Tips Menghasilkan Video Promosi Yang Berkesan

Joe Fizzow

Senior
Joined
Jul 20, 2009
Messages
725
Points
18
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Hari ini saya ingin berkongsikan pengalaman saya dalam menghasilkan video sama ada video promosi, video teaser, video testimoni atau sebagainya.

Perisian Video.

1. Camstudio
2. Camtasia Studio
3. Vegas Pro

Ketiga perisian ini sering kali saya gunakan dalam menghasilkan video yang berkesan. Camstudio dan Camtasia Studio adalah dua jenis perisian yang digunakan untuk merekod skrin komputer apa yang kita lakukan pada masa tersebut.Perisian ini boleh merekod di skrin komputer untuk menjadikan video sebagai video tutorial di mana kita dapat memberikannya kepada orang ramai secara percuma atau dijadikan produk berbayar.

Camstudio boleh dimuat turun secara percuma di laman webnya manakala Camtasia Studio adalah berbayar dan boleh dimuat turun percuma 30 hari di laman webnya juga. Camtasia Studio ini lebih advance berbanding Camstudio.

Vegas Pro adalah perisian video yang canggih dan berbayar di mana hasil-hasil video yang kita rekod pada Camstudio dan Camtasia Studio lebih cantik di edit pada perisian Vegas Pro ini. Ia boleh dimuat turun percuma 30 hari di laman webnya.

Untuk merekod video menggunakan Camstudio dan Camtasia Studio, anda memerlukan mikrofon atau headset yang ada 'noise cancelling'
Fungsi 'noise cancelling' ini adalah untuk menyahkan bunyi bising seperti bunyi lori, kereta, ayam, itik di luar rumah masuk ke dalam video yang anda sedang rekod. Nanti video anda juga tak best didengar sebab macam-macam bunyi.

Vegas pro digunakan untuk mengedit video supaya lebih cantik dan menarik. sekiranya anda mahir menggunakan perisian ini, anda boleh menjadikannya sebagai pendapatan dengan mengambil tempahan video.
Malahan dengan kemahiran ini anda boleh menjadikannya sebagai senjata untuk pemasaran seperti pemasaran video untuk promosi affiliate dan produk sendiri. Ia juga boleh menjenamakan anda dan kredibiliti dapat dibina.


Semoga tips ini sedikit sebanyak membantu pemahaman anda dalam pemasaran video..:D
 

abutalib

Senior
Joined
Dec 29, 2010
Messages
4,058
Points
0
Terima kasih dengan penerangan yang dijelaskan :)
 
Joined
Nov 28, 2010
Messages
31
Points
0
Terima kasih saudara atas perkongsian yang bermanfaat :). Memang tak dinafikan pemasaran/bina kredibiliti melalui video lagi lebih impaknya. Apa yang penting,teruskan mencuba dan jangan takut untuk menerokai sesuatu yang baru untuk memajukan diri.
 

Kamil Ahmad

freshman
Joined
Jul 7, 2009
Messages
34
Points
0
Tq bro Faizul Noor atas perkongsian ini. Sangat memberi manfaat kepada seluruh warga wc. Tahniah.
 

Cikgu Loh

Senior
Joined
Nov 22, 2010
Messages
1,732
Points
0
Age
29
TQ abe atas perkongsian yang menarik..Amat berguna nie..
 

Joe Fizzow

Senior
Joined
Jul 20, 2009
Messages
725
Points
18
Terima kasih dengan penerangan yang dijelaskan :)
Sama-sama Abu Talib. Terima kasih baca ni.:)

Terima kasih saudara atas perkongsian yang bermanfaat :). Memang tak dinafikan pemasaran/bina kredibiliti melalui video lagi lebih impaknya. Apa yang penting,teruskan mencuba dan jangan takut untuk menerokai sesuatu yang baru untuk memajukan diri.
Ya betul tu imah..belajar dan terus belajar. jangan mudah putus asa belajar benda baru. Nanti lama-lama boleh maju..

Tq bro Faizul Noor atas perkongsian ini. Sangat memberi manfaat kepada seluruh warga wc. Tahniah.
U welcome bro Kamil Ahmad. Semoga memberi manfaat untuk kita semua.:)

TQ abe atas perkongsian yang menarik..Amat berguna nie..
U welcome cikgu loh..ilmu yang baik kita kongsi je..hehehehe.
 
Top