Teknologi Smartisan R1 Dilancarkan Dengan Pemproses Snapdragon 845 Dan Storan Sebesar 1TB

Joined
Jun 6, 2015
Messages
17,708
Likes
27
Points
48
Offline
#1
Huawei Mate RS ialah peranti dengan storan terbesar di pasaran dengan saiz mencecah 512GB. Tetapi Smartisan bagi memintas Mate RS dengan Smartisan R1. Peranti yang baru dilancarkan di China ini mempunyai pilihan storan sehingga 1TB UFS 2.1.

Dari segi spesifikasi ia dilengkapi skrin 6.17″ In-Cell LCD FHD+. Skrin ini mempunyai takuk yang kecil untuk kamera serta mampu mengesan tekanan. Ia dijana pemproses Snapdragon 845, storan 6/8 GB, storan 64/128/1000GB. Kemampuan kamera pula ialah kamera utama 12+20 Megapixel f/1.8+f/1.75 dan kamera hadapan 24-Megapixel f/2.0.

Sebuah bateri sebesar 3600 mAh membekalkan kuasa kepada peranti dengan sokongan pengecasan pantas QuickCharge 4.0+. Ia turut menyokong pengecasan tanpa wayar Qi. Pada sisi kiri terdapat satu butang tambahan yang boleh diprogramkan untuk melakukan pelbagai perkara. Peranti ini menggunakan sistem operasi Android dengan pelancar Smartisan OS 6.66

Harga jualan bermula dari RMB 3499 (~RM 2177) untuk model 6GB/64GB dan meningkat ke RMB 8848 (~RM 5502) untuk model 8GB/1TB, Warna yang ditawarkan pula ialah hitam dan putih.

Sumber: Amanz
 
Top