Telco sekarang semakin tak best

Ati Putera

freshman
Joined
Jun 14, 2012
Messages
166
Points
0
Sedikit perkongsian daripada mengenai satu telco ini hasil daripada pengalaman penggunaan saya selama ini. Aku menggunakan satu telco nie dalam jangka masa yang agak lama. Kebanyakan pelan yang aku gunakan ialah untuk internet prepaid. Sehingga semalam langganan pelan internet ialah RM5 untuk 600mb dalam masa 24 jam. Kekadang boleh habis kekadang tak boleh habis.

Tetapi tiba-tiba lebih kurang jam 10.30 malam pada tarikh artikel ini ditulis pelan internet aku sudah habis. Jadi aku membuat langganan semula dengan menaip kod seperti ini... NET5 dan send ke nombor 288XX. Kebiasaannya aku akan dapat notification lebih kurang begini.. Anda telah melanggan 600mb dan akan tamat dalam 24 jam. RM5 akan ditolak dari akaun anda.

Tetapi selepas 10.30 malam ini lain pula setelah aku memasukkan kod langganan yang biasa iaitu NET5. Mesej yang dihantar oleh telco ialah ..Anda telah melanggan 300mb dan akan tamat dalam masa 24 jam. RM5 akan ditolak daripada akaun anda.. Kenapa boleh jadi 300mb pulak mana lagi 300mb. Sekejap betul diaorang tukar pelan tanpa memberitahu notification kepada pelanggan.

Macam tertipu pulak aku rasa..ke memang sudah ditipu.

Jadi confirm aku akan cari simkad lain yang best supaya aku dapat baca mana-mana blog dengan lebih selesa dalam tahun 2015 ini.
 

MrDisc

Veteran
Joined
May 3, 2008
Messages
2,875
Points
48
Nak best macam mana bro masing2 semua otai2 telco GILA DUIT nak sedut sampai habis...sekali tak dapat sedut duit orang selagi tue promosi bagai nak rak...

Kwn ingat kita balik zaman old scool lagi bagus...pakai tepon oren2 suam atau yang kaler kuning/biru...masuk syiling layan borak ketik2 masuk syiling...itu tepon tak GILA DUIT tapi TELAN DUIT jek... :D
 

Ati Putera

freshman
Joined
Jun 14, 2012
Messages
166
Points
0
Sepatutnya diaorang bagi info dulu tentang perubahan tu..sekurang2nya pengguna dapat tahu terlebih dahulu sebelum melanggan..
 
Last edited:
Top