Tips SEO - URL Structure Best Practices

Mohd Zulhilmi

Senior
Joined
Mar 5, 2011
Messages
331
Points
0
Salam rakan-rakan WC,

Harini saya nak share sikit tentang struktur URL atau permalink yang bagus untuk SEO. Saya pecahkan tips ini kepada 2.

===
1. Untuk Website BUKAN Jenis WordPress
===



Rujuk gambar di atas. Page name yang saya maksudkan adalah pada segment terakhir itu (product-name).

Contoh keyword: baju kurung
Page name yang salah: 'baju_kurung' atau 'baju_kurung.html'
Page name yang betul: 'baju-kurung' atau 'baju-kurung.html'

===
2. Untuk Website Jenis WordPress
===

Sama seperti di atas.



Bezanya, anda boleh Edit dengan mudah. Caranya adalah dengan hanya klik pada button "Edit" seperti di dalam gambar.

99% keadaan WordPress memang akan berikan 'dash'. Setakat saya guna WordPress, belum nampak lagi WordPress berikan 'underscore'
JIKA anda nampak underscore, ubah cepat-cepat kepada yang berbentuk 'dash'.

===
Kenapa Kena Guna Dash?
===

Apabila Google melihat 'baju_kurung', ia anggap itu adalah satu perkataan, bajukurung.

Sebaliknya, Google melihat 'baju-kurung' sebagai 2 perkataan, baju kurung.

===
Tips tambahan
===

Elakkan simbol-simbol ini dalam URL: #!&?%.
Dan, elakkan juga nombor rawak.

Contoh:
www.yourwebsite.com/?product_id=657392&category=4667

Make it clean and readable.

Semoga tips ini membantu. :)

===
Nak Belajar SEO Lagi?
===

Kalau nak belajar lebih banyak tentang SEO, boleh ke 2 blog saya ni:

1. Prospek Digital
2. Bina Blog Dot Com Sendiri
 
Top