Teknik target interest kat fb

razorz18

Super Senior
Joined
Jun 11, 2011
Messages
1,046
Points
48
Salam dan selamat sejahtera.

Hari ni saya nak share sikit ilmu sy praktis dan belajar dari beberape course. Teknik ni berkenan dengan FB Ads.
Saya rasa banyak dah warga WC ni dah guna FB Ads untuk promote post, page likes, share video dan promote affiliate product. Hasilnya berbeza2.. ada masanya kita dapat hasil yang bagus..ada masanya kita langsung xde respond dari ADs .

Saya mmg xpandai sgt nak susun ayat. jadi saya shortkan je ape sy nak cite ari ni:
Perhatian: Teknik ini memerlukan kos mula yang lebih sikit dan ianya mungkin tidak sesuai kepada semua org.

1. Sebagai contoh kita kena fikir dulu ape Interest kita nak, tapi Interest ni tak boleh terlalu general. Lebih baik ada kaitan dengan ape yg kita nak promote. Ni adalah case study sy utk tgk if tekniknya ada kesan. Contohnya sy amik product sebelum ni sy cuba promote iaitu Product Cikgu Hafis, Firesale Raya 2015.
Mengambil kira product Cikgu Hafis dalam Niche IM, jadi saya cuba fikir lah , Siapa/apa yg popular dalam Niche ni di Malaysia.. sy xwat research sangat, saya wat conclusion saya nak guna Wangcyber sebagai Interest permulaan

2. Untuk mengunakan teknik ini, anda kena buka FB Ads Manager anda. Dan pegi ke bahagian Audience Insight.

3. Masukan Location tue mengikut apa yang anda rasa berkaitan. Kalu promote product luar negara yg general saya akan choose First Tier Country iaitu USA, UK, Canada, Australia dan New Zealand. Dalam kes ni, sy just masukan Malaysia.

4. Saya target umur 25-50 tahun dimana ada dieorg ni ada kuasa membeli. Jantina biarkan lelaki dan perempuan.
Tips: Kalu nak promote product fizikal, always choose perempuan kecuali benda tue mmg sangat related dengan lelaki.

5. Pastu masukan Interest ni satu persatu. Mulakan dengan Wangcyber dalam kotak Interest. (kemungkinan Interest itu tidak ada dan anda perlu cari yang lain)

6. Klik bahagian Tab (page Likes) besebelahan dengan tab Demographic

7. Setelah tu, cuba check kat bahagian bawah tue ada senarai Page Likes yang berkaitan dengan Interest yang kita search tadi. Cuba lihat bahagian Affinity dan sortkan dari nilai besar ke kecik.

8. Cuba tengok Page likes yg related manakah ada mempunyai affinity yg tinggi. Untuk rujukan, Affinity melebihi 30x adalah sasaran saya. Tapi kemungkinan jika niche itu terlalu kecik, 10x adalah memadai.

9. Untuk kepastian samada Page2 ni ada kaitan, anda boleh klik nama page dan semak untuk pastikan. Kadang2 anda akan boleh tekeliru especially untuk niche di luar sebab nama (page likes) adalah pekara yang sangat common.

10. lepas tue, masukan Page Likes yg baru tadi mengantikan Interest WangCyber dan check semula Step (7)-(9) .Jika anda mendapati Affinity untuk pages yg dimasukan dalam Interest adalah tinggi, anda boleh sasarkan audience ini.

11. Sila buat sekurang-kurangnya 3 jenis audience. dan setiap audience ini adalah satu ads.

12. Buat ads seperti biasa, dan boleh target dalam RM15-25/sehari untuk satu ads

13. Pantau dalam masa sehari lebih dan cuba dapatkan ads mana, ataupun audience mana yg respond kat Ads yng terbaik.

Kesimpulan:

Kenapa perlu buat kesemua ni dan ianya adalah menelan kos yg tinggi pada permulaan. Pendapat saya dalam pekara ini adalah teori nya iaitu kita kena kenal pasti audience ini untuk product atau Niche. Kita akan mengalami banyak kekalahan daripada kemenangan. Tetapi, Ads yang menang (audience yang respond), akan sangat berguna dimana anda boleh terus target audience ini untuk product berbeza tetapi niche yg sama. Dalam masa yg panjang, anda akan lebih jimat buat ads.

Selamat mencuba. Sorry sy tak wat picture sebab ada hal. kalu ada persoalan, boleh komen. Saya bukan pandai sangat, kalu sy tak dapat, rasanya warga WC yang lain boleh gak tolong jawab
 
seo_nerd

junior
Joined
Sep 13, 2014
Messages
68
Points
8
Salam dan selamat sejahtera.
Kenapa perlu buat kesemua ni dan ianya adalah menelan kos yg tinggi pada permulaan. Pendapat saya dalam pekara ini adalah teori nya iaitu kita kena kenal pasti audience ini untuk product atau Niche. Kita akan mengalami banyak kekalahan daripada kemenangan. Tetapi, Ads yang menang (audience yang respond), akan sangat berguna dimana anda boleh terus target audience ini untuk product berbeza tetapi niche yg sama. Dalam masa yg panjang, anda akan lebih jimat buat ads.

Sangat setuju yang ni. Kalau main FB ads, anda kena bersedia tanggung kerugian sikit awal-awal. Memang tak dapat dielakkan. Tapi once dah jumpa lubuk, masyukk!!
 
razorz18

Super Senior
Joined
Jun 11, 2011
Messages
1,046
Points
48
Sangat setuju yang ni. Kalau main FB ads, anda kena bersedia tanggung kerugian sikit awal-awal. Memang tak dapat dielakkan. Tapi once dah jumpa lubuk, masyukk!!

Memang xdpt sangkal, kalulah beriklan sentiasa untung..sy tak fikir dah benda lain. Even kalu setiap sepuluh sen belanja dapat 1 sen..pun dah kira bagus sgt. Kalu nak jadi power mane2 hal..kena hard work lebih dari yg lain..cari peluang dan teknik baru..probably dengan kos yg kecik..untung die sgt besar pada masa singkat. Sy xjamin pekara ni..tapi leh usaha.

Senang sy leh cita, sape nak tahu interest mane (Malaysia) ni yg respond bagus kalu Niche Internet Marketing dgn syarat anda wat proper ads. Ade dapat teka x?
 
scudmissile

Staff member
mod
Joined
Feb 18, 2010
Messages
439
Points
28
tq share... skrg tengah fokus pada physical produk dan adsense :)
kene banyak belajar lagi ni
 
razorz18

Super Senior
Joined
Jun 11, 2011
Messages
1,046
Points
48
Dalam ads ppc ni. Sapa yg sangup bid lebih die menang. Contohnya kalu bro bid keyword ni rm2.. sy bid rm2.2.. google /facebook akan favour ads saya. Bid dgn budget adalah two different things. Bid high budget low xpe.. tue pun boleh. As long kita rasa confident salespage kita mcm ner. watpe kita tkut bid kalu kita tau benda tue akan convert .Biasanya bid tinggi pada mula je..sebab masa tue kita nak org lain tgk ads kita.. once dah ramai tau.. bro leh kurangkan bid.. standardlah. Bagi sy yg menang bukan org yg less spend.. yg menang actually org yg dpt lead/sales walaupun die spend lebih. Kalu nak less spend.. tak spend langsung dah kira menang dah.
 
scudmissile

Staff member
mod
Joined
Feb 18, 2010
Messages
439
Points
28
masihh..kurang arif berkaitan perkara yang dibincangkan...FB ads..perlu bayar ke
aah tn... kena bayar :) boleh target prospek tn bukan main tebar jer ads
katakan nk jual makanan kucing boleh target peminat2 kucing
peminat anjing x keluar la ads kt fb dia
 
razorz18

Super Senior
Joined
Jun 11, 2011
Messages
1,046
Points
48
masihh..kurang arif berkaitan perkara yang dibincangkan...FB ads..perlu bayar ke
Yup. Mmg bayar. Iklan di facebook biasanya kita akan tgk ade perkataan sponsored. Kena ada facebook page gak kalu nak wat fb ads. Satu pekara yg rase byk leh convert di malaysia ni adalah fizikal product yg below rm200. Kalu anda ada product below rm200 dgn margin bagus mcm rm50 sekurang2nya boleh try fb ads. Tapi kena cara yg betul. Suma ni melibatkan test.
 
scudmissile

Staff member
mod
Joined
Feb 18, 2010
Messages
439
Points
28
Yup. Mmg bayar. Iklan di facebook biasanya kita akan tgk ade perkataan sponsored. Kena ada facebook page gak kalu nak wat fb ads. Satu pekara yg rase byk leh convert di malaysia ni adalah fizikal product yg below rm200. Kalu anda ada product below rm200 dgn margin bagus mcm rm50 sekurang2nya boleh try fb ads. Tapi kena cara yg betul. Suma ni melibatkan test.
tq lagi tn skill2 yg mcm ni la kena tahu
nk kira bajet kira profit, kira modal
bru la investment yg berbaloi
 
razorz18

Super Senior
Joined
Jun 11, 2011
Messages
1,046
Points
48
Product fizikal lebih bnyk convert berbanding product info. Kalu kira kecik pun amiklah 3% conversion. Maksudnya setiap 100 clicks , and akan dapat 3 conversion (sales atau lead). Katakan anda ada satu product harga RM150 dengan margin keuntungan bersih RM60 dan anda berbelanja RM30/sehari. Maka pekiraan paling simple adalah mcm ni, disebabkan bajet ads kita RM30/sehari..oleh itu jika anda spent dua hari ads = RM30 x 2 = RM60 dan ini menyamai keuntungan bersih untuk satu sale. Sekiranya anda tidak dapat satu sales agaknya anda perlu lakukan sesuatu untuk optimize ads anda. Ada beberapa pekara yang anda perlu lihat.

1. Headline yang digunakan
- Headline pelulah lebih persuasive (memikat) dan ada Call to Action kalu leh
2. Image
- Kemungkinan image tidak sesuai dengan apa yang anda hendak promote dan tidak menarik. Selalu guna image yang lucu/yg boleh menarik perhatian sesorang. Sila pastikan anda mempunyai right to use image tersebut
3 - Harga
- Jika anda letak harga dalam description, pastikan ianya adalah jelas dan tidak mempunyai hidden cost kepada penguna untuk mengelakan potential buyer rasa tertipu.
4- Tawaran
- kemungkinan anda pelu ubah sedikit supaya tawaran tersebut lebih menarik. Biasanya dieorg dah klik cuma bila tngk harga dengan benda yg dieorg akan dapat tidak setimpal, maka ianya impact kepada conversion.

Lebih kurang macam tue lah. Tak semestinya anda perlu ubah semua, infact sy tak sarankan ubah semua, recommended anda ubah satu persatu dimana yg mana anda rasa perlu supaya anda dapat lebih jelas melalui A/B test anda
 
sangat menarik tuan!!!
 
Tokey

Staff member
administrative
Joined
Jun 5, 2015
Messages
526

info yang bagus +Terbaik+
 
Top