Tarik balik laporan polis

Joined
Jun 6, 2015
Messages
1,030
Likes
5
Points
38
Offline
#1




Kuala Lumpur: Laporan polis yang dibuat Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) susulan insiden tumbuk-menumbuk membabitkan pemain Malaysia dengan Algeria dalam aksi final kejohanan Piala Crescent di Melaka, Jun lalu, sudah ditarik balik badan induk itu, baru-baru ini.

Perkara itu disahkan Setiausaha Agung Kehormat KRM, M Suhaimi Zainuddin yang menyatakan tindakan menarik semula laporan itu dibuat bagi membolehkan pemain Algeria kembali beraksi bersama pasukan kebangsaan mereka kelab profesional masing-maising.

Ramai yang keliru mengenai niat laporan itu dibuat tempoh hari. Laporan itu bukan saja tertumpu terhadap insiden pergaduhan semata-mata, tapi juga untuk tujuan tuntutan insuran sekiranya ada kecederaan serius dialami pemain selepas insiden itu.

Walaupun kami tidak tahu apa aktiviti kesemua pemain Algeria, namun atas rasa tanggungjawab selain percaya ada antara mereka mencari rezeki melalui ragbi, maka kami tarik semula laporan supaya mereka boleh bergerak bebas tanpa sebarang sekatan pihak berkuasa.

Lagipun, selepas menerima pelbagai pandangan dan nasihat terutama daripada Badan Ragbi Dunia (IRB), kami dapati biarlah siasatan mengenai insiden itu dilakukan IRB saja.

Kemungkinan pada 12 September ini, kesemua pegawai dan pemain negara akan ke Singapura untuk disoal siasat pegawai IRB. Bagi pemain dan pegawai Algeria pula, besar kemungkinan mereka disiasat di Eropah.

Kami enggan memanjangkan lagi kes ini, biarlah IRB yang putuskan hukuman, katanya kepada Arena Metro.

Sebelum ini, menerusi laporan Arena Metro bertarikh 30 Julai lalu, akhbar ini melaporkan pihak penganjur JustOnSports (JOS) mendedahkan banyak kesilapan dan kelemahan yang cuba disorokkan KRM apabila sengaja melengah-lengahkan keputusan Jawatankuasa Khas, sebelum kes berkenaan disiasat IRB.

Bukan itu saja, Pengarah Kejohanan Dr Rosnan Shafie turut mendakwa 11 pemain Algeria kini tidak boleh beraksi bersama pasukan kebangsaan atau kelab mereka kerana laporan polis yang dibuat berhubung insiden itu.

Rosnan ketika dihubungi semalam berkata, pihaknya amat menghargai keprihatinan KRM dalam menarik semula laporan itu, malah JOS juga sudah memaklumkan perkara itu kepada Majlis Olimpik Algeria berhubung hal itu.

Sepatutnya laporan polis itu tidak perlu dibuat, apatah lagi ia dibuat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan yang menjurus kepada tindakan jenayah. Walhal, mereka (pemain Algeria) hanya pemain ragbi dan bukannya penjenayah.

Biasalah dalam mana-mana sukan, bila timbul perasaan marah, akan berlaku pergelutan dan pergaduhan. Dalam bola sepak juga jika bergaduh sampai bertumbuk, pihak persatuan yang akan menghukum, bukannya polis, katanya.

Sumber: Harian Metro
 
Top