Stuju ke?: UPSR dan PMR di mansuh?

supanoob

Senior
Joined
Nov 2, 2009
Messages
616
Points
0
Assalamualaikum...

Haritu TPM dah announce kan bahawa kemungkinan untuk mansuhkan ujian UPSR dan PMR bagi peringkat kebangsaan, ini sekaligus menonjolkan pelbagai reaksi dari pelbagai lapisan masyarakat.

Kawan2 mcm mana? saya pasti semua dah melalui zaman sekolah dan pernah melalui kedua2 peperiksaan ini. Saya pula adalah merupakan batch pertama PMR yg menjalani peperksaan ini mengantikan SRP.

SEdikit fakta kat sini:

1) TPM announce kan untuk mansuhkan hanya bagi perinkat kebangsaan, namun, pihak sekolah sendiri masih boleh membuat peperiksaan tersebut bagi peringkat sekolah masing2 (internal exam) untuk menilai sejauh manakah pencapaian student masing2.
- Key issue dia sekarang ni, mansuh di peringkat kebangsaan je, peringkat sekolah masih boleh buat.

Saya menyokong perkara ini, memandangkan level of thinking dari satu zaman ke satu zaman sudah amat berbeza. Begitu juga bagi penilaian.
Tidak perlu lagi peperiksaan kecil2 begini yang di buat di peringkat kebangsaan, sebaliknya, yg paling layak membuat penilaian masing2 adalah sekolah masing.

Jika di lihat saranan TPM ni, kita nampak ianya gambaran seumpama peperiksaan di IPTA/S. Yg mana, di ipta/s, peperiksaan tidak di buat secara kebangsaan (melainkan bagi cawangan IPTa/s yg sama- tapi tak semua), sebaliknya, ujian2 di IPTa/s di buat oleh fakulti2/jabatan2 bagi setiap bidang atau pengkhususan di IPT masing2.

Ini bermakna, walaupun untuk kursus Diploma Teknologi Komputer yg di jalankan di buah IPTa/s yg berlainan merupakan kursus yg sama, namum, yang menetukan penilaian bagi exam2 tersebut adalah fakulti2/jabatan2 masing2.

Apa yg saya lihat,dengan pemansuhan ini, taraf cikgu2 sekolah akan di naikkan ke satu level, di mana,ianya sudah seolah2 setaraf dengan penilaian yg di bua oleh fakulti2 IPTa/s.

Apa yg di harapkan adalah, dengan pemansuhan dua jenis exam ni, kita dapatlah hapuskan style pembelajaran jenis "hidang,suap dan hapal" yg telah di jalankan sekian lama.
sebaliknya, cikgu2 perlu tumpukan untuk membina analytical thinking untuk student2 mereka supaya sesuatu subjek itu tidak hanya di telan bulat2,sebaliknya bersandarkan fakta dan kajian yg telah merka buat.

Cthnya, di kala ini (dan sebelum ini), sekiranya buku teks sejarah menjadi rujukan, maka, buku teks tu sahaja lah yg di percayai sebagai sejarah, sedangkan ilmu sejarah itu lebih meluas lagi. Dan semua tahu bahawa apa yg ada dlm buku teks kita tu hanya mengikut sukatan pembelajaran supaya 'kita boleh jawab soalan periksa' dan bukan untuk kemahiran untuk kita menganalisa.

sedangkan jika kita mendidik anak2 kita atau cikgu2 mendidik student2 mereka untuk mempunya analytical thinking, mereka sendiri akan tahu apakah cerita yang tersirat di sebalik sesuatu ilmu itu, dan bukan nya hanya yang sudah tersurat sahaja (seperti dlm buku teks).

Teknik belajar kita yg mana "hidang, suap dan hapal" tu adalah sesuatu yg amat buruk untuk masa depan negara. KIta semua di ajar untuk bersandarkan semata pada apa yg kita di beritahu, sedangkan jika kita di ajar untuk bersandarkan pada hasil kajian dan siasatan kita, maka, barulah kita tahu langit tinggi atau rendah.

Saya ada sorang kawan yg kini dah jadi orang besar di MDEC.dia cerita dia ni dulu x student UiTM, dan tak lama lepas tu (sebab bapak dia kaya), dia pun di hantar untuk belajar di US. Dia citer, hari pertama dia masuk dewan kuliah, lecturer tu masuk dewan, tulis 3 soalan, dan kemudian suruh diorang hantar findings dari soalan tu lepas 3 hari!
Kawan saya ni punya le terkejut, sebab dia dan seluruh kelas tu belum di ajar apa2 lagi, tapi dah disuruh untk jawab soalan. Padahal bagi dia kurang2 kalau nak suruh jawab soalan, ajar le dulu kan? kan?
so,dia tanya le kat minah salleh yg duk sebelah dia, camne nak jawab bende2 yg di tanya tu, so minah saleh tu jawab:

"rujuk le dalam jadual modul course punya jadual, sebab kat situ semua nya dah di explain apa refrence yg perlu di pakai untuk jawab soalan2 tu.."
seolah2, dengan rujuk jadual modul tu, nama2 buku teks yg nak di pakai semua tu dah ada kat situ. Sedangkan yg ada9dia kata hanyalah jadual tu je), dan buku2 yg nak pakai tu kena cari sendiri sebab ada beberapa tajuk yg berkaitan..

so, IMO, pemansuhan ujian2 ni smeua sgt lah baik untuk masa depan anak2 kita...

kalau rajin kongsi lah pendapat..
 
faezil

Newbie
Joined
Oct 2, 2007
Messages
7,061
Points
38
Terima kasih kepada bro supanoob kerana mengingatkan 'dimansuhkan hanya di peringkat kebangsaan sahaja'...

Maknanya pihak sekolah masih boleh mengadakan peperiksaan peringkat sekolah masing2.

IMO... jika peperiksaan sekecil UPSRdan PMR ini dibuat secara kebangsaan.. akan timbul beberapa masalah.

Selain daripada yang disebutkan oleh TT, pada pendapat aku ia boleh mengurangkan atau mentiadakan terus perlumbaan 'siapa paling banyak A/lulus' di kalangan pihak sekolah.

Tak salah pihak sekolah berlumba2 dengan sekolah lain, tapi kadang kala perlumbaan itu dijadikan 'agenda utama' terutama sekolah2 elit yang berusaha mengekalkan prestasinya dalam 'perlumbaan' tersebut. Seolah2 peperiksaan UPSR dan PMR adalah segala2nya.

Bukan tidak ada kes pelajar 'kurang bijak' disorokkan dan dinafikan daripada menduduki peperiksaan hanya kerana pihak sekolah takut efek peratus lulus....malu dengan sekolah lain :p

Sedangkan ramai graduan 'straight A' yang hanya menjadi 'biasa-biasa' di alam kerjaya.... tak malu pulak...

So, dengan adanya pemansuhan UPSR/PMR di peringkat kebangsaan, tiada lagi 'perlumbaan' yang mengarut.
 
Abu Hanis

Senior
Joined
Oct 9, 2007
Messages
2,247
Points
38
2 istilah kaedah pembelajaran:

[1] Pedagogy
[2] Endragogy

Pedagogy berpusatkan pada guru, guru byk main peranan
Endragogy berpusatkan pd pelajar, pelajar byk main peranan

Semua tu ada peringkat umur yg sesuai...
ada tahap-tahap yg sesuai...

p.s: apa kata tanya orang yg buat bisnes tution UPSR dan PMR rasa2 mereka setuju tak :)
 
Last edited:

DilaWriter

Newbie
Joined
Aug 20, 2009
Messages
992
Points
16
Terima kasih supanoob sebab buka thread ni. saya memang teringin nak tahu pendapat pakar (terlibat dalam bidang pendidikan secara langsung atau tak) tentang pemansuhan UPSR dan PMR. dalam kepala saya cuma nak minta KPM tukar silibus pembelajaran baik sekolah rendah dan sekolah menengah. kurangkan "hidang, suap, hafal" (quote dr supanoob) dan banyakkan analytical thinking dan tingkatkan kemahiran menyelesaikan masalah dengan sendiri. saya akan menjadi pembaca setia thread ni. harap ramai lagi yang akan beri pendapat.
 
PinguSpy

Senior
Joined
Jan 7, 2007
Messages
7,432
Points
38
aku belajar physic, kimia, math++ ...
serius time exam bole buat...

skang?? 70% dah lupa.. yg aku ingat pun part2 basic yg aku pakai skang :D
 
supanoob

Senior
Joined
Nov 2, 2009
Messages
616
Points
0
thanks atas pendapat semua yg sudi terlibat, saya pasti ramai lagi yg ingin suarakan pendapat.

Ini sikit lagi pendapat saya. Buku teks yg mengikut KBSR dan juga KBSM (ada lagi ke kbsr dan kbsm tu zaman ni? ke dah tuko?) atau apa2 jenis sukatan, hanyalah memberi maklumat secara partial sahaja, iaitu hanya cukup untuk student2 tu menjawab soalan2 dalam periksa. Apa yg ada dlm buku teks tu, itulah yg ada dalam periksa.
Jadi, dengan adanya pemansuhan ujian peringkat kebangsaan ni, cikgu2 boleh luangkan masa untuk mengajar beyond buku teks. Instead of kaedah "tuju-tuju" (tuju aka spot question untuk di ajar dlam periksa), cikgu2 dan cikgi2 boleh kini luangkan masa untuk mengajar mengikut "kajian".

Perlu kikta ingat, "Kajian" adalah merupakan satu jenis siasatan untuk membuktikan sesuatu (atau apa yg di cari tu) samada ianya benar atau tidak. dan jika benar, apakah yg tersiart di sebaliknya, dan jika salah, apakah bukti yang ianya salah.

Cthnya sejarah, Kita amik Melaka paling famous. hang tuah 5 bersaudara di katakan pahlawan bagi negeri Melaka yg mashur dan merupakan rakyat jelata melaka. itu kata buku teks, tapi kalau ikut kajian yg di buat oleh freelance dan sebagainya, hang Tuah 5 bersaudara tu adalah gelaran bagi anak raja yg menjadi "guardian" untuk benua nusantara ni (Indonesia, malaysia,filipina dan selatan thai-yg dulu milik org islam). Hang tuah ni lebih kurang mcm pangkat je. Anak2 raja ni pula merupakan multinational (indon, malaysia, filipina, thai) dan tugasan merka adalah mengawasi benua nusantara ni. Betul ke tak citer ni? kenalah kaji.
Cikgu2 boleh buat assignment based untuk bukti kan cerita ni betul, berdasarkan siasatan yg dibuat oleh para pelajar. Siasatan boleh memberi jawab, iaiatu betul atau salah. Dan kelas di bahagi kepada dua, iaitu yg menyokong teori ni samada betul, dan satu lagi yg menyokong teroi ni sebagai salah. Iatu berdasarkan manuskrip2 atau buku2 yg di tulis sebelum2 ini.

tu contoh je le..ada banyak2 lagi methodology untuk bagi budak2 kita ni berfikiran analytical. Dan natijah dari berfikiran analytical ni, sebelum habis SPM, diorang dah tau apakah minat diorang sebenrnya untuk ke alam pekerjaan, dan bidang pembelajaran apakah yg streamlined dengan minat mereka sebelum membuat keputusan untuk further studies.

yang saya nampak, apabila takde national level punya exam ni, yg paling sakit adalah publisher buku. Kurang le sales untuk 8 tahun....
 
hairulamran

freshman
Joined
May 5, 2010
Messages
91
Points
6
Pemansuhan tu baik dan mungkin akan dapat :
1. Mengurangkan masalah Belajar untuk Periksa- Exam Oriented.
2. Guru lebih bebas mengajar- Tak terkejar2 dengan silibus untuk exam.
3. Pelajar tak tertekan dengan segala bagai exam.
4. Takder la lagi borang mintak kerja tu ada ruangan keputusan UPSR/PMR/SRP/MCE/LCE
Kesimpulan : Saya setuju dimansuhkan peperiksaan tu..
 
faezil

Newbie
Joined
Oct 2, 2007
Messages
7,061
Points
38
thanks atas pendapat semua yg sudi terlibat, saya pasti ramai lagi yg ingin suarakan pendapat.

Ini sikit lagi pendapat saya. Buku teks yg mengikut KBSR dan juga KBSM (ada lagi ke kbsr dan kbsm tu zaman ni? ke dah tuko?) atau apa2 jenis sukatan, hanyalah memberi maklumat secara partial sahaja, iaitu hanya cukup untuk student2 tu menjawab soalan2 dalam periksa. Apa yg ada dlm buku teks tu, itulah yg ada dalam periksa.
Jadi, dengan adanya pemansuhan ujian peringkat kebangsaan ni, cikgu2 boleh luangkan masa untuk mengajar beyond buku teks. Instead of kaedah "tuju-tuju" (tuju aka spot question untuk di ajar dlam periksa), cikgu2 dan cikgi2 boleh kini luangkan masa untuk mengajar mengikut "kajian".

Perlu kikta ingat, "Kajian" adalah merupakan satu jenis siasatan untuk membuktikan sesuatu (atau apa yg di cari tu) samada ianya benar atau tidak. dan jika benar, apakah yg tersiart di sebaliknya, dan jika salah, apakah bukti yang ianya salah.

Cthnya sejarah, Kita amik Melaka paling famous. hang tuah 5 bersaudara di katakan pahlawan bagi negeri Melaka yg mashur dan merupakan rakyat jelata melaka. itu kata buku teks, tapi kalau ikut kajian yg di buat oleh freelance dan sebagainya, hang Tuah 5 bersaudara tu adalah gelaran bagi anak raja yg menjadi "guardian" untuk benua nusantara ni (Indonesia, malaysia,filipina dan selatan thai-yg dulu milik org islam). Hang tuah ni lebih kurang mcm pangkat je. Anak2 raja ni pula merupakan multinational (indon, malaysia, filipina, thai) dan tugasan merka adalah mengawasi benua nusantara ni. Betul ke tak citer ni? kenalah kaji.
Cikgu2 boleh buat assignment based untuk bukti kan cerita ni betul, berdasarkan siasatan yg dibuat oleh para pelajar. Siasatan boleh memberi jawab, iaiatu betul atau salah. Dan kelas di bahagi kepada dua, iaitu yg menyokong teori ni samada betul, dan satu lagi yg menyokong teroi ni sebagai salah. Iatu berdasarkan manuskrip2 atau buku2 yg di tulis sebelum2 ini.

tu contoh je le..ada banyak2 lagi methodology untuk bagi budak2 kita ni berfikiran analytical. Dan natijah dari berfikiran analytical ni, sebelum habis SPM, diorang dah tau apakah minat diorang sebenrnya untuk ke alam pekerjaan, dan bidang pembelajaran apakah yg streamlined dengan minat mereka sebelum membuat keputusan untuk further studies.

yang saya nampak, apabila takde national level punya exam ni, yg paling sakit adalah publisher buku. Kurang le sales untuk 8 tahun....

satu idea yang menarik

seorang cikgu pernah mengeluh dan mendakwa takde masa nak buat siasatan, takde masa nak suruh para pelajar membuat kajian, takde masa nak berkonstruktivis dsb.

Masa yang ada hanyalah untuk buat latih tubi, menjawab spot question, membincangkan soalan past year.

Ia diluahkan ketika mengesyorkan cikgu tersebut menggunakan ICT sebagai BBM

takde la salahkan cikgu tu 100% kerana ia adalah tuntutan daripada pihak atasan. Sbb pihak atasan pun berlumba2 jugak nak daerah/negerinya dapat A paling banyak. Nasib baik takde UPSR/PMR peringkat dunia. Kalau ada, mau dengan PM sekali turun padang ikut berlumba dengan negara2 lain
 
Abdul Malek

freshman
Joined
Apr 16, 2009
Messages
42
Points
0
Salam..

Saya amat-amat menyokong saranan pemansuhan UPSR dan PMR disekolah2..dan kalau boleh peperiksaan setengah juga dimansuhkan..:)

Ini kerana, bagus untuk pembangunan kanak2 tersebut. Kita sibuk dengan result yg bagus..keranaa selama ini kita tergolong dalam "exam oriented" school.

banyak kali saya jumpa orang yg mempunyai keputusan yang baik disepanjang persekolahannya tidak mempunyai EQ yg tinggi. dan ia mengakibatkan "self centered". dan banyak kali juga saya jumpa orang yg berkelulusan baik disepanjang persekolahannya ..kurang cekap dalam pekerjaannaya ..contoh keputusan englishnya bagus (credit) tp bila bekerja suruh buat presentation in english ..they can't! ..what the heck!..

untuk melahirkan bangsa2 yg mempunyai minda kelas pertama..EQ kelas pertama..maka wajarlah peperiksaan ini dimansuhkan.. dan train budak ikut kemampuan mereka serta minat mereka... sebab tue negara jepun mahupun negara2 maju lain ada yg bergelar expert engineer walaupun usianya baru mencecah 23-24 tahun... malaysia?..

kita fikirkan sama2 ye... :)
 
Apeh

freshman
Joined
Mar 30, 2007
Messages
1,259
Points
38
Cara pembelajaran yang patut diubah.

Contoh:Sekolah asrama penuh dan sekolah harian
biasa.Byk beza.

Bukan aku ckp sekolah biasa xbagus,cuma aktiviti di sekolah
asrama penuh lebih teratur .Byk aktiviti,bukan belajar shj.

Sekolah biasa,balik sekolah terus ke CC,lepak sogo n mcm2
lagilah .

Ubah cara pembelajaran dan tambahkan aktiviti.Penting.

Sekian.
 
DilaWriter

Newbie
Joined
Aug 20, 2009
Messages
992
Points
16
hmm... kenapa saya rasa ada pendidik yang tak akan bersetuju.. sebabnya, mereka dah lama dan dah sebati dengan sistem pendidikan sekarang. nak ubah benda yang dah biasa buat memang payah.. sama macam guna English dalam Science dan Maths. saya rasa satu kerugian besar kepada pelajar je bila mansuhkan (untuk long term development mereka).
 
faezil

Newbie
Joined
Oct 2, 2007
Messages
7,061
Points
38
ya... betul....

apabila dah sebati... benda dah chantek... mmg susah nak ubah...

Apapun sama ada PPSMI, UPSR mahupun PMR.... ia adalah teknik, strategi ataupun langkah yang datang dari pihak kerajaan di mana para guru hanya sebagai pelaksana sahaja...

nah... bila semua dimansuhkan, ia bermakna, kretiviti terletak di bahu para guru (guru besau, pengetua, PPD, JPN). Bukan setakat PPSMI, UPSR dan PMR bahkan boleh mencipta lebih daripada itu.... bah kata bro supanoob, nak buat macam universiti pun boleh...
 
tallbold

Senior
Joined
Nov 17, 2009
Messages
1,812
Points
38
tiada sistem yg perfect, sistem UPSR dan PMR pun ada pro & cons

kalau takder exam pun ada pro & cons

yg penting sejauh mana kita dapat meminimakan negative impact kepada semua pihak baik pelajar, ibu bapa, cikgu sekolah, cikgu tuisyen, pihak pengeluar buku teks, subsisdi peperiksaan dsb. Yang ini kena kaji sebenarnya sebab dasar pendidikan adalah antara dasar yg core kepada pembangunan insan negara.

kenapa dikatakan core atau tulang belakang? cuba tanya org sekeliling kita, sapa yg tak pernah ambik exam upsr, pmr dan spm? semua org ambik kan, kira benda yg wajib utk rakyat malaysia

kaji dalam2, benda2 melibatkan teras pembangunan, benda nie takleh dibuat eksperimen, kalau setakat mansuh cukai kereta pastue kenakan balik tue masih boleh dibuat ekperimen...

P/S : jgn jadik mcm PTS dulu sudah yg lompat darjah 3 ke darjah 5 tue, sekejap jadik, pastue dah tak boleh pulak. Lagi satu dulu spm limited subjek, pastue unlimited subjek, sekarang dah limited balik pulak. Sekali lagi, jangan jadikan hal2 pendidikan bahan eksperimen
 
laser

Newbie
Joined
Apr 2, 2010
Messages
2,031
Points
38
kalau camtu takyah gi sekolah dah..

blajar sampai darjah satu je..asal boleh menulis, membaca, mengaji, kira dah ok..

sebabnya pelajar dah takda tujuan untuk pergi sekolah..

bila dah pandai baca dan menulis, masuk je kelas latihan kemahiran..nanti nak kerja kene guna kemahiran..ajar mereka kemahiran dari kecik lagi bagus..guna konsep satu pelajar satu kemahiran..
 
masih perlu pergi ke sekolah.

Tiada UPSR/PMR bukan bermakna tiada exam kerana pihak sekolah masih boleh buat peperiksaan mereka sendiri.
 
DilaWriter

Newbie
Joined
Aug 20, 2009
Messages
992
Points
16
masih perlu pergi ke sekolah.

Tiada UPSR/PMR bukan bermakna tiada exam kerana pihak sekolah masih boleh buat peperiksaan mereka sendiri.

Tapi kan Bro Faezil, saya takut lama-lama nanti akan ada unsur-unsur negatif masuk terutama kalau ada di kalangan ahli PIBG sekolah yang berkepentingan cuba nak hijack sistem peperiksaan sekolah pulak. Contoh yang buat saya terfikir ialah campur tangan politik dalam hal-hal pendidikan anak2. tak tahulah apa yang saya katakan ni make sense atau tak :p
 
olskool

freshman
Joined
Nov 30, 2008
Messages
1,770
Points
36
kalau camtu takyah gi sekolah dah..

blajar sampai darjah satu je..asal boleh menulis, membaca, mengaji, kira dah ok..

sebabnya pelajar dah takda tujuan untuk pergi sekolah..

bila dah pandai baca dan menulis, masuk je kelas latihan kemahiran..nanti nak kerja kene guna kemahiran..ajar mereka kemahiran dari kecik lagi bagus..guna konsep satu pelajar satu kemahiran..
sbb nie lah kerajaan nk menghapuskn system UPSR ,PMR..
coz untuk mengubah paradigma/pandangan masyrakat kita yg just pegi skul coz untk exam(system pendidikan malaysia berlandaskan EXAM ORIANTED-aq dgr talk psal EDUCATION SYSTEM OF COMMONWEALTH COUNTRY AFTER INDEPENDENCE)...lps tu xau ape..

kemahiran pom ok..kerajaan dh wujudkn skul tknik...tp not all bidang kerja dlm dunia nie berkaitan kemahiran..DAO(Diplomatic Admnistration Officer-PTD),guru,akauntan,lawyer..sume tu xgune kemahiran..itu gune knowladge..
 
faezil

Newbie
Joined
Oct 2, 2007
Messages
7,061
Points
38
Tapi kan Bro Faezil, saya takut lama-lama nanti akan ada unsur-unsur negatif masuk terutama kalau ada di kalangan ahli PIBG sekolah yang berkepentingan cuba nak hijack sistem peperiksaan sekolah pulak. Contoh yang buat saya terfikir ialah campur tangan politik dalam hal-hal pendidikan anak2. tak tahulah apa yang saya katakan ni make sense atau tak :p

maksudnya.... akan berlaku loophole yang memudahkan pihak tak sepatutnya masuk ke dalam sistem pembelajaran ?
 
Lamanutama

freshman
Joined
Dec 5, 2009
Messages
682
Points
16
saya sokong pmr di mansuhkan..

tetapi upsr tidak kot.. sebab..

upsr akan menentukan sekolah mana diaorang akan masuk.. dan pmr kurang penting nya.. dan susah cikgu terpaksa cikgu terkejar2.
 
kaiba910

Newbie
Joined
Oct 29, 2006
Messages
3,558
Points
36
saya sokong pmr di mansuhkan..

tetapi upsr tidak kot.. sebab..

upsr akan menentukan sekolah mana diaorang akan masuk.. dan pmr kurang penting nya.. dan susah cikgu terpaksa cikgu terkejar2.

PMR pun same woo.....nak dpt masuk SBP dgn MRSM
 
Top