Sexting cara pengguna telefon pintar puaskan rangsangan seks

Net

Staff member
mod
Joined
Feb 10, 2009
Messages
22,929
Points
38


WhatsApp yang dilancarkan sebagai aplikasi mesej ringkas telefon bimbit 7 tahun lalu, kini menghubungkan lebih 500 juta pengguna menghantar pelbagai bahan bukan sahaja teks, tetapi gambar dan video.

Dan disebabkan kecanggihan aplikasi ini yang semakin ditambah baik, dengan penggunaannya yang melampaui pelbagai platform di samping telefon bimbit, ia juga membawa masuk pelbagai tabiat manusia.

Antaranya, keperluan manusia untuk rangsangan seksual.

Seorang pakar di sebuah universiti tempatan berkata populariti WhatsApp sebagai medan “sexting”, istilah bagi perbualan menjurus seksual melalui mesej ringkas telefon bimbit, adalah disebabkan ia “mesra” daripada pelbagai aspek.

“(Mesra) dari aspek kos, pencapaian, kebolehan muat naik dan muat turun, kapasiti, rangkaian sosial atau sasaran, kapasiti menyimpan ‘perbualan lucah’ dan melihat semula perbualan tersebut pada bila-bila masa, serta kesukaran mengesan oleh pihak lain,” kata Dr Geshina Ayu Mat Saat, pakar kriminologi Program Sains Forensik di Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia.

Geshina mengakui terdapat aplikasi lain yang digunakan untuk sexting.

WeChat, Tinder dan Snapchat turut menjadi aplikasi yang kerap kali dikaitkan dengan perlakuan seksual online.

“Cuma WhatsApp merupakan kegemaran ramai kerana lebih lama, tidak memerlukan kemahiran khusus dan pengguna secara individu dan kumpulan lebih ramai berbanding aplikasi lain,” kata Geshina kepada FMT.

Menurutnya, kebolehan WhatsApp dan aplikasi telefon pintar lain dalam memindahkan video, gambar dan audio turut menjadikan sexting popular.

“Keadaan ini memudahkan aktiviti sexting kerana kebolehan satu permohonan untuk pelbagai deria… mana-mana sahaja, bila-bila masa,” katanya.

Menurut Childline, sebuah kumpulan kaunseling remaja dan kanak-kanak di United Kingdom, punca seseorang melakukan sexting boleh jadi sama ada merasakan dirinya tidak cukup seksi, ataupun menganggap dirinya sangat seksi sehingga wajar dibanggakan dan dikongsi.

Ia juga menjadi pilihan pasangan yang tinggal berjauhan, dan selalunya dilakukan selepas kedua-dua pihak mempercayai sepenuhnya satu sama lain.

Geshina memetik kajian melibatkan 1,200 orang dijalankan kumpulannya beberapa bulan lalu, yang mendapati lebih ramai wanita terutamanya remaja memuat naik gambar seksual berbanding lelaki.

Bagaimanapun, beliau berkata pendekatan wanita dan lelaki dan sejauh mana mereka menganggap sexting memuaskan keperluan seks mereka, adalah berbeza.

“Lelaki lebih tertarik kepada imej dan bahasa lucah, perempuan lebih tertarik kepada bahasa yang menggodakan,” katanya memberi contoh.

“Ia dapat dilihat apabila melakukan analisa transkrip perbualan sexting,” katanya. - FMT
 
Top