Sokongan Untuk Kanak Kanak Miskin

Pfiza2

freshman
Joined
Apr 28, 2014
Messages
454
Likes
0
Points
0
Offline
#1


Ada satu perkara yang ibubapa di seluruh dunia mempunyai persamaan ialah mereka mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka .
Tetapi kemiskinan telah membuat ini satu dilema untuk banyak ibu-ibu dan bapa-bapa. Mereka tidak mampu untuk melaksanakannya bermakna mereka tidak mampu untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah atau memberi mereka makan yang secukupnya.

Sesetengah kanak-kanak perlu meminta atau bekerja untuk menyara keluarga mereka. Tiada ibu bapa mahu anak mereka seperti itu. Tetapi itu realiti ribuan ibubapa hadapi hari ini. Sokongan terhadap kanak-kanak mampu mengubah kehidupan mereka.

Kemiskinan adalah isu yang sukar untuk tangani. Tetapi satu perkara yang jelas sumbangan bukanlah penyelesaian segalanya. Kami telah belajar cara terbaik untuk mengubah kehidupan kanak-kanak tersebut termasuklah masyarakat yang mengelilingi kanak - kanak dan termasuk ibu bapa mereka. Ini adalah asas Program Tajaan World Vision untuk kanak-kanak.

Apabila anda menyumbang kepada kanak-kanak tersebut, setiap Ringgit yang anda berikan akan disalurkan ke arah projek pembangunan mampan seperti air bersih, pendidikan dan penjagaan kesihatan untuk memastikan kesan jangka panjang terhadap program ini. Melalui inisiatif dalam pembangunan ekonomi dan pertanian , ibu-ibu dan bapa-bapa dapat meningkatkan pendapatan dan seterusnya menampung kehidupan keluarga mereka.

Pendek kata, anda tidak hanya membuat kehidupan yang lebih baik untuk kanak-kanak tetapi semua masyakarat sekeliling dapat manfaatnya.

Jadi, seperti kita meraikan Hari Ibu atau Bapa, mari kita mengambil peluang untuk meraikan dan menghargai jasa bapa-bapa dan ibu-ibu yang berjuang untuk memberi anak-anak mereka masa depan yang cerah . Lebih baik lagi, mari kita menyumbang mereka dengan sumber-sumber yang mereka perlukan untuk berjaya.

Apabila kanak-kanak mempunyai akses yang lebih baik kepada keperluan asas ia amat bermakna ...

- Pendidikan dan peluang untuk pergi ke sekolah
- Air bersih untuk minum, memasak, dan basuh
- Kesihatan dan pendidikan kesihatan
- Makanan cukup untuk diet yang berkhasiat
- Pendapatan diperolehi melalui latihan vokasional


Mari Membantu mengubah kehidupan kanak-kanak ini. Pengalaman telah mengajar kita bahawa cara terbaik untuk mengubah kehidupan kanak-kanak adalah dengan mengubah tempat mereka tinggal, sokongan anda akan membantu untuk mengubah dunia kanak-kanak dengan menangani keperluan penting.

World Vision bekerjasama dengan kumpulan-kumpulan masyarakat dan kerajaan tempatan untuk menyediakan projek-projek pembangunan yang sesuai untuk memenuhi keperluan tempatan dan meningkatkan kesejahteraan semua kanak-kanak dan keluarga yang tinggal di kawasan itu untuk jangka panjang. Kami bekerja keras untuk memastikan bahawa semua dana didermakan kepada kami digunakan dengan cekap dan berkesan yang membawa impak maksimum kepada kanak-kanak dan masyarakat sekeliling. Sokongan dan sumbangan amatlah kami hargai. Untuk lebih maklumat boleh layari disini
 
Joined
Jul 19, 2014
Messages
79
Likes
0
Points
6
Offline
#2
Saya juga prihatin dengan anak-anak fakir miskin yang dalam usia masih kecil sudah bekerja. Saya akan menyokong Doa untuk anak fakir miskin ini agar selalu diberikan kesehatan dan kesejahteraan oleh Alloh SWT






_________________________________________
Jual Kaos Polos & Bordir Sablon Kaos
 
Last edited:
Top