Tips untuk elak email masuk tab promotion gmail

Joined
Jan 1, 2010
Messages
63
Likes
5
Points
8
Offline
#1
Email Masuk Promotion Tab Gmail? Ini Petua Untuk Elakkannya!


Assalamu’alaikum dan salam sejahtera semua. Sekarang ni semua orang tahu yang setiap email yang masuk ke Gmail akan ditapis dan diletakkan dalam 3 tab asas iaitu tab Primary, tab Social dan tab Promotion. Kalau boleh kita nak semua email kita masuk dalam Primary. Tapi susah nak kawal email mana yang masuk Primary dan Promotion.

Kalau email dari Facebook, Twitter, Youtube dan yang seangkatan dengannya, sah-sah akan masuk dalamSocial. Jadi macam mana nak elakkan email kita daripada masuk ke dalam tab Promotion?

Kalau masuk tab Promotion memang susah lah orang nak baca. Ye la, saya pun kurang membaca email yang ada dalam tab Promotion ni.

Saya ada buat sedikit kajian mengenai ini dan ini adalah hasil penemuan yang saya dapat. Harap ianya dapat bantu anda untuk elak email anda masuk ke dalam tab Promotion Gmail.



Inilah Rahsianya Yang Ramai Orang Tak Tahu
1. Terlampau Banyak Link Dalam Email Anda

Ramai orang yang suka letak link yang banyak dalam email mereka terutamanya yang buat affiliate (macam saya…). Sebenarnya perkara ni akan menyebab Gmail anggap anda sedang buat promosi.

Jadi kalau boleh jangan letak link banyak-banyak dalam email. Lepas saya kurangkan link dalam email saya, alhamdulillah semua email saya sudah masuk ke dalam tab Primary.

2. Terlampau Banyak Gambar

Letak gambar atau terlampau banyak gambar juga akan menyebabkan email anda masuk dalam tabPromotion. Macam mana kalau letak satu gambar sahaja?

Ok, kalau letak satu gambar sahaja, peluangnya adalah 50 – 50 untuk masuk dalam tab Promotion. Kalau nasib baik tak masuk lah dalam tab Promotion. Kalau nasib tak baik, pergi ke tab Promotion la jawabnya!

3. Masukkan Nama Pembaca Macam Yang Autoresponder Buat

Salah satu sebab kenapa email yang dihantar dengan menggunakan Autoresponder senang masuk tabPrimary adalah fungsi kod tag nama pembaca email.

Fungsi ini adalah satu kod tag nama yang dimasukkan ke dalam email dalam autoresponder untuk sistem autoresponder letakkan nama pembaca mengikut nama yang telah pembaca tersebut daftarkan.

Senang cerita, orang panggil sebagai personalized email.

4. Padamkan Fungsi RSS

Blog atau website sekarang disertakan dengan fungsi RSS. Benda ini berfungsi untuk menghantar artikel yang anda tulis dalam blog atau website ke email pembaca.

Gmail akan tandakan email yang datang melalui fungsi RSS sebagai email jenis promosi. Jadi memang masuk tab Promotion lah jawabnya!

Nak senang masuk Primary? Tulis sendiri email anda!

5. Jangan Tulis Macam Robot Yang Tulis Email Anda

Tulislah email macam anda nak tulis kepada kawan anda. Anggap pembaca email itu adalah kawan anda. Barulah ayat yang anda gunakan tu nampak macam manusia yang menulisnya.

6. Jangan Gunakan Ayat-ayat Berbentuk Spam!

Apa yang saya maksudkan di sini adalah ayat yang anda tulis dalam tajuk dan kandungan email anda. Jangan suka buat ayat seperti berikut:

  • Hai!!! NAK BUAT DUIT LEBIH?!?!?
  • HOI!!!!! APA KAU BUAT?????!!!!!
Penggunaan tanda baca dan bentuk penulisan di atas akan menyebabkan Gmail menanda email anda sebagai email Promosi. Lebih teruk lagi kalau terus je masuk Folder Spam!

7. Kalau Boleh Tulis Macam Kita Tulis Surat Biasa

Apa yang saya maksudkan di sini bukanlah buat ayat-ayat puitis dan jiwang. Cukuplah email anda nampak macam manusia yang tulis. Saya sarankan jenis bahasa yang santai dan tidak terlalu formal.

Itulah beberapa tips untuk anda elakkan daripada email anda masuk tab Promotion di Gmail. Kenapa perlu pastikan setiap email yang kita hantar masuk Primary?

Sebabnya sekarang ni ada Apps untuk Gmail kan? Kalau email yang masuk dalam Primary selalunya akan ada bunyi notifikasi yang menandakan email masuk ke dalam inbox anda. Kalau masuk dalam tabPromotion, langsung tak ada bunyi notifikasi. Jadi pembaca akan terlepas dan tak sedar yang email anda masuk dalam inbox mereka.
 
Joined
Jan 26, 2015
Messages
25
Likes
1
Points
3
Offline
#3
Baru saya tahu kenapa email tentang blog update yang saya subcsribe masuk ke tab Promotion dan asyik terlepas pandang tentang update blog yang saya ikuti
 
Joined
Jul 30, 2011
Messages
657
Likes
0
Points
16
Offline
#4
terima kasih tuan..
sekarang barulah saya faham kenapa byk email2 sy tak dibaca..hehe
 
Top