Luar Negara Tayar pesawat MAS MH725 pecah di Jakarta

Joined
Feb 10, 2009
Messages
22,265
Likes
15
Points
38
Offline
#1

KEADAAN tayar pesawat MH725 malaysia Airlines yang pecah semasa mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta. - Foto/Ihsan Malaysia Airlines

PUTRAJAYA 14 Jun - Tayar pesawat Malaysia Airlines MH725 pecah ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta , Cengkareng, Banten, Jakarta kira-kira pukul 8.04 malam tadi waktu tempatan.

Malaysia Airlines dalam satu kenyataan memaklumkan, penerbangan MH725 dari Kuala Lumpur mengalami kerosakan tayar ketika mendarat di lapangan terbang itu semasa hujan lebat tetapi pesawat itu dapat mendarat dengan selamat.

Memetik kenyataan yang disiarkan oleh syarikat penerbangan itu menerusi laman sosial Facebook, tiada penumpang atau anak kapal yang cedera.

"Malaysia Airlines memohon maaf atas sebarang kesulitan dan kelewatan untuk pelanggan kami berkaitan insiden tersebut," kata kenyataan itu di sini hari ini. - Utusan
 
Top