Soalan: Bro macam mana nak start biz internet nie ha pa perlu buat?

zahid isa

freshman
Joined
Oct 22, 2010
Messages
103
Points
0
Assalaamualikum sahabat wc semua... Semoga semuanya sihat, ceria, kaya & bahagia. :)

Beberapa hari lepas saya ditanya oleh salah seorang sahabat wc, soalannya amat ringkas tp jawapannya amat rumit nak dijelaskan... tambahan pula saya bukan selayaknya beri jawapan trsebut (masih x cukup ilmu.. hehe) Tetapi bila renungkan bbrapa ketika, rasa tak kena kalau tak jawab... apa kata si penanya soalan trsebut? mungkin dia akan kecewa atau trcari2 sumber!

Bila fikir2 macamana nak jawab... saya terlintas difikiran, kenapa tidak saya kongsikan apa yg saya ada, bukan apa yg saya perlu ajarkan... saya bukan otai, saya bukan sifu, dan saya bukan & bukan & bukan... pening juga sekali fikir. Tapi saya tahu saya perlu jawab.... akhirnya saya jawan jua... ikuti jwapan saya di bawah trhadap soalan di atas...

Oppsss.. lupa nak bagitahu, jawapan ni dah ada dlm thread asalnya, kalau selalu xplore pasti jumpa punya... hehe


Jawapan saya:

Soalan tersebut amat mencabar & saya tidak begitu layak nak bg jawapan yg tepat & betul2 mantop! saya juga masih baru dlm arena ini... TETAPI saya blh kongsikan 11 perkara penting yg telah saya lakukan dlm usaha menjadi usahawan internet Hebat & Mantap! Jika bro **a* berminat nak tahu, sila ikutinya detailnya di bawah:

Langkah 1- Saya perbetulkan niat & 'mindset' saya untuk menjadi seorang usahawan internet. Perspektif terhadap bidang ini & komuniti di dalamnya hendaklah betul & positif. Sudut pandang amat penting sebagai langkah awal terlibat dlm apa jua perkara termasuk perniagaan internet. Saya pastikan fokus fikiran pd perkara2 yg positif shj & hindarkan dr fikir perkara-perkara negatif krn ia akan menjadi racun pd saya kelak. Saya kemudiannya mula berfikiran besar! / 'Think Big!' / 'Dream Big!'.

Langkah 2- Saya mendaftar dgn persatuan yg berkaitan dgn usahawan internet, seperti yg tlh ada sekarang iaitu Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM) & mana-mana pertubuhan atau kumpulan yg sah berdaftar krn banyak info yg betul & tepat akan diperolehi (jimat masa, tenaga & wang ringgit-elak dr ditipu...) & biasanya ada program di atur khusus utk ahli2nya yg mendaftar.

Langkah 3- Saya join mana2 seminar berkaitan perniagaan internet mengikut bajet yg trmampu (ada seminar yg murah & ada juga yg mahal-pasti qualitinya berbeza...). Awalnya join yg murah2 dulu, kemudian mula terlibat dgn seminar yg lebih berqualiti dgn harga yg gak mahal setelah mmbuat 'servey'.

Langkah 4- Saya sertai komuniti usahawan internet secara online spt forum (wang cyber), group perbincangan dalam facebook, blog berkaitan usahawan internet, melangan email drp utk dapatkan produk percuma sekadar pendedahan awal & biasanya ada maklumat berguna diemailkan setip bbrapa hari & banyak lagi yg seumpamanya (yg penting tempat otai2 & sifu usahawan internet berkongsikan info & maklumat berguna)

Langkah 5- Saya aktif mengunjungi laman sosial mereka yg dah lama dlm bidang perniagaan internet. Sy Ikutinya dgn bersungguh-sungguh apa yg dibincangkan di wall mrk & jika berkesempatan ajukan soalan mengikut kesesuaian masa & tempat. (saya pernah PM menerusi facebook terus kpd bbrapa otai/sifu bertanyakan sebarang kesulitan, tp byk yg mrk xreply namun saya tidak brkecil hati krn saya tahu kebanyakan mrk sibuk)

Langkah 6- Setelah bbrapa ketika mengikuti perkembangan perniagan internet, saya pilih mana2 individu/grup utk dijadikan mentor, agar perjalanan utk berjaya dlm bidang ini cepat & berqualiti...

Langkah 7- Saya beli ebook/audio/video yg dirasakan perlu sebagai panduan & mempercepatkan lagi proses pembelajaran. (tp awas! pilih produk yg betul2 berqualiti, tanya pendapat kawan2 yg dah lama dlm industri ini yg anda kenali dlm persatuan/seminar/online, mrk lebih arif.. sy pernah terkena membeli produk yg tidak berqualiti!). Setelah itu saya pilih satu perkara yang paling saya suka & mempunyai masa depan yang cerah utk saya laksanakan. Saya 'start' fokus & 'stay tune' pd fokus saya tersebut... & terus mengatur strategi & letak 'timeframe' bila akan dicapai...

Langkah 8- Saya terus ambil 'ACTION' agar kejayaan cepat dicapai... saya sedar ramai yg tidak ambil 'action' walau sekian lama terlibat dlm seminar/forum/blog. Ramai juga yg telah berhabis beribu ringgit beli mcm2 produk tp x buat2 bisnes online seperti yg dirancang! KENAPA? byk faktornya, antaranya dr pemerhatian & kajian yg saya sendiri buat adalah mrk:

- takut - tidak yakin diri - terlalu banyak maklumat - keliru - tidak fokus - cuba bbrapa kali gagal & taknak buat lagi/serik - tak tahu nak mula di mana - harapan terlalu tinggi - ingin betul2 ‘perfect’ baru nak buat - tdk yakin pd biz internet - kuat berangan2 - berjiwa besar tp malas - pengalaman buruk ditipu - kehabisan wang - malu pd kawan2 - tiada masa - tidak serius (hanya cuba2) - & 1001 alasan lagi yg xmampu diungkap di sini...

Langkah 9- Dan yang PALING PENTING setelah 'TAKE ACTION!' saya perlu maintain sampai berjaya! Tidak cepat putus asa jika dalam masa yg singkat ianya tidak mendatangkan hasil. Kena ada dayausaha & dayatahan yg tinggi... Do it again & again & again... sampai berjaya... Never, never, never give up! Saya pastikan dlm bertindak trsebut mesti ada 'adjustment' & 'learning process' agar tidak mengulangi kesilapan yg sama!

Langkah 10- Dan yg PALING, PALING PENTING saya bina 'RELATIONSHIP' yg paling mantop & terbaik dari awal terlibat dlm dunia biz online ni agar senang dapat kawan & kenalan yg relahati membantu di sepanjang keterlibatan dlm bidang ini. Jangan buat perkara2 yg tidak betul & membuatkan orang benci… Kerana saya sedar tak guna semua perkara di atas dilakukan tapi saya ada masalah dlm 'relationship' dgn komuniti internet keseluruhannya… Masa depan saya akan hancuss, Impian akan berkuburr… Dunia bisnes saya akan gelap gulita...

Langkah 11- Dan yang PALING, PALING , PALING PENTING dr kesemua perkara di atas adalah saya pastikan hubungan saya dgn sang Pencipta iaitu Allah Taala mantop! Serah segalanya kpd Allah setelah penat berusaha… & redha dgn apa jua yang berlaku, krn saya wajib beryukur dlm apa jua keadaan, samada buruk / baik (itulah keindahan Islam…) Saya tidak lupa utk laksanakan kewajipan agama dgn penuh & berusaha dgn segala dayaupaya utk menjauhi semua laranganNYA.

InsyaAllah 11 langkah ini jk saya betul2 laksanakan, Saya yakin akan BERJAYA dlm apa jua perkara yg anda lakukan! Di sini fokus bisnes online, saya akan berjaya dgn cemerlang sbg usahawan internet di Malaysia & juga Internasional. InsyaAllah semua kemungkinan pasti berlaku dgn izin Allah ‘Azza Wajalla. Syarat mestilah berusaha bersungguh2, berdoa, istiqomah, bertawakkal & serah keputusannya bulat-bulat kpd Allah yg Maha Kuasa.

Itulah antara perkara yang lakukan... kawan2 yg lain sila bantu dgn tambahan info yg berkaitan... Harapnya ia memberi manafaat & mmbantu bro **a*.

Wallaahua'laam.

Segala ilmu adalah milik Allah, kita hanya penyampai sahaja...

Ikhlas: Zahid Isa.
 
Last edited:

thoha

freshman
Joined
Jan 1, 2010
Messages
743
Points
16
terima kasih tuan zahid isa atas perkongsian tips yang diberikan..

walau macam mana kuat sekalipun usaha yang kita lakukan apa yang
paling penting adalah hubungan kita dengan Allah hendaklah sentiasa
dekat kerana DIA lah yang memberi rezeki kepada kita..:)
 

zahid isa

freshman
Joined
Oct 22, 2010
Messages
103
Points
0
terima kasih tuan zahid isa atas perkongsian tips yang diberikan..

walau macam mana kuat sekalipun usaha yang kita lakukan apa yang
paling penting adalah hubungan kita dengan Allah hendaklah sentiasa
dekat kerana DIA lah yang memberi rezeki kepada kita..:)
Sama-sama, Betul tu sdr Thoha, kita buat segala kerja mestilah sandarkan pada Allah 'Azz Wajalla.
Kita insan amat lemah, nama pun hamba Allah, kenalah kita bertuankan Allah yg Maha Kuasa.

Wallaahua'lam.
 

rahmanbasri

Senior
Joined
Jul 4, 2009
Messages
2,967
Points
0
Terima kasih atas tips yg sungguh bermanfaat ini.... :)
 

zahid isa

freshman
Joined
Oct 22, 2010
Messages
103
Points
0
tIPS YANG IKHLAS DARI LUBUK HATI~~~:D hahaha...
InsyaAllah semoga berjaya!~All the best!
Thanks Bizstudent ats respon yg diberi. Tepat sekali, bukan ajar tp berkongsikan
apa yg saya buat, sy pasti itu adalah yg trbaik. Sedang belajar ikhlaskan diri dlm
apa jua kerja, Ikhlas amat MUDAH diucap tp amat PAYAHnak lakukan...
Jika xikhlas maka sia-sia lah segala gerakkerja yg kita lakukan...
Wal'iaazubillah...

Wallaahua'lam...
 

zahid isa

freshman
Joined
Oct 22, 2010
Messages
103
Points
0

najib jasmani

Newbie
Joined
Nov 25, 2009
Messages
119
Points
0
Terima kasih atas perkongsian Tuan Zahid....saya tertarik dengan Langkah 8- 'Take ACTION'.....dah pasti kelemahan ini diakui satu perkara yang perlu dipandang serius untuk terus bersemangat dalam mencapai cita-cita yang diimpikan...kekuatan take action perlu lebih dan lebih...semoga menfaat untuk semua...
 

zahid isa

freshman
Joined
Oct 22, 2010
Messages
103
Points
0
Terima kasih atas perkongsian Tuan Zahid....saya tertarik dengan Langkah 8- 'Take ACTION'.....dah pasti kelemahan ini diakui satu perkara yang perlu dipandang serius untuk terus bersemangat dalam mencapai cita-cita yang diimpikan...kekuatan take action perlu lebih dan lebih...semoga menfaat untuk semua...
Sama-sama Tuan Najib, ramai yg terperangkap dlm angan-angan & manklumat yg bertimbun-timbun... tak juga ambil 'ACTION'! Saya dulu pun macam tu... banyak peluang dalam hidup pergi mcm tu je, krn saya x ambil tindakan yg sepatutnya. Namun saja belajar dr kesilapan lalu, sehinggalah saya mendapat ssuatu diluar jangkaan bbrpa tahun lepas & sampai sekarang banyak 'magic' berlaku dlm hidup disebabkn saya ambil 'ACTION'!

Thanks Tuan Najib bagi respon pd thred ini & berkongsikan sesuatu utk semua rakan-rakan WC semua... Semoga yg baik kita ambil sebagai pandoman & yg tk baik kita buang jauh-jauh... Walaahua'lam.
 
Last edited:

zahid isa

freshman
Joined
Oct 22, 2010
Messages
103
Points
0
Jawapan Tuan Zahid memang mantop. Memang dah jadi resam orang yang tinggi ilmunya tapi masih mengaku kurang tahu. Saya juga ambil iktibar dari tips2 tersebut. Terima kasih.
Thanks Tuan Azam97 atas vote & respon thread ini...

Saya mmg banyak kkurangan... jawapan banyak dr pengalaman sendiri, nak ajar tak mampu lagi... Apapun sebenarnya pengalaman kita banyak mengajar kita utk terus berjaya... Kita kadang2 trlupa tg hal itu. Setiap org itu unik, krn ilmu yg diperolehi (belajar/diajar) berbeza, 'environtment' hidup berbeza & cara bertindak pun berbeza... maka pengalaman (guru trbaik!) juga berbeza.

So, mulalah melihat ke dalam diri... pasti ada sesuatu yg hebat yg boleh kita guna dlm mengejar 1001 impian. Wallaahua'lam.
 

zahid isa

freshman
Joined
Oct 22, 2010
Messages
103
Points
0
Assalaamualaikum semua... sesiapa yang ingin berkongsikan pengalaman terlibat dalam pernigaan internet saya alu-alukan utk berkongsi... InsyaAllah ramai rakan wc dapat manafaatnya.
 
Top