Simpanan emas paling paling hot masa kini

Jutawan Gold

freshman
Joined
Dec 17, 2010
Messages
229
Points
0
Sebenarnya sudah lama orang menyimpan emas..dari zaman dahulu lagi..

orang2 tua dulu pun selalu suruh pakai dan simpan emas..tp kita tk diajar sebab dan kepentingan simpan emas serta keistimewaan emas..

kita juga dh byk tertinggal sejarah emas vs wang kertas..klulah smua org tahu rahsia emas..pasti kosong simpanan di bank..

sebagai permulaan..blhla dimulakan dgn sebahagian simpanan wang kertas..tukarkan kpd emas..

tetapkan matlamat simpanan anda,serta susun strategi simpanan..

dan dptkan seberapa byk info ttg emas..jgn terslh langkah join

1.skim yg menjanjikan pulangan
2.saham emas
3.pelaburan buku simpanan emas
4.rempit emas
4.beli emas guna sistem ar rahnu 35:65

smbung lagi nnt..
 
Last edited:

Jutawan Gold

freshman
Joined
Dec 17, 2010
Messages
229
Points
0
keistimewaan emas :

1.Bernilai tinggi kerana rupanya yang cantik.Ia juga boleh menjadi kebanggaan kepada pemiliknya

2.Diiktiraf di seluruh dunia sebagai benda yang berharga

3.Bernilai untuk selama-lamanya dan ia tidak boleh binasa.

4.Mudah dibahagikan tanpa merosakkan nilainya

5.Tidak boleh dicipta dan sukar diperolehi

6.Mudah untuk menukarkan kepada duit

7.Simpanan/pelaburan terbaik kerana ia melindungi kekayaan pemiliknya.

8.Kalis inflasi

9.Boleh dijadikan insurans,tabung pendidikan,kos pergi haji,perkahwinan dan sebagainya kerana emas adalah DUIT
 

Jutawan Gold

freshman
Joined
Dec 17, 2010
Messages
229
Points
0
sebab perlu simpan emas :

1.Nilai wang semakin jatuh
Wang mengalami susut nilai..amat rugi simpan wang kertas..ditambah inflasi..semakin lama semakin byk wang kertas diperlukan utk mmbeli sesuatu brg..(jika wang kertas dikoyak koyak..adakah anda kutip?jika emas walaupun dh jd serbuk sekalipun,pasti ramai yg nak..inilah cth paling mudah nak lihat wang kertas tidak ada nilainya melainkan atas kertas sahaja)
2.Harga emas semakin naik utk jangka masa panjang
Pelaburan yang amat selamat..tk buat apa-apa pun hrganya naik..simpan di ASB hnya dpt 8% dividen..tolak inflasi..tidak ada apa yg tinggal..kenaikan hrga emas 20%-36% setahun..
3.Emas adalah aset yg mudah cair
Emas boleh ditukarkan kepada duit bila-bila masa apabila anda hendak memakai duit kerana anda boleh menjualnya.Jika anda jual,anda telah hilang aset berharga.Oleh itu anda digalakkan memajak di ar rahnu untuk mendapatkan duit ketika memerlukan dan tebuslah secara ansuran jika tak mampun tebus sekaligus-harta tak luak,duit dapat


4.Emas tidak boleh dicipta/dimanipulasi
Tidak ada seorang saintis pun yg berjaya mencipta emas.Emas adalah anugerah Allah yang tidak boleh dimanipulasi.
5.Pelindung kekayaan
Emas bernilai utk selama-lamanya dan ia merupakan penyimpan nilai yg baik untuk jangkamasa panjang.Ramai billionaire dan jutawan di dunia menyimpan emas sebagai pelindung kekayaan mereka kerana mereka tidak yakin dengan ekonomi yang tidak menentu.

6.Portfolio Simpanan dan Pendapatan
Emas boleh dijadikan sebagai salah satu portfolio pelaburan yang sangat menguntungkan berbanding menyimpan wang di bank atau membeli saham.Ia juga boleh dijadikan sumber pendapatan dengan menjalankan perniagaan emas iaitu jual dan beli emas.

smbung..
 

Jutawan Gold

freshman
Joined
Dec 17, 2010
Messages
229
Points
0
TIPS PELABURAN

1.Penyimpan
Sebagai penyimpan,anda beli mengikut kemampuan anda. Jika anda mempunyai simpanan di bank,boleh keluarkan ¾ daripada simpanan tersebut untuk membeli emas.Berdasarkan pengalaman saya sendiri dan pelanggan-pelanggan yang sebelum ini penyimpan tegar amanah saham dan koperasi.
Kemudian,rancang bajet anda.Setelah ditolak perbelanjaan,berapakah baki yang tinggal.Ini penting untuk anda mengetahui kemampuan anda untuk menggandakan emas melalui teknik ar rahnu atau membuat belian bulanan secara konsisten.Contohnya,1 dinar 1 bulan.

2.Penyimpan merangkap Dealer/peniaga
1.Beli semaksima yang anda mampu (ambil kira dahulu faktor lain).Sebahagian untuk simpanan sendiri dan sebahagian lagi untuk dijadikan stok untuk perniagaan.Apabila anda mempunyai banyak stok,dan dibeli awal,anda tak perlu gusar apabila pelanggan membuat tempahan.Komisen pun anda dapat,keuntungan juga anda perolehi kerana harga emas semakin naik.Anda juga dapat menjimatkan masa,minyak dan tenaga untuk pergi ambil stok di cawangan.

Anda tak dapat jual-anda masih untung kerana harga emas makin naik.
Anda jual-anda untung kerana anda dapat komisen dan buat tempahan dengan PG
Anda beli-tetap untung kerana beli dengan harga ‘We Buy’ dan boleh jual kepada pelanggan yang sedia membeli dengan anda.Jual dengan harga ‘We Sell’.Anda untung 5%-6% .
 

blankoguy85

Newbie
Joined
Jul 29, 2011
Messages
1,953
Points
36
berminat gak dgn emas ni..
dan sedang mengumpul ong kos nya..

he he he..
 

Jutawan Gold

freshman
Joined
Dec 17, 2010
Messages
229
Points
0
yang perlu anda tahu:

-Sejarah penggunaan emas dalam kehidupan memang lama-hampir seusia dengan sejarah manusia sendiri
-Selepas kejatuhan ekonomi,baru ramai yang sedar di sebalik kejatuhan yang tidak diduga rupa-rupanya ada benda yang tidak tergugat iaitu emas
-Negara yang mempunyai rizab emas yang banyak,ekonominya dapat diselamatkan dengan lebih pantas
 

Jutawan Gold

freshman
Joined
Dec 17, 2010
Messages
229
Points
0
Mengapa Emas mahal?
-Biasanya sesuatu barang menjadi mahal kerana 2 sebab utama,iaitu sama ada kerana ianya sedikit ataupun kerana ianya mempunyai banyak kelebihan.Emas memiliki kedua-dua ciri ini.
-Permintaan melebihi penawaran
-Suasana politik,bencana alam,kenaikan harga komoditi terutamanya minyak-mampu member kesan kepada harga emas
-Faktor utama ialah kenaikan kadar inflasi.Inflasi secara mudah membawa maksud penyusutan nilai wang.Kesan inflasi dapat diperhatikan pada kenaikan harga barang.Kesan inflasi menyebabkan wang fiat yang disimpan semakin menurun nilainya.
 

Jutawan Gold

freshman
Joined
Dec 17, 2010
Messages
229
Points
0
Wang fiat

Wang digunakan sebagai medium pertukaran.
Wang kertas yang kita gunakan dalam urusan jual beli seharian dikenali sebagai wang fiat.Wang fiat bermakna wang yang hanya mempunyai nilai muka,tetapi tidak ada nilai intrinsik.Nilai intrinsik bermaksud nilai sebenar sesuatu benda.Nilai muka pula bermaksdu nilai yang tertera pada wang kertas itu.
Pada hakikatnya kertas wang itu sendiri tidak mempunyai apa-apa nilai.mungkin hanya lebih kurang satu sen sahaja.
Wang fiat dicipta oleh pihak bank melalui system Fractional reserved banking.Ia dihasilkan tanpa disandarkan pada sebarang aset berharga
Tambatlah nilai menggunakan emas kerana nilainya tidak jatuh.
 

Jutawan Gold

freshman
Joined
Dec 17, 2010
Messages
229
Points
0
siapa nk chat dgn sy kt fb:blhla add sy :nor fazilah abd mohd

kebelakangan ini sy tk smpt nk on ym kerana buka fb sahaja dah rmi yg chat..dan sy akan guide anda betul2..asalkan anda serius dan ikhlas..
 
Joined
Jun 20, 2011
Messages
70
Points
8
Satu yang saya tak setuju :

EMAS TIDAK BOLEH DICIPTA

Padahal emas boleh dicipta. Ada seorang hamba Allah yang diberi ilmu alkemi untuk mencipta emas. Tapi beliau telah derhaka kepada Allah SWT dan mati ditenggelamkan ke dalam tanah bersama semua hartanya... Siapakah beliau itu?
 

Jutawan Gold

freshman
Joined
Dec 17, 2010
Messages
229
Points
0
Satu yang saya tak setuju :

EMAS TIDAK BOLEH DICIPTA

Padahal emas boleh dicipta. Ada seorang hamba Allah yang diberi ilmu alkemi untuk mencipta emas. Tapi beliau telah derhaka kepada Allah SWT dan mati ditenggelamkan ke dalam tanah bersama semua hartanya... Siapakah beliau itu?

tak pernah dgr pulak sy..klu betullah ada mcm cerita tuan..mknanya sorang tu je la ye..so..mmg tk blh dicipta sebarangan oleh org lain..melainkan dikurniakan kelebihan itu oleh Allah swt..

ini yg mmbezakan emas dgn wang fiat
 

blankoguy85

Newbie
Joined
Jul 29, 2011
Messages
1,953
Points
36
tak pernah dgr pulak sy..klu betullah ada mcm cerita tuan..mknanya sorang tu je la ye..so..mmg tk blh dicipta sebarangan oleh org lain..melainkan dikurniakan kelebihan itu oleh Allah swt..

ini yg mmbezakan emas dgn wang fiat

kira mcm kelebihan utk beliau larr tue..
tp di sebabkan beliau derhaka..
tu yg di tenggelamkan tu..

wallahualam..

tp mmg emas tidak boleh di cipta..
tu hakikatnyerr..
 
Joined
Jun 20, 2011
Messages
70
Points
8
tak pernah dgr pulak sy..klu betullah ada mcm cerita tuan..mknanya sorang tu je la ye..so..mmg tk blh dicipta sebarangan oleh org lain..melainkan dikurniakan kelebihan itu oleh Allah swt..

ini yg mmbezakan emas dgn wang fiat

Kalau ambo sebut nama Qarun, kenal tak?

Salah seorang pengikut setia Nabi Musa a.s.
Seorang yang miskin
tapi bila diberi kepandaian mula lupa diri
 

awie_fie

Newbie
Joined
Jun 30, 2011
Messages
329
Points
0
Benar bro harga emas naik saban tahun.
Memang pelaburan bijak.
 
Top