Dalam Negara Tragedi lemas Bukit Beruntung, 4 mayat ditemui, 3 masih hilang

Offline
#1
Update 17/3 11pm : 2 lagi mayat ditemui


SENARAI lapan kanak-kanak yang dihanyutkan arus deras ketika memancing di sebatang sungai di Kampung Timah SKC, Bukit Beruntung jam 5 petang tadi. Dalam kejadian itu, seorang dapat menyelamatkan diri manakala empat ditemui lemas dan tiga lagi masih hilang.


BUKIT BERUNTUNG 17 Mac 2017. Dua lagi mayat kanak-kanak mangsa lemas di Kampung Timah SKC, Bukit Beruntung ditemui sebentar tadi. NSTP/SYARAFIQ ABD SAMAD



DUA lagi mayat kanak-kanak lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika memancing di sebatang sungai di Kampung Timah SKC, Bukit Beruntung, ditemui malam ini. - Foto Syarafiq Abd Samad

BUKIT BERUNTUNG: Dua lagi mayat kanak-kanak lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika memancing di sebatang sungai di Kampung Timah SKC, di sini, ditemui malam ini.

Mangsa dikenal pasti sebagai Mohd Ikhwan Mohd Ridhwan, 10, ditemui pasukan penyelamat pada jam 9.47 malam dan Mohd Aiman Fitri Md Asmadi, 12, ditemui 10 minit kemudian.

Identiti kedua-dua mangsa disahkan oleh ahli keluarga mereka yang turut berada di lokasi kejadian.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul, berkata operasi mencari dan menyelamat tiga lagi mangsa akan diteruskan hingga semua mereka ditemui.

Dalam kejadian jam 5.20 petang, hanya seorang daripada kumpulan lapan murid sebuah sekolah rendah di sini, berusia antara 9-12 tahun, selamat.

Kira-kira jam 6.40 petang tadi, mayat dua murid berkenaan ditemui 50 meter dari tempat mereka memancing. - BHarian
 
Offline
#3
Jenazah 2 beradik selamat dikebumikan


JENAZAH dua beradik, Shahrizwan Abdullah 10, Shahrizat Abdullah 12, dan Amirul Hakimi Mohd Kharul Amru 10, yang mati lemas di Sungai SKC, Kampung Timah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Beruntung. - Foto Sairien Nafis


HASINAH Ibrahim, ibu kepada dua beradik, Shahrizwan Abdullah 10, Shahrizat Abdullah 12, yang mati lemas di Sungai SKC, Kampung Timah tidak dapat menahan kesedihan ketika pengebumian anaknya.- Foto Sairien Nafis

KUALA KUBU BHARU: Jenazah dua beradik mangsa lemas, Mohd Shahrizat Abdullah, 12, dan Mohd Shahrizwan 10, serta Amirul Hakimi Mohd Kharul Amru, 10, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Beruntung, jam 12 tengah hari tadi.

Bacaan talkin dan doa dipimpin Setiausaha surau Abu Bakar Ali Bashah, Rosli Abdullah.

Ibu bapa dan keluarga mangsa turut berada di tanah perkuburan.

Dua lagi mangsa, Mohd Aiman Fitri Md Asmadi, 12, akan dikebumikan di Kuala Selangor, manakala Mohd Iskandar Shah Abdullah, 12, dikebumikan di Kuala Krai, Kelantan.


Jenazah mangsa lemas selamat dikebumikan | Semasa | Berita Harian