Teknik SEO: Anda tanya saya jawab

kuchalana

Senior
Joined
Nov 3, 2009
Messages
532
Points
18
Salam WC.

Ada orang tanya haritu macam mana penggunaan PBN (Private Blog Network). PBN ni sebenarnya macam ni:

1 - Semua IM orang tau yang backlinks penting untuk SEO. Backlinks pulak kena dari sumber yang bagus -> .gov, .edu, website besar
2 - Orang bukan IM ramai yang tak tahu pasal backlinks social share, etc, etc
3 - Orang bukan IM ni kalau dia buat website, dia takkan promote cara IM. Dia promote cara offline. Media (radio, TV, akhbar etc)
4 - Bila buat macam tu dia dapat byk backlinks (macam kebiasaan semua thread saya akan disertai contoh real life example kejap lagi)
5 - Kadang-kadang bisnes tak menjadi atau projek dah siap so tak perlu renew domain -> domain dibiarkan expired
6 - Seorang SEO yang bijak akan cari domain ni register, buat blog wordpress simple2 gitew, pastu post macam biasa dan link ke money site mereka dari situ
7 - Kebiasaanya kalau domain-domain ni power, hanya dengan 10 backlinks dah dapat ranking untuk keyword yang diingini.

Itulah serba sedikit pasal PBN. Yang penting kena pandai cari domain yang bagus. Kalau domain tu mmg power, boleh guna untuk money site jugak.

Sekarang kita beralih ke real life example. Ini satu domain yang saya dapat 3 minggu lepas:

View attachment 20173

Cuba tengok. Ada 862 baclinks total menurut Ahrefs, 831 daripada backlinks tu Do Follow, dan 374 daripada tu adalah .gov. Kalau tengok referring page dia .gov ni datang dari kerajaan Malaysia. So kalau nak ranking untuk terms kat Malaysia, memang sangat sesuai domain yang macam ni. Saya baru tahun ni buat niche local. Biasa buat target overseas punya niche. Kalau overseas saya takkan guna domain macam ni, saya cari yang relevan kepada niche.

Macam mana nak cari domain macam ni?

Ini susah sikit nak cover sebab terlalu banyak komponen dia, tak macam tutorial-tutorial lain saya sebelum ni yang boleh buat free. Banyak tools yang kena master untuk buat pbn ni. Ia bidang yang agak advanced dalam konteks SEO. Nak kena tau IP class, pilih hosting yang sesuai, elakkan footprints, dan macam-macam lagi.

Kalau ada demand saya boleh buat thread jual domain yang saya tak pakai dengan harga berpatutan, ataupun mungkin saya jual post dari PBN saya. Tengoklah kalau tak busy sangat.

Kalau ada soalan lagi boleh tanya di sini saya akan jawab setakat yang tau. Sekian dulu, dan selamat berniaga.
kalau ada masa bro buka la satu thread tutorial nak cari domain tue
 

seo_nerd

junior
Joined
Sep 13, 2014
Messages
68
Points
8
Tuan, nak tnya TLD selain .com ada effect ke dalam kepantasan ranking? contoh macam .net,.org,.info
Salam. Setakat yang saya tahu, takde effect pun dalam keputusan ranking. Bagi saya, saya prefer dotcom sebab orang senang ingat. dotnet dan lain-lain orang boleh confuse sikit. SEO zaman sekarang lebih bertumpu kepada relevance dan authority. Even backlinks pun kena relevan baru boleh jalan.

terima kasih di atas pekongsian ilmu. byk perkara saya belajar pasal seo ni. dulu try buat biasa2 je.
Better start sekarang. Biasa-biasa pun, fast forward lagi 5 tahun, orang lain baru nak kenal seo, awak dah pandai. So unfair advantage dalam market.

Domain expired dah tak murah lagi sekarang. Paling takde pun mesti cecah Rm100 jugak kalau register kat godaddy.
Memang tak senang jumpa tuan, tapi tak mustahil. Domain yang saya tunjuk dalam post sebelum ni Teknik SEO: Anda tanya saya jawab | WangCyber untuk pbn saya tu, memang saya beli harga domain je. tapi disebabkan dia dotmy so memang lebih RM100 jugak la.
 

mohdyazed

freshman
Joined
Sep 26, 2013
Messages
48
Points
8
Salam,

Soalan yang bagus tu. Setakat pengalaman saya:

1) Bentuk dan gaya penulisan
ini bergantung kepada tujuan blogpost tersebut ditulis. kalau anda nak tulis untuk adsense,
letak keyword dalam title, h1, dan dalam ayat pertama, perenggan pertama, supaya googlebot nampak keyword dahulu dan akan
utamakan blogpost anda untuk ranking yang tinggi. kalau untuk affiliate, lebih baik tulis dengan gaya menjual dan tak perlu
memikirkan seo sangat. so satu landing page untuk menjual produk, dan banyak blogpost untuk seo.

2) struktur seo
http://mygrowthzone.com/12-cara-membuat-on-page-seo-yang-mantap/
Di sini saya ada buat infografik untuk 12 struktur SEO yang boleh memantapkan ranking anda di Google. Mungkin tak semua dapat dilengkapkan untuk
semua post anda, tapi kalau dari 12 teknik tu dapat buat 6-7 pun dah ok.

3) source artikel
Biasanya saya akan buat sendiri. Kalau yang free tu ada tapi tak tahu sempat tuan ambik ke tak: Yahoo Voices telah dibubarkan tahun 2014, maka artikel dalam tu semua dah tak index dalam Google. Jadi dalam mata Google dia dah jadi unique content! saya dapat 10,000 artikel hujung bulan May haritu >:)
Wah dapat 10,000 article tu..boleh share article tak??


Sent from my iPad using Tapatalk
 

seo_nerd

junior
Joined
Sep 13, 2014
Messages
68
Points
8
Mohon TT berikan nama tool yang digunakan untuk scrapebox.

Kalau ada yang murah atau percuma.

Kalau boleh berikan sekali petua bagaimana untuk cari lubuk dofollow backlinks menggunakan scrapebox.

Terima kasih
Kurang faham soalan tuan. Scrapebox tu sejenis tool untuk cari lubuk backlinks. Biasanya saya tak post guna scrapebox. Guna scrapebox untuk cari list website yang autoapprove, pastu guna gsa ser untuk post link. Tapi itu pure blackhat spamming la. Saya buat white/grey hat je skarang
 

Ponyo

freshman
Joined
Apr 2, 2010
Messages
188
Points
16
dunia blog...saya nak tanya...jika dapat pendapatan dari hasil iklan blog...perlu ke ada lesen perniagaan...lain lah jika kita buat duit dengan menjual produk di blog....???? lepas tu..dari blogspot....kita nak tukar ke .com...bloh ker???
boleh saja tuan..tuan boleh cari kat google cara nak tukar domain .blogsopt ke .com..tapi bila dah buat macam tu blog tu akan jadi macam blog yang baru dan kena mula buat semula dari zero
 

archonic04

freshman
Joined
Jul 25, 2010
Messages
26
Points
3
Hebat perkongsian sifu seo_nerd kita neh..bravo!
bro boleh tak share or pm tentang pricing yg bro buat utk seo? hahaha...tula kdg2 sesaje tanye company2 yg buat seo nih...skali dpt quote beriban2..tu dia...pd yg tahu..kalau ikutkan mcm simple je kerje dia, tambah2 on-page seo..
tapi yela kan...seo makan time....time is gold....gold is mahal...

Tapi sekarang seo ni jadi mudah sbb dh bnyk social media, semua orang boleh buat. dan mostly semua social media ni high Authority.
google akan crawl dorg ni dlu then baru domain2 lain. so tips bnyk2 la post niche anda di facebook, twitter, youtube, gplus dll....ni yg plg mudah & free.
 

kuchalana

Senior
Joined
Nov 3, 2009
Messages
532
Points
18
boleh saja tuan..tuan boleh cari kat google cara nak tukar domain .blogsopt ke .com..tapi bila dah buat macam tu blog tu akan jadi macam blog yang baru dan kena mula buat semula dari zero
untuk jangka masa panjang baik guna domain dot com sendiri..lagi bagus kalau guna self-hosting
 

dukejebat

freshman
Joined
Nov 27, 2014
Messages
5
Points
3
Salam Bro,

Ada teknik SEO mantap untuk naikkan ranking website classified macam mudah.my?
 

seo_nerd

junior
Joined
Sep 13, 2014
Messages
68
Points
8
dunia blog...saya nak tanya...jika dapat pendapatan dari hasil iklan blog...perlu ke ada lesen perniagaan...lain lah jika kita buat duit dengan menjual produk di blog....???? lepas tu..dari blogspot....kita nak tukar ke .com...bloh ker???
Boleh. In fact saya tengok ramai yang tak tahu cara migrate blogspot.com ke hosted wordpress. Rugi la trafik dah banyak.

Hebat perkongsian sifu seo_nerd kita neh..bravo!
bro boleh tak share or pm tentang pricing yg bro buat utk seo? hahaha...tula kdg2 sesaje tanye company2 yg buat seo nih...skali dpt quote beriban2..tu dia...pd yg tahu..kalau ikutkan mcm simple je kerje dia, tambah2 on-page seo..
tapi yela kan...seo makan time....time is gold....gold is mahal...

Tapi sekarang seo ni jadi mudah sbb dh bnyk social media, semua orang boleh buat. dan mostly semua social media ni high Authority.
google akan crawl dorg ni dlu then baru domain2 lain. so tips bnyk2 la post niche anda di facebook, twitter, youtube, gplus dll....ni yg plg mudah & free.
Ye bro. Tapi kena faham high authority tak semestinya link tu kuat. Kalau buat post baru kat blogspot contohnya, Domain authority (DA) memang tinggi, tapi Page Authority (PA) 1 je. Nak cantik kena dua-dua tinggi (PA dan DA).

Lagi satu on page seo pun bukan semudah letak keyword dalam title, url, dan h1 tag saja. bagi saya banyak faktor on page yang rata-rata orang tak buat:
  • silo structure
  • interlinking antara post yang relevan (sub topic dalam silo structure)
  • page speed optimization (website yang slow susah nak ranking tinggi)
  • outbound links (yang ni banyak blogger di malaysia buat secara tak sengaja)
  • duplicate content (yang ni pun banyak blogger tak faham)
Kalau ada yang minat saya akan kupas sikit pasal outbound links dan duplicate content tu. yang lain tu boleh tulis buku. memang rumit. Tapi tak perlu la fokus sangat kat seo pun. Banyak lagi cara nak dapat trafik.

Saya dah kurang ambik upah buat servis seo sekarang. Dulu kalau corporate client biasa charge paling murah RM2k sebulan. Memang riban-riban pun. Sebab trafik dari search engine ni targeted. Bisnes yang mampu bayar, memang sanggup bayar.

boleh saja tuan..tuan boleh cari kat google cara nak tukar domain .blogsopt ke .com..tapi bila dah buat macam tu blog tu akan jadi macam blog yang baru dan kena mula buat semula dari zero
Tak semestinya. Kalau buat cara migration yang betul blog hosted wordpress tu akan maintain trafik dan ranking dia. Kalau ada masa nanti saya buat guide macam mana nak migrate.

Salam Bro,

Ada teknik SEO mantap untuk naikkan ranking website classified macam mudah.my?
Soalan tuan saya tak berapa faham. Saya try jawab dari dua sudut:
  1. Kalau tuan dah buat post kat mudah.my, dan nak naikkan post tuan yang di mudah.my tu ke page 1 di google, senang saja. Pilih keyword yang sangat specifik seperti "servis/product" + "lokasi". Contoh: "Servis Aircond Shah Alam Seksyen 20". Tapi bagi saya kalau nak long term jangan post kat mudah sebab lepas tamat tempoh dorg akan delete. Google "business directory malaysia" dan pilih yang mana yang permanent.
  2. Kalau soalan tuan ialah tuan ada website macam mudah.my dan nak try ranking bagi up, itu lagi panjang cerita. Tapi cara senang ialah galakkan orang bagi review. Bila banyak review akan senang dapat backlinks. Banyak backlinks=ranking tinggi.
Sori tak dapat luangkan masa sangat di thread ni. Sibuk dengan bisnes. Saya akan cuba log in ke sini at least seminggu sekali
 
Last edited:

theHaikal

junior
Joined
Sep 7, 2015
Messages
189
Points
28
Age
33
wow banyak ilmu baru masuk dalam benak kepale ni..nak hadam pun cam nak termuntah hehe..tapi akan cube di praktikkan. dari segi onpage seo mungkin boleh dilaksanakan..yang offpage ni yang garu-garu kepala nak start..hehe..papepun teruskan thread ni untuk membantu orang yang baru dalam dunia blog dan website ni..thanks bro!+Belajar+
 

seo_nerd

junior
Joined
Sep 13, 2014
Messages
68
Points
8
boleh saja tuan..tuan boleh cari kat google cara nak tukar domain .blogsopt ke .com..tapi bila dah buat macam tu blog tu akan jadi macam blog yang baru dan kena mula buat semula dari zero
Salam,

Saya dah buat guide, tapi lupa lak nak upload. lol... bz sket nak closing ni.. Cara nak migrate blog dari blogger(blogspot) ke hosted wordpress:

Cara Pindah Blog dari Blogspot Ke Wordpress

  1. Export dulu dari blogspot masuk ke xml file
  2. Import semula ke dalam hosted wordpress
  3. Download dan activate plugin "Blogger Importer"
  4. Setup permalinks dalam hosted wordpress. Pastikan struktur dia sama dengan yang dalam blog lama
  5. Buat redirect dari blog lama ke blog baru (hosted wordpress)
  6. Edit functions.php dalam wordpress untuk redirect semua post lama kepada lokasi baru (skrip ada disertakan sekali dalam blog saya)
  7. Test tengok. Kalau ikut step by step confirm jadi. Kalau tak jadi cuba pm saya, boleh saya tengokkan kat mana yang silap.
*bagi masa sikit nak reply saya jarang lepak forum

Untuk post lengkap dengan gambar dan skrip boleh pergi ke link berikut:

Cara Pindah Blog dari Blogspot Ke Wordpress

P.S. lupa nak bagitau. Skrip ni gunakan 301 redirect. Maknanya bila google bot baca, dia akan faham yang blog kita ni dah berhijrah terus ke lokasi baru. Jadi semua ranking dan traffic dari blog lama akan transfer kepada blog baru.

Harap membantu
 
Top