Teknologi Sokongan Netflix HDR Untuk Galaxy Note 9, Tab S4, Honor 10, LG G7 Dan V35 Diaktifkan

Joined
Jun 6, 2015
Messages
16,611
Likes
27
Points
48
Offline
#1
Banyak peranti utama kini mempunyai sokongan skrin HD dan HDR bagi menikmati kandungan yang lebih terang berbanding skrin biasa. Namum sokongan perkakasan sahaja tidak mencukupi kerana sokongan dari pihak ketiga masih diperlukan sebelum kandungan HD atau HDR dapat dinikmati.

Samsung Galaxy Note 9, Samsung Galaxy Tab S4, Honor 10, LG G7 dan LG V35 adalah lima peranti yang baru sahaja tersenarai sebagai peranti yang boleh menstrim kandungan Netflix HDR. Ini membawakan jumlah telefon pintar Android yang menyokong Netflix HDR kepada sebelas kesemuanya.



Selain itu, terdapat juga beberapa peranti baru yang menyokong penstriman kualiti HD. Huawei MediaPad M5 10 Lite, Huawei MediaPad T5 10 dan Huawei Nova 3 adalah antara tiga peranti tersebut. Ini bermaksud, peranti-peranti ini kini mempunyai lesen Widevine untuk tujuan penstriman HD. Jika peranti anda tidak tersenarai atau tidak mempunyai lesen WIdevine – penstriman hanya terhad kepada 480p.

Harus diingatkan anda perlu mempunyai langganan penstriman UHD sebelum boleh menikmati HDR. Pada pakej langganan biasa HDR tidak boleh diakses walaupun pada peranti yang menyokongnya.

Sumber: Amanz
 
Top