Tanjung Simpang Mengayau, The Tip Of Borneo

ismailn

freshman
Joined
Jan 29, 2015
Messages
81
Likes
0
Points
0
Offline
#1
View attachment The-Tips-Of-Borneo-Closeup.jpg

Bagi mereka yang bercadang untuk bercuti di negeri Sabah, saya ingin mencadangkan anda ke daerah Kudat dan melawat Tanjung Simpang Mengayau, The Tip Of Borneo. Ia merupakan pusat percutian yang paling saya sukai dan kerap kunjungi. Tempatnya cantik, udara yang nyaman dan kos di sana jauh lebih murah dari anda ke pulau-pulau di Sabah. Yang paling penting juga, The Tip Of Borneo merujuk pada suatu yang unik tentang tempat ini iaitu ia merujuk kepada tempat paling UTARA di pulau Borneo. Bila di sana, anda berada di atas peta Borneo secara teknikal.

Tanjung Simpang Mengayau juga merupakan titik pertemuan antara lautan Sulu dan Laut Cina Selatan. Dalam cuaca dan keadaan yang baik, anda boleh melihat garisan yang membentuk titik pertemuan ke dua-dua laut ini. Ia amat menarik sekali. Jangan lupa bawa kamera ya tetapi pastikan jangan terlalu dekat dengan laut kerana air pasang sukar diduga. Nanti rosak kamera, jangan marah saya pula. :D

Satu lagi yang seronok tentang percutian di Tanjung Simpang Mengayau adalah: dalam perjalanan ke sana, anda boleh melihat tempat-tempat menarik di derah Kudat. Antaranya termasuklah Bavanggazo Rungus Longhouse Kudat (rumah panjang kaum Rungus), Penternakan Lebah Madu Di Gombizau Honey Bee Farm Kudat dan banyak lagi.

Ada banyak lagi tempat-tempat menarik di Sabah ya. Cuba baca juga artikel ini: 10 Things To Do When You Travel To Sabah.

Terima kasih.
 
Joined
Jun 25, 2015
Messages
301
Likes
50
Points
28
Age
44
Offline
#10
Simpang Mengayau.....salah satu tempat yang saya nak pergi......dengan motosikal......insyaAllah.....akan sampai satu hari nanti.
 
Top