Luar Negara Ular dimasak, dimakan beramai-ramai lepas ahli keluarga mati dipatuk

Joined
Feb 10, 2009
Messages
22,265
Likes
15
Points
38
Offline
#1

Hiasan.

Tomohon (Indonesia): Beberapa penduduk yang berang bertindak membunuh, memasak dan memakan seekor ular tedung selepas seorang ahli keluarga mereka mati dipatuk haiwan berbisa berkenaan.

Ular tedung itu dilaporkan mematuk jari seorang lelaki, Yosep Sarese, 57, dari kampung Pangolombian pada Selasa lalu.

Dua jam selepas dipatuk haiwan berbisa berkenaan, Yosep disahkan meninggal dunia ketika dirawat di hospital.

Seorang penduduk yang dikenali sebagai Rocky berkata, orang ramai berjaya menangkap ular tedung itu dan mengurungnya dalam satu sangkar kecil.

Katanya, ahli keluarga mangsa yang berang kemudian memasukkan sangkar itu dalam air mendidih untuk membunuh ular sepanjang dua meter itu.

“Selepas ular itu mati, ahli keluarga mangsa menyiang haiwan berkenaan sebelum memasaknya bersama santan.

“Sajian ular tedung berkenaan kemudian dimakan bersama ahli keluarga dan penduduk,” katanya.

Menurutnya, ahli keluarga mangsa bertindak demikian sebagai membalas dendam terhadap kematian mangsa. - Agensi/Metro
 
Top