Tukarkan Ilmu Kepada Duit

Joined
Mar 31, 2010
Messages
184
Points
16
1. Pelik betul. Macam mana pulak ilmu boleh kita tukar jadi duit? Heran betul…hehhehe… Sebenarnya yang saya maksudkan ialah guna segala ilmu yang ada untuk menjana pendapatan yang lumayan. Gunakan ilmu itu sehingga anda menjadi pakar.

2. Kebanyakan kita suka mengumpul duit dahulu sebelum mencari ilmu. Pada pendapat saya itu tidak betul kerana dengan ilmu kita boleh gunakan ilmu itu untuk menggandakan duit kita. Kalau duit kita banyak sekalipun, tanpa ilmu pengurusan kewangan yang betul, duit kita akan mudah lesap juga. Dengan ilmu kita boleh tukarkan RM 10. 00 kepada RM 100.00.

3. Saya ingin dedahkan kepada anda bahawa ilmu untuk menjadi jutawan tidak diajar di sekolah atau di mana-mana saja. A pa yang diajar di sekolah hanya untuk kita lulus peperiksaan dengan cemerlang dan seterusnya mendapat pekerjaan yang kita idam-idamkan.

4. Apa yang perlu kita lakukan ialah, MEMBACA. Membaca adalah jabatan ilmu. Kita perlu banyak membaca tentang keusahawan, perniagaan, motivasi dan kewangan. Perkara ini akan meningkatkan ilmu kita dari semasa ke semasa. Dalam agama Islam pun digalakkan membaca kerana membaca mampu mengubah kehidupan kita.

5. Jika anda ingin bergelar jutawan, anda harus wujudkan minda seorang jutawan dalam diri anda. Cara anda bertindak dan berfikir seperti seorang jutawan.A pa yang anda fikirkan dan apa yang anda lakukan, itu di panggil kehidupan. Bila kehidupan kita sudah menujukkan cara hidup seorang kaya atau jutawan, maka mudahlah kita kekayaan itu untuk di capai.

6. Secara peribadinya, kehidupan seorang yang kaya tidaklah mempunyai kereta mewah, rumah besar atau suka membazir. Kehidupan seorang yang kaya ialah kehidupan yang sederhana, berdisiplin dan bermatlamat dan tahu menguruskan kewangan dengan betul supaya tidak berbelanja melampui batas.

7. Sudah lumrah manusia iaitu mudah leka dan lupa. Maka semaikanlah minat mencari ilmu dan membaca kerana itu adalah salah satu senjata ampuh untuk bergelar seorang yang kaya.
 

Mr.J

freshman
Joined
Nov 10, 2012
Messages
175
Points
18
Dalam CG pun ada.. hehe
 

Bigboss87

freshman
Joined
Apr 6, 2011
Messages
47
Points
6
nice info bro, tidak dinafikan ikmu jambatan menuju kejayaan
 

Cikgu Cinta

Newbie
Joined
Aug 17, 2011
Messages
455
Points
0
Ya... Insya-Allah, ini yang sedang saya lakukan. Saya ingin berkongsi Ilmu Pengetahuan dan Pengalaman saya. Sharing is Caring. Insya-Allah
 

Kak Nik

freshman
Joined
Jul 18, 2011
Messages
39
Points
0
ya..saya memang buat semua yang dicadangkan..semoga kita sama2 berjaya suatu hari nanti..
 
Top