Sumbangan dan Derma

sudirman

freshman
Joined
Aug 31, 2009
Messages
10
Points
0
Salam hormat,

Walaupun Ramadhan akan berakhir tidak lama lagi, tapi ini bukan masa untuk kita berhenti dari membuat amal dan kebajikan.

Dalam kesibukan kita mengumpul untuk menjadi jutawan dan hartawan, sudilah kiranya kita menyumbang sesuatu untuk mereka yang memerlukan.

Saya akan membuka satu blog untuk anda menyumbangkan sebarang perkara kepada mereka yang memerlukan. sudirman.my/sumbangan

Sumbangan anda akan terus sampai kepada pihak yang memerlukan tanpa perlu melalui pihak ketiga.

Antara penerima sumbangan adalah termasuk:-
1. Daif, miskin, yatim dan susah serta orang cacat
2. Orang sakit, anak-anak sakit, ibu bapa sakit
3. Laman web komuniti, portal komuniti yang memerlukan sumbangan
4. Individu yang memerlukan ********
5. Rakan peniaga yang memerlukan modal

Muallaf dan fisabilillah dll yg dihukumkan dengan syarak dapat ler......<<respon utk shadow95

Setiap bakal penerima akan ditapis dengan teliti dan akan disahkan kesahihannya sebelum mereka di'publish'kan dalam blog.

Antara barangan yang boleh diterima:-
1. Halal
2. Wang ringgit
3. Harta benda
4. Pendapat
5. Peluang


Jadi, teruskanlah beramal kerana amalan itu tidak terhenti di ketika Ramadhan.

Selamat beramal. Apa yang tidak dapat dibuat semua, jangan ditinggalkan semua...
 
Last edited:
Top