Sintetik ok rumput pun ok

Joined
Jun 6, 2015
Messages
1,030
Likes
5
Points
38
Offline
#1



PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) belum bercadang menggunakan padang rumput sintetik untuk perlawanan Liga Malaysia berikutan masalah kekurangan peruntukan serta tanah.

Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mengakui penggunaan padang sintetik lebih lancar termasuk perlawanan bola sepak tidak terganggu sekiranya hujan lebat dan kerja penyelenggaraan juga lebih mudah.

Namun, dari segi pertandingan, kita masih memerlukan padang rumput biasa…ikut keperluan. Yang pastinya kita masih perlu banyak padang tidak kira padang rumput biasa atau padang sintetik, titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika ditemui pemberita selepas meninjau perkembangan padang sintetik yang dibina di Padang Majlis Perbandaran Kuantan 2, di Kuantan, hari ini.

Tengku Abdullah berpuas hati kerana projek yang baru dibina oleh Kementerian Kewangan (MOF) itu mengikut piawaian Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Ini satu projek baru yang dibina oleh Kementerian Kewangan, kita berterima kasih kepada kerajaan dan saya percaya pembinaan padang seumpama ini akan diperluaskan di setiap pelusuk negara, titah baginda.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) Zulkifli Yaacob, berkata MOF memperuntukkan RM3.5 juta bagi membina padang sintetik yang berkeluasan 8,214 meter persegi itu.

Beliau berkata, pembinaan padang rumput tiruan polytan dari Jerman itu mempunyai kelebihan serapan air dengan lebih pantas selain mempunyai ketahanan mengikut keadaan cuaca di negara ini.

Projek yang mula dilaksanakan 17 Mac lalu itu dijangka dapat disempurnakan pada 18 November depan. Ia kini hampir siap sepenuhnya cuma tinggal pemasangan lampu limpah, katanya. – Bernama

Sumber: Harian Metro
 
Top