Teknologi Telefon Pintar Palm Yang Menjalankan Sistem Operasi Android Tertiris

Joined
Jun 6, 2015
Messages
16,611
Likes
27
Points
48
Offline
#1
Seperti yang pembaca sedia maklum, Palm dikatakan akan kembali ke pasaran pada tahun ini. Desas-desus mengatakan telefon pintar Palm ini akan menjalankan sistem operasi Android. Kini melalui Android Police, peranti Palm yang menjalankan sistem operasi Android tertiris.



Telefon pintar Palm ini hadir dengan kod nama “Pepito“. Ia adalah sebuah peranti dengan skrin 3.3-inci, panel 720p LCD, dan mempunyai bateri sebesar hanya 800mAh. Selain itu, peranti ini turut dijana dengan cip pemproses Snapdragon 435, mempunyai memori 3GB RAM dan 32GB storan dalaman. Peranti ini turut tidak mempunyai bicu audio 3.5mm dan ia menjalankan Android Oreo 8.1.



Dari segi rekaan, ia dilihat mempunyai bentuk seperti iPhone 3G. Tetapan kamera pula adalah seakan iPhone X, cuma ia hadir hanya dengan satu lensa. Menurut Android Police, peranti ini akan ditawarkan dalam warna titanium dan juga emas.

Jika benar “Pepito” adalah peranti Palm baru, ia adalah satu peranti paling pelik tahun 2018. Kerana ia bersaiz yang kecil dan kelihatan aneh secara keseluruhan.

Sumber: Amanz
 
Top