Tinggalkan suami kerana tikus

sally

freshman
Joined
Aug 26, 2009
Messages
2,655
Likes
0
Points
36
Offline
#1



London: Seorang wanita berkata, dia lebih cintakan tikus daripada manusia, termasuk suaminya.

Chantal Banks, yang akan muncul dalam episod TLC, My Crazy Obsession berkata, dia memiliki 19 ‘sahabat ekor panjang’ yang dianggapnya sebagai anak di kediaman dua biliknya.


Dia membiarkan tikus itu menjilat bibirnya, memakan makanan daripada mulutnya dan berkeliaran ketika dia tidur.

Ketaksuban Chantal terhadap tikus bermula sejak dia berusia 16 tahun.


“Anda akan sedar matlamat hidup anda sebaik anda menemuinya. Itu yang berlaku pada saya apabila saya melihat tikus pertama saya,” katanya dalam rancangan itu.


Sejak itu tikusnya semakin bertambah dan dia tidak akan membiarkan dirinya bersendirian tanpa mereka.


Dia bernasib baik kerana suaminya, Chester, dapat menerima minatnya terhadap tikus.


Anak mereka, Kevin berkata: “Saya membesar dengan tikus”.

Bagaimanapun, ketaksuban Chantal terhadap tikus sudah tidak terkawal dan perkahwinannya berdepan dengan masalah hingga memaksanya berpindah ke rumah lain.


“Suami saya tidak sanggup lagi tinggal dengan tikus. Sukar bagi kami untuk meneruskan rumah tangga yang kami bina 11 tahun lalu. Dia tidak memahami hati saya. Dia tidak dapat menerima kenyataan bahawa saya lebih cintakan tikus daripada dia,” katanya.


Wanita itu yang kini hidup bersendirian di apartmennya menghabiskan sebahagian besar masa dengan tikusnya.


Setiap tikus itu diberi nama manusia, seperti Lily dan Janice. Ia menggambarkan personaliti mereka.


“Burka gemar makan tetapi malas bersenam. Janice suka mencium. Lily pula gemar melompat,” kata Chantal.


Menurut wanita itu, dia gemar memakan bersama mereka.


Apabila tidak bersama tikusnya untuk seketika, Chantal berkata, dia mengalami masalah GGMR yang bermakna ‘I Gotta More Rats” (Saya perlukan lebih banyak tikus).


Merumuskan ketaksubannya dia berkata: “Saya cintakan tikus lebih daripada manusia. Saya tidak boleh hidup tanpa mereka. Tikus saya cintakan saya. Apabila saya menangis, mereka menjilat air mata saya.” - Daily Mail



sumber:http://cerita2pelik.blogspot.com/2013/03/tinggalkan-suami-kerana-tikus.html
 

limyh

freshman
Joined
Feb 26, 2013
Messages
118
Likes
0
Points
0
Offline
#5
dunia penuh dgn org bermacam2, tak salah jika mencintai tikus, lagipun ada sifat penyayang, tapi memang susah ada orang yg mampu menerima dan hidup dgn tikus tiap2 hari... kalau haiwan pelihara seperti kucing bolehlah diterima, tikus agar sukar sikit.
 
Joined
Jul 12, 2011
Messages
116
Likes
0
Points
0
Offline
#8
Tikus? tikus tu bawa penyakit. Kerja tak berfaedah manusia sekarang.
 
Top