Tepi, tepi aku nak membebel !

KISS

freshman
Joined
Nov 22, 2010
Messages
617
Points
0
Kalau abang pingu bosan, aku pon nak bosan jugak kah kah kah

Kenapa payah sangat nak buat duit kat Internet? Bukan rezeki korang kuuutttt kohkohkoh

Relax relax jangan marah nooo

Rezeki ni benda yang kita tak tau. Bila da berlaku baru kita tau rezeki ke tak so tak payah cakap atau buat andaian kenapa aku tak de rezeki, bila la rezeki aku bla bla sampai sudahhhh tak jadi apa kalau dok asyik cita pasal rezeki.

Abih tu nak cakap pasal apa bang?

Kita cakap benda yang kita boleh control. Mende tu bang?

Usaha kita laaa tu pon nak kena cakap ke.

Dalam internet marketing, fokus pada dua benda 1. Trafik 2. Conversion

Benda yang selalu orang kantoi trafik. Payah bai nak tarik trafik. Sebab tu bila dah dapat trafik, kena cuba sedaya upaya simpan trafik tu ... sebab tu orang dok asyik cakap buat list. Email list laa ...

Nak buat email list kena baya ke? Ye la kena baya. Abih tu kalau tak nak baya? Kalau tak nak baya, mintak la duit ngan awek korang, cakap cinta sejati nak pinjam duit baya autoresponder pon tak boleh kah kah kah

Relax relax jgn marah aku tau korang ada maruah. Cet maruah konon, semalam aku tgk pegi pasar pakai seluar pendek bukak aurat lagi kah kah kah

Ada satu lagi cara - guna fb page ngan twitter follower. List jugak tu bai, cuma orang tak nak cakap sebab promote soh buat fb page bukan dapat apa pon, kalau promote autoresponder dapat la siket komisyen kah kah kah

Bab trafik tak abes lagi tapi bosan dah ilang ni. Nak sambung lagi ke tak ni? Relax dulu kita tengok sambutan .....

Orang pon cakap kiss lama menghilang tiba tiba muncul nak promote produk ke? Aah aku nak promote produk ni .. handphone nokia 3310 sapa2 nak beli? Ngehngeh

Pastu ada la suara sorang dua kat belakang kelas: woi sembang lebih laa lu mat.. maklum la samseng kelas.

Aku pon dengan senyum sipu2 balas balik ... aku sembang lebih, so? Tak puas ati? Pedulikkk hahaha
 

redkops

freshman
Joined
Nov 4, 2009
Messages
102
Points
0
:D panjang tapi baguih
 

PinguSpy

Senior
Joined
Jan 7, 2007
Messages
7,432
Points
38
dulu SEO.. . skang ada facebook fanpage/ads ..
ada youtube...
 

KISS

freshman
Joined
Nov 22, 2010
Messages
617
Points
0
Ok hari ni sambung membebel sebab ada sambuTan ...

Imabiz cakap tak thrill haha.. nak dengar cite thrill tak Ima?

Pada satu hari aku tengah layan fb. Aku ternampak profile awek cun. Maka tangan aku pon gatal la klik.

Cop cop sebelom sambung korang tau tak gamba perempuan sexy memang ramai yang klik? Sebab tu kalau iklan letak gamba seksi CTR naik macam roket je ... CTR = Click Tru Rate la, jgn ada yg first time dengar fikir dirty pulak, maklum la seksi -> naik tu bunyi lain macam je .. berkat tak berkat tu aku tak tau la guna teknik ni kahkahkah

sapa-sapa yang selalu layan youtube akan perasan satu benda berkaitan gamba seksi ni ... kalau gamba cover video kat youtube tu gamba menggairahkan, view dia sampai juta2 hahaha padahal video tak berkaitan pon ngan gamba cover dia hahaha

Ok sambung ..

So minah ni banyak la letak gamba posing, tak de seksi sangt cuma cara posing tu menggairahkan ler. Maka ramai la jantan-jantan klik like dan puji dengan harapan dapat madu free. Aku tak ler, kalau nak madu aku beli kedai je kahkahkah

Aku perasan sorang mamat ni konsisten je puji minah ni. Miang betul. Pastu jeng jeng jeng ...

Sampai satu gamba, mamat ni komen lain macam. Ce teka apa yg dikomen?

Mamat ni tulis lebih kurang gini la bunyinyer .. alhamdulillah Tuhan nak tunjukkan aku perangai suami aku yang sebenar, sanggup dia memuji2 perempuan lain selain isteri dia.

Korang tau tak apa yang berlaku?

Haha bini dia yang komen lerr. Ntah cam mana bini boleh masuk akaun laki dia tak tau la. Tak kan dia share akaun kot kalau tak tak de la mengatal kan? Aku suspek laki dia tak logout fb so bila bini dia pakai komputer kantoi la haha.

Kesimpulan dia : kalau nak menggatal log out dulu sebelum blah hahah

Panjangnya aku bercerita tak masuk topik internet marketing. Ada la siket sentuh ctr kahakah esok je lah sambung yer abang abang kakak kakak semua. Ingat kalau nak menggatal cover line siket kahkahkah
 
Last edited:
Top