Tip Penjagaan Kereta

abg bosan

freshman
Joined
Jun 28, 2012
Messages
18
Points
0
MUNGKIN menjadi tanda tanya sekiranya kenderaan anda kelihatan senget ke kiri atau kanan sekiranya diletakkan di atas jalan yang mendatar.

Keadaan sebegini biasanya disebabkan kenderaan dibebani secara tidak sama rata, tekanan atau ukuran tayar tidak sama atau pegas sistem gantungan sudah lemah atau patah.

Bagi memastikan adakah kenderaan benar-benar senget ke satu bahagian, gunakan pita ukur untuk mengukur tinggi badan kereta sebelah kiri dan kanan.

Sebelum pengukuran dilakukan, agihkan beban kenderaan sama rata, selain itu pastikan juga tekanan dan ukuran tayar adalah sama.


Cara ukuran pula mudah, ukur ketinggian lampu depan dari tanah. Jika ketinggian kiri dan kanan ada perbezaan, pembaikan perlu dilakukan.


Sementara itu, dalam keadaan lain pula ketika kenderaan bergerak di atas jalan yang rosak dan tidak rata, dirasakan kenderaan melambung-lambung hingga menjejaskan keselesaan penumpang.

Keadaan sebegini terjadi disebabkan sama ada tekanan tayar terlalu tinggi atau alat penyerap hentak sudah rosak atau lemah.

Apabila tekanan tayar terlalu tinggi, maka kenderaan akan melambung-lambung sehingga penumpang kurang selesa. Biasanya beban yang lebih berat dapat mengurangi keadaan melambung-lambung itu.

Sekiranya kenderaan rasa terhoyong-hayang ketika pemanduan, ia mungkin berpunca daripada alat penyerap hentak (shock absorber).

Pemeriksaan boleh dilakukan dengan menekan bamper depan dan belakang setiap satu bucu, kemudian dilepaskan.

Jika pantulan hanya berlaku sekali atau dua saja, boleh dikatakan alat peredam penyerap hentak masih dalam keadaan baik.

Sebaliknya, jika pantulan itu berlaku untuk tempoh yang lebih lama dan ia mungkin mempunyai masalah.

Selain itu, anda boleh memeriksanya dengan memegang alat penyerap hentak sesudah kenderaan berhenti daripada sesuatu perjalanan.

Jika dingin, ia menunjukkan alat penyerap hentak itu tidak berfungsi, sebaliknya ia akan terasa panas sekiranya dalam keadaan baik.
 
Top