Siapa yang ambil perkhidmatan buat app dan web

Offline
#1
Tetiba artikel bagaimana saya belajar buat android di blog jadi popular. Ramai yang contact tanya pasal buat programming, cara buat app dan ada juga yang minta buatkan.

Biasalah, memang akan ada yang minta buat free, jujur saya tak kisah kalau app/web yang minta di buat tu untuk charity, tapi kalau untuk bisnes sendiri... macam-macam orang dalam dunia ni. Alamak lari tajuk.

Tajuk sebenarnya ialah, saya nak cari siapa yang sediakan perkhidmatan buat app dan web, untuk saya kenalkan dengan orang yang bertanya ni. Sebab saya tak ambil upah buat app/web yang rumit.

Atau kalau boleh bekerjasama pun OK jugak. Saya lebih kepada back-end dengan node.js.

Siapa yang berminat boleh pm, tapi dengan syarat

1. Anda website. Sama ada blog sendiri atau website syarikat.
2. Dah pernah hasilkan web/app yang berfungsi dan boleh bagi link bukti. Klau android, bagi link ke Google Play nak testdrive.
3. Sebab saya nak rekomenkan kat orang lain, nama saya pun terbabit kalau anda buat jahat. Jadi syarat berjanjilah anda seorang yang ada integriti.

Kalau berminat sila PM.