Skim Pelaburan Emas Menipu

shafrizal

junior
Joined
Sep 18, 2014
Messages
82
Points
8
Dari tahun 2009 sehinggalah tahun 2015 ini, berbagai-bagai skim pelaburan emas yang tidak diketahui asal-usulnya timbul. Macam cendawan selepas hujan.

Ramai yang join.

Ramai yang tertipu.

Ramai yang hilang duit. RM10k, RM20k, bahkan ada yang beratus-ratus ribu.

Inilah yang kita panggil skim pelaburan emas menipu!

Nak tahu bagaimana untuk detect skim-skim pelaburan emas scam dan menipu jenis seperti ini?


1 - Mereka janjikan pulangan bulanan yang lumayan. Setiap bulan RM2,000, selama 5 bulan… contohnya.

2 - Mereka tidak dapat menjelaskan sumber income dan keuntungan yang mereka jana. Anda tanyalah mereka sama ada di public ataupun secara private message. Mereka takkan layan anda.

3 - Mereka tidak berikan produk kepada anda. Seperti contoh, pelaburan emas. Mana emas-nya? Anda dapat pegang emas? Tidak, kan? Sedangkan ASB pun ada boleh nampak value dan angka di buku akaun bank.

4 - Mereka mencipta skill pelik-pelik dan sangat tidak praktikal, bahkan ada yang sebenarnya sangat merugikan, dan tunjuk kepada anda. Dengan harapan anda akan percaya bahawa mereka sangat power dan berilmu tinggi. Padahal kalau anda kaji, anda akan nampak bahawa mereka sebenarnya sangat *****.

5 - Di akhir cerita, mereka akan cepat menyalahkan orang lain apabila berlaku insiden yang tidak diingini. Ianya dipanggil ‘Tersontot’, dalam bahasa kasarnya. Mereka akan cipta drama demi drama, mencipta kambing hitam (scapegoat) untuk disalahkan, demi mengalihkan perhatian orang lain dari masalah tersontot. Ada antara mereka yang diam menyorok, padahal di belakang orang lain mereka bangunkan hartanah dan segala macam bisnes menggunakan duit modal pelabur.

Anda boleh baca keseluruhan artikel di blog informasi emas NiagaUmmah.com

p/s : Jangan kena tipu ya~

_________________________

Shafrizal Azmi adalah seorang peniaga emas yang giat berjual-beli produk emas terutamanya produk keluaran Amethyst Gold Creation. Seorang yang giat menentang sistem pelaburan emas scam, beliau juga berguru dengan pakar-pakar Mu'amalat Islam di Malaysia dan Singapura.

Dia boleh dihubungi di
Facebook : Shafrizal.Azmi
Fanpage : Emas Kekayaan Ummah
No Telefon : 010-4320632 (call, mesej, whatsapp)
E-mel : [email protected]
__________________________
 

oh.barakah

freshman
Joined
Jan 27, 2015
Messages
18
Points
1
emas tak salah. yang salah mereka yang salah guna sistem emas untuk manipulasi orang. Orang yang invest pun sama. Mana ada duit -jatuh senang-senang dari langit.
 

kuchalana

Senior
Joined
Nov 3, 2009
Messages
532
Points
18
niat nak melabur tapi untang entah kemana duit modal pula yang lebur..hu3..kena hati-hatilah
 

mohdkamaruzaman

freshman
Joined
Feb 11, 2015
Messages
35
Points
8
Kena berhati-hati dalam membuat pelaburan emas. Banyak sangat skim pelaburan emas yang muncul. skrg ni skim tanam modal, pegang emas dan lepas 3 hari penganjur akan jual emas tersebut dan pelabur dapat pulangan 10% daripada harga modal. tak sampai sebulan dah blk modal. Dgn cara ni org mudah terpedaya dan mula la sikap tamak dan terus melabur dgn banyak. Sebenarnya itu lah target mereka lps tu tipu dan wat lari duit pelabur.
 

HafizM

Senior
Joined
Jun 25, 2015
Messages
311
Points
28
Age
45
Orang tamak selalu rugi.....emas dibeli untuk disimpan jangka panjang, bukan dapat keuntungan dalam sekelip mata.
 

Tokey

Staff member
administrative
Joined
Jun 5, 2015
Messages
522
Points
28
Aku dulu ade gak wat pelaburan emas guna maybank..tp x naik2 harga emas..lama gak la tunggu..last2 jual je +Nangiss+
 

HafizM

Senior
Joined
Jun 25, 2015
Messages
311
Points
28
Age
45
Dulu ada juga nak buka gold passbook tu.....tapi modal lom ada....sekarang saya baru start kumpul Public Gold.....baru start...belajar2.....ada rezeki lebih nanti boleh terus jadi dealer....hu hu hu....positif...positif.......
 

chel_fi82

junior
Joined
Jan 9, 2012
Messages
76
Points
8
Ramai orang malayu yang join skim emas ni..ramai yang sanggup buat **** bank..
 

Ombak

freshman
Joined
Nov 28, 2008
Messages
96
Points
8
Age
35
ramai yg terkena kerana nk kaya dgn sekelip mata.
 

HafizM

Senior
Joined
Jun 25, 2015
Messages
311
Points
28
Age
45
Dulu ada juga nak buka gold passbook tu.....tapi modal lom ada....sekarang saya baru start kumpul Public Gold.....baru start...belajar2.....ada rezeki lebih nanti boleh terus jadi dealer....hu hu hu....positif...positif.......
Hmmmm......quote post sendiri.....4 bulan selepas post di atas, saya dah berjaya jadi member Public Gold bertaraf Dealer.....siapa yg join Public Gold taulah apa kriteria utk mendapat level Dealer......saya ambil peluang masa harga GAP turun ke RM 145 / gram....kini dah RM 170 ++ / gram.

Adakah saya seorang pelabur emas? Jual emas? Tidak.....saya cuma beli emas untuk diri sendiri.......hasil side income dari ARBA Network.
 
Top