Si Dia Memang Tidak Pandai Menjual (Motivasi dan Inspirasi Usahawan Internet)

aqifdg

Senior
Joined
May 3, 2008
Messages
704
Points
18
Assalamualaikum tuan dan cikpuan, warga forum Wangcyber.com yang dihormati.

Semoga Allah sentiasa permudahkan usaha kita untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya di dunia dan akhirat. Amin Ya Rabb.

Berikut saya ingin kongsikan satu cerita mengenai kisah seorang jurujual. Semoga ia dapat membantu kita untuk meningkatkan keyakinan apabila ingin menjual sesuatu kepada pelanggan.

Mudah-mudahan ia bermanfaat. :)

Dengan lafaz Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

Bermulanya Kisah Fariz - Si Penjual yang Tidak Pandai Menjual

Fariz merupakan seorang jurujual yang tidak pandai menjual.

Ya, walaupun beliau sudah hampir 12 bulan berada dalam industri ini, tetapi hasil jualannya ala kadar sahaja. Lebih menyedihkan, 3 hasil jualannya adalah melalui ibu bapa dan seorang adik lelakinya.

Baik, itu tidak sedih. Apa yang sedih adalah mereka membeli kerana kesiankan si Fariz yang mengadu tidak berjaya memperoleh sebarang jualan walaupun sudah berusaha setiap hari.

Namun itu sahaja hasil jualan Fariz. 3 jualan dalam masa hampir 12 bulan. Beliau bernasib baik kerana masih lagi menetap di rumah keluarganya. Maka tanggungannya tidak begitu serius. Duit jualan itu hanya disimpan.
Untuk duit makan, beliau hanya makan dan minum di rumah sahaja.

Kais Pagi, Memang Tidak Makan Pagi

Fariz ini memang tidak pandai menjual produk. Setiap pagi, selepas solat Subuh secara berjemaah, beliau keluar ke bandar dengan harapan untuk menjual produk kesihatannya. Namun begitu, semangatnya hanya kekal selama 30 minit pertama sahaja.

Kerana selepas itu, beliau akan berjalan-jalan sahaja di sekitar kawasan. Apabila balik ke rumah pada waktu petang, maka mulalah Fariz rasa menyesal kerana tidak serius.

Situasi ini bukan berlaku sekali. Malah berkali-kali sepanjang penglibatan beliau selama 12 bulan dalam industri jurujual ini.

Baik. Berhenti sebentar menghayati kisah kegagalan Fariz.

Mari kita mengetahui mengapa beliau begitu beriya-iya mahu menjadi jurujual, sedangkan banyak lagi peluang buat duit yang boleh diambil dalam muka bumi ini.

Dari Nasyid, Rock Kapak ke Jurujual Berjaya

Ia bermula daripada rakannya, Faizul Tahir. Bekas penyanyi nasyid, kemudian beralih kepada genre rock kapak, dan kini menjadi seorang jurujual insurans yang berjaya. Pendapatan bulanannya sahaja sudah cukup untuk membuatkan Fariz ternganga mulut sehingga membenarkan sekurang-kurangnya 17 ekor lalat masuk ke dalamnya.

Melihat kisah kejayaan Faizul Tahir sebagai seorang jurujual, Fariz tertarik untuk mencubanya. Malah beliau begitu teruja melihat rakannya begitu seronok menjual produk insurans, walaupun beliau sendiri sedar rakannya langsung tidak pentingkan tentang insurans.

Tetapi situasi Fariz pula sebaliknya, beliau terus gagal dan gagal menjual produk kesihatannya. Akibat daripada kegagalan berterusan ini, beliau bertekad untuk berjumpa dengan Faizul Tahir untuk mendapatkan rahsianya.

Masa Untuk Bertemu Fauzul Tahir

Faizul bersetuju untuk berjumpa dengannya. Tambah beliau, “Jangan lupa untuk bawa produk kesihatan yang engkau jual.”

Fariz terkejut dengan kata-kata rakannya.

Biasalah, mana pernah dalam seumur hidupnya ada orang yang minta beliau bawa produk kesihatan apabila mahu berjumpa.

Fariz sekadar tersenyum dan perasaannya membuak-buak untuk berjumpa dengan Fauzul Tahir.

Keesokan harinya, beliau berjumpa dengan Fauzul Tahir di Restoran Nasi Lemak International yang berdekatan dengan rumahnya.

Alangkah terkejutnya Fariz apabila melihat Fauzul Tahir yang...

(Bersambung...)

Kisah Fariz ini adalah berdasarkan realiti seorang jurujual yang masih mempunyai trauma atau ketakutan untuk menjual produk kepada pelanggan.

Antara panduan terbaik untuk menjadi jurujual hebat dan kaya, adalah menerusi pembacaan e-book ‘Menjual Produk Tanpa Menyakitkan Hati Pelanggan’.

E-book ini membantu para pembaca untuk menjadi jurujual yang disayangi pelanggan. Hasilnya, pelanggan yang tidak sabar-sabar untuk memberikan kita duit untuk membeli produk.

(Klik Di Sini Untuk Ke Laman Web E-Book)
 

aqifdg

Senior
Joined
May 3, 2008
Messages
704
Points
18
Top