehe...
 
Top