Usah ambil mudah

Joined
Jun 6, 2015
Messages
1,030
Likes
5
Points
38
Offline
#1




Jangan ambil mudah!

Itu peringatan Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Datuk Naim Mohamad kepada tiga pelumba utama negara yang memulakan cabaran Siri 1 Grand Prix Asia Tenggara 2015 di Velodrom Kuala Lumpur, Cheras, hari ini.

Katanya, berdasarkan senarai nama diperoleh, trio pelumba negara – Azizulhasni Awang (gambar), Fatehah Mustapa dan Jupha Somnet – yang disasarkan layak ke Olimpik Rio tahun depan, tidak akan berdepan masalah mengumpul mata penuh dengan menjuarai kategori masing-masing.

Namun dalam perlumbaan, kita tidak boleh menjangkakan perkara yang akan berlaku kerana banyak faktor menyumbang kepada keputusan perlumbaan. Jadi saya mengharapkan mereka tidak memandang rendah lawan.

Elakkan daripada dikejutkan lawan yang kurang ternama. Jadi jangan mengambil mudah setiap perlumbaan, katanya.

Perlumbaan Siri 1 akan berlangsung dua hari bermula hari ini membabitkan tujuh negara iaitu Afrika Selatan, Brunei, Thailand, Uzbekistan, Ireland dan Indonesia selain Malaysia.

Ia akan disusuli Siri 2 yang dijangka membabitkan pelumba dari negara sama pada Jumaat dan Sabtu.

Malah kita sudah berjaya menjadikan perlumbaan ini sebagai kelas satu, berbanding kelas dua yang didaftarkan pada awalnya, sekali gus menjadikan pungutan mata lebih tinggi untuk ke Olimpik Rio, jelas Naim.

Mengulas mengenai persiapan keseluruhan, Naim berkata semuanya berjalan lancar dari aspek velodrom, pegawai perlumbaan dan peserta.

Saingan hari ini akan bermula seawal seawal 9 pagi dengan tumpuan dalam acara pecut individu membabitkan Azizulhasni dan Fatehah.

Sumber: Harian Metro
 
Top