Tak Dapat Lihat Banner @ WC... Tolong Ya...

copernicus

Senior
Joined
Jun 12, 2008
Messages
852
Points
18
Assalamua'laikum dan Salam Sejahtera... :)

saya ada masalah sikit ni...

dekstop saya baru sahaja 'sihat' sepenuhnya
(setelah dibedah di hospital terkemuka negara...
huhuhu... :D). jadi... banyak perkara perlu
disettingkan balik...

masalahnya... di mozilla firefox saya ni... saya tak
dapat lihat banner-banner yang ada di WC ni... :(
di bawah ni, screenshot komputer saya:

jadi... kepada rakan-rakan yang dapat membantu
saya... tolonglah ya... kesian... tak dapat saya nak
klik banner-banner kawan-kawan kita... oh!
mungkin banner anda juga! hohoho...

p/s: saya sudahpun membuat carian di WC ni...
tetapi, tidak jumpa apa-apa yang berkaitan. kalau ada,
sila ingatkan saya ya (lebih baik lagi, berikan link
yang berkaitan).

p/p/s: saya juga telah cuba setting-setting apa-apa
yang mungkin dapat membantu... tetapi tak dapat
juga... saya, bab setting-setting ni lemah sikit...
huhuhu... gomen ne...
 
Prudent.Ardent

freshman
Joined
Nov 21, 2008
Messages
8
Points
1
Age
35
Copernicus, mungkin masalahnya berpunca daripada Content Viewer. Apa kata Copernicus pergi ke Tools > Options kemudian klik pada tab 'Content.' Kemudian apa kata Copernicus tandakan tick pada option 'Enable JavaScript' dan 'Enable Java.' Screenshotnya boleh dilihat seperti di bawah:

Kalau tidak ditanda pada kedua-dua option tersebut, tandakan. InsyaAllah, mungkin banner akan dapat dilihat semula. Harap ianya membantu! :)
 
copernicus

Senior
Joined
Jun 12, 2008
Messages
852
Points
18
thanks a lot for the info Prudent.Ardent :)

saya dah cuba juga... tapi, tak ada apa-apa yang berlaku... hmmm...
apa masalah sebenarnya ya... takkan nak kena format komputer ni
balik... :)

Prudent.Ardent

freshman
Joined
Nov 21, 2008
Messages
8
Points
1
Age
35
Hmm... Tak Boleh juga ya? Copernicus dah try uninstall dan install balik Firefox? Ok, bila uninstall, Copernicus 'clear' kan program folder milik Mozilla Firefox dalam Program Files.

Saya tak sure kalau masa uninstall, Mozilla akan delete folder ni secara automatik. Tapi kalau folder ni masih ada selepas uninstall, Copernicus harus delete dulu folder ni secara menyeluruh. Ini bagi memastikan enjin asal Mozilla yang tak berfungsi tak lagi digunakan. Bila kita install baru, guna enjin baru.

Cuba dulu ya... Ini sekadar cadangan. Kalau tak boleh lagi, kita cari jalan penyelesaian lain pulak. :)
 
copernicus

Senior
Joined
Jun 12, 2008
Messages
852
Points
18
sekarang ni, saya cuba ikut cara Prudent.Ardent. :)

saya sudah uninstall >> delete folder 'mozilla firefox'
di 'program files' >> install semula.

tapi, masih mengalami masalah yang serupa. :(

untuk makluman, saya download version 3.0.4.
jadi, sekarang ni, saya nak cuba download version
3.0.3. pula...

version 3.0.4. : Firefox web browser | Faster, more secure, & customizable

version 3.0.3. : Mozilla Download

apa-apa perkembangan... akan saya maklumkan lagi... :)

tak pun reset profile firefox
saya cuba juga cari fungsi reset profile tu di
tools >> options. tapi tiadalah pula aduyai... :( Zairi,
kalau dapat tunjukkan screenshot, tolong ya... saya
budak baru belajar... huhuhu...
 
copernicus

Senior
Joined
Jun 12, 2008
Messages
852
Points
18
saya sekarang menggunakan version 3.0.3. :) dan, masalah saya ini
masih belum selesai... aduyai...

nak kena sambung kerja dah ni... saya dah cuba semampu
boleh... :) kalau rakan-rakan lain ada jalan... tolonglah ya... :)

p/s: Zairi... kat version ni pun tak jumpalah macamana nak reset
profile tu... kalau boleh, tolong tunjukkan ya, dalam bentuk
screenshot sebaiknya... boleh ya... huhuhu... :D
 
Prudent.Ardent

freshman
Joined
Nov 21, 2008
Messages
8
Points
1
Age
35
Oo, tak boleh juga ye? Hmm... Kalau Copernicus guna Internet Explorer boleh nampak tak semua banner tu? Ataupun browser lain seperti Google Chrome dan juga Safari? Seandainya perkara yang sama berlaku kemungkinan ada masalah JavaScript. Jadinya agak rumit sebab melibatkan fungsi http cookie yang berselirat.

Kalau kita set System Restore pun tak boleh sebab system restore tak akan buang cookie sedia ada. Satu cara yang mudah adalah dengan format semula PC (berat jugak ni). Namun begitu, saya ingin bertanya:

1) Dah lama ke jadi?
2) Antivirus yang Copernicus gunakan?

Antivirus kebiasaannya dilengkapi dengan sistem anti-phishing yang boleh menghalang spyware atau malware yang cuba untuk masuk melalui http cookie. Seandainya anti-phishing gagal berfungsi, spyware atau malware yang masuk melalui cookie boleh merencatkan beberapa fungsi browser. Contohnya seperti yang Copernicus alami sekarang.
 
Zairi Zaidi

Newbie
Joined
Oct 21, 2008
Messages
2,254
Points
38
Age
28

memang takder kat option bende tu bro
cuba bro tujuk kat SINi

Cuba tengok bagian managing prfile, mungkin boleh bantu

Sori ye bro tak dapat terangkan kat sini

p/s: jangan marah kalau tak jadi...
 
what a great post! yosh!

terima kasih banyak-banyak saya ucapkan kepada Prudent.Ardent kerana telah banyak membantu... :)

baca sahaja hal antivirus yang diungkaplan oleh Prudent.Ardent, saya terus terfikir yang hal ini ada kaitannya dengan antivirus... jadi, saya pun uninstall antivirus yang saya gunakan sebelum ini dan install antivirus yang baru. dan... ia selesai! yosh! :D

memang takder kat option bende tu bro
cuba bro tujuk kat SINi

Cuba tengok bagian managing prfile, mungkin boleh bantu

Sori ye bro tak dapat terangkan kat sini

p/s: jangan marah kalau tak jadi...
terima kasih banyak-banyak juga kerana banyak membantu... :)

ishhh... nak marah apanya... orang dah tolong kita pun dah bersyukur sangat dah...

again, thanks to you both... :) dan, kepada rakan-rakan lain yang turut memberi perhatian...
 
Prudent.Ardent

freshman
Joined
Nov 21, 2008
Messages
8
Points
1
Age
35
what a great post! yosh!

terima kasih banyak-banyak saya ucapkan kepada Prudent.Ardent kerana telah banyak membantu... :)

baca sahaja hal antivirus yang diungkaplan oleh Prudent.Ardent, saya terus terfikir yang hal ini ada kaitannya dengan antivirus... jadi, saya pun uninstall antivirus yang saya gunakan sebelum ini dan install antivirus yang baru. dan... ia selesai! yosh! :D
Syukurlah Copernicus. Akhirnya selesai jua. :)
 
Top