Theplib tebus kecewa

Joined
Jun 6, 2015
Messages
1,030
Likes
5
Points
38
Offline
#1



Kuala Terengganu

Pelumba Thailand, Arnon Theplib menebus kehampaan tahun lalu apabila merangkul gelaran juara keseluruhan kategori Asian MX2 Kejuaraan Motocross Asia FIM 2015 di trek perlumbaan Motocross Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus, baru-baru ini.

Theplib yang sebelum ini hanya berpuas hati di tangga ketiga pada FIM 2014, membuat kejutan tahun ini apabila berjaya mengetepikan 30 pelumba lain walaupun berlumba dalam keadaan cuaca panas terik.

Pelumba negara Gajah Putih itu yang menunggang Honda CRF250R meraih hadiah wang tunai RM5,500 serta trofi.

Dia berkata, kemenangan itu yang pertama baginya dalam FIM dan secara tidak langsung membakar semangat untuk melakarkan kejayaan lebih cemerlang.

Tahun lalu saya agak kecewa kerana hanya menduduki tempat ketiga dan tahun ini saya membuktikan kemampuan sebenar, katanya.

Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin hadir majlis penyampaian hadiah itu. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Terengganu Datuk Rozi Mamat dan Pegawai Kewangan Negeri Datuk Wan Nawawi Wan Ismail.

Kategori Asian MX2 turut dimenangi pelumba Thailand, Chaiyan Romphan yang membawa pulang RM4,400, manakala pelumba Australia, Lewis Stewart ketiga (RM3,600).

Sumber: Harian Metro
 
Top