uzairubiah
Newbie
- Joined
- Sep 21, 2006
- Messages
- 551
- Points
- 16
- Age
- 37
Aku sebenarnya baru jengok blog boss aku (DIARI ROSHATIKA : CERITA CERITI ORANG PORT DICKSON). Budak tu lah yang pernah aku cerita dalam blog aku dulu `cutest baby in PD' (Mama dia bekas ratu cantik PD & T/lahirnya sama dengan Siti Nurhalia). Dah besar, dah boleh berjalan. Semalam mama dia buatkan `tongkat ayam' untuk meraikannya kerana dah boleh berjalan. Katanya tradisi tersebut adalah tradisi Jawa yang diwarisi dari sebelah emaknya. Aku cuma nak tanya korang semua adakah tradisi macam ini patut dipertahankan? Apa faedahnya? atau boleh pakai lagi ke? kerana zaman kita kan dah berubah!. Gambar-gambar boleh ke sig Cerita ceriti orang Port Dickson.