Sendiri? atau dengan Kawan?

shuth

Senior
Joined
Dec 13, 2005
Messages
2,936
Points
48
yer... memang dah ada kajian...
kalau ibu bapa kerja makan gaji.. lebih2 lagi kalau keje ngan gomen..
keinginan anak untuk berniaga/kerja sendiri/menadi usahawan akan ditentang kuat oleh ibu bapa...

oleh itu, anak yang berada di dalam situasi begini harus mempunyai semangat yang kuat dan cekal...

berbeza dengan ibu bapa yang bekerja sendiri atau berniaga...
biasanya.. mereka akan berikan galakan kepada anak mereka jika anak mereka ingin berniaga/kerja sendiri..

sebab itula.. kalau kita lihat.. kaum **** lebih banyak yang berniaga dan terus menguasai ekonomi kerana mereka turun temurun mendapat galakan dari keluarga..
 

born4g_hard80

freshman
Joined
Dec 14, 2005
Messages
16
Points
1
Satu lagi yang perlu saya berkongsi kepada yang masih bujang dan bercita-cita untuk bekerja sendiri dan seterusnya menjadi usahawan. Keadaan ini akan berlaku sekiranya anda mempunyai tunang / bakal isteri sebelum anda graduate..

1) anda akan hadapi krisis kepercayaan dengan bakal isteri selepas graduate daripada IPT.


2) anda akan hadapi krisis kepercayaan dengan keluarga bakal isteri selepas graduate daripada IPT.

2) masalah no1 dan no2 akan menyebabkan anda semakin lemah semangat!

Biar saya jelaskan...

sebelum grad...katakan anda seorang pelajar engineering atau undang-undang atau pengajian islam....tentu bakal isteri anda mengharapkan anda bakal menjadi seorang engineer atau lawyer atau ustaz. begitu juga dengan keluarga tunang / bakal isteri anda.

Namun, setelah anda graduate dan mengambil keputusan untuk berniaga / bekerja sendiri / usahawan, bersedia untuk mendengar bakal isteri anda berkata;

" abang, kenapa abang taknak jadi engineer?. rugi la...."

"abang, mak tanya; berapa abanag dapat bulan-bulan dengan kerja macam tu...bukan saya tanya, mak yang tanya..."

"abang, ayah tanya; mampu ke abang nak sara hidup kita lepas kawin nanti... ni pun bukan saya tanya, ayah yang tanya..."


...so, bersedialah!!!! dan paling penting BUKTIKAN kata-kata mereka silap!

p/s sekali lagi diingatkan, ini untuk yang masih bujang, mempunyai tunang atau bakal isteri dan masih belajar serta bercita-cita untuk bekerja sendiri selepas grad. kalau yang ada kesempatan, kawinla dari sekarang! dan kalau yang belum mempunyai sebarang ikatan pertunangan ataupun teman spesel, nasihat saya tunggu selepas anda berjaya dalam bisnes anda nanti... masa tu, sekali petik, sepuluh yg datang!
 

ikhwan

freshman
Joined
Dec 14, 2005
Messages
46
Points
6
bang berapa gaji sebulan?
buat apa nak risau. pasir kan banyak..
 

saudagarmaya

freshman
Joined
Dec 26, 2005
Messages
192
Points
16
Joint Venture memang satu pilihan yang terbaik sekiranya kita nak mulakan online biz tapi tak ada peruntukan utk online advertisment.....cuma masalahnya kalau market kita hanya utk Malaysian....mudah ke nak cari JV ni......mujurlah ada forum ni kan.... :D
 

b1naryc0de

Senior
Joined
Jan 4, 2006
Messages
376
Points
18
Hmm perkara biasalah.. saya pon lebih banyak dapat tentangan dari sokongan dalam membuat bisnes.. sokongan hanyalah dari diri sendiri dan juga bisnes partner..

Itulah masalah sistem pendidikan sekarang train pelajar2 untuk bekerja makan gaji dan untuk bekerja dengan government.. Bab financial intelectual tidak langsung ditekankan..

Boleh baca buku Rich Dad Poor Dad dari Robert Kiyosaki.. Murah jer RM35.90..

Dan untuk berjaya kita kene lah cekal hadapi mereka yang belum sedar senario dunia sebenar..

Nak buat individu atau JV kene tengoklah skop bisnes yang kita nak buat.. Kalo boleh buat seorang ada baiknya buat seorang.. Kalo perlukan partner cari yang betul2 sesuai..
 

myname

freshman
Joined
Jan 24, 2006
Messages
259
Points
18
Kalau boleh business tu biarlah seorang...

pasal kerja2 development tu, yg mana kita tahu, kita buat sendiri..
yang mana tak tahu kita boleh upah kawan2, atau freelancer...
buat permulaan biarlah costing kita tak tinggi...ckp sewa hosting, dns, web design,payment proc...kalau blh produk tu biarlah jual dlm USD$..or SGD$
 

alhafiz3d

freshman
Joined
Dec 14, 2005
Messages
107
Points
16
buat sendiri atau JV, dua-dua ada kelemahan dan kelebihan
kalau nak JV, semua kena betul-betul ngam..
tapi selalunya susah..

saya biasa buat sendiri.. tapi sebenarnya saya perlukan partner..
 

mohdsufian

Senior
Joined
Dec 13, 2005
Messages
1,261
Points
38
Sebenarnya kalau kita pergi pada global, tak perlu risau sangat tentang JV ini, sebab memang ada komuniti untuk mencari partner.

Tak perlu risau, nak kena tipu, partner tak guna, atau apa2 sahaja yang buruk. Dalam komuniti ni dia orang menjaga reputation masing2.

sebab kalau ada rekod baik, partner dia orang ni akan cadangkan pada rakan yang lain. Jadi sebab orang barat nie dah lama dalam bidang nie, komuniti tu dah besar, dan tak perlu nak risau sangat.

Cuma di Malaysia nie, susah sikit, sebab baru, tapi kita boleh mulakan, mungkin di forum ini. :)

alhafiz3d,

nak cari partner myang macam mana?
 

smartusaha

Active
Joined
Dec 8, 2005
Messages
3,878
Points
48
:( Saya lebih suka sorang diri.. Mudah, bebas, boleh buat apa saja...

Tapi, kalau nak buat secara partner, ni nasihat saya:

1. Pilih partner YANG RAJIN

2. Partner tu ADA USAHA untuk TAMBAH ILMU (suka research & mencari). Bukan tunggu orang lain ajar dari A-Z..

3. Kalau projek tu perlukan agreement, anda pelu fikir lebih dari 10 kali (masak2) :D. Kalau anda dah sign, anda JANGAN nak ngada-ngada nak lari! Tak pasai2 masuk mahkamah. Sebab aggreement rasmi ni bukan main2.. Guna khidmat peguam..

4. Sebelum join mana2 projek berkumpulan, fikir lebih dari 20 kali (masak2) :D

5. Projek tu juga (projek member), anda kena pastikan dah dirancang dengan teliti oleh si pembuat idea.. Kalau tak plan atas kertas, suruh dia plan dulu before start..

Tu antara nasihat ikhlas dari saya.. Nasihat tu hasil daripada PENGALAMAN SAYA... No 1,2 & 4, saya dah lalui.. PAHIT & PENING... No 3 belum dan tak akan dilalui.. Sebab tak nak ambik risiko, kerana si pemilik projek (ketua) tak ada fokus, tak buat plan atas kertas, tapi nak suruh sign aggreement.. :D

p/s: For me, kekadang serik kerja ramai2.. kalau anda rasa lebih sesuai, silakan.. Tapi saya, akan berfikir lebih dari 50 kali.. :D
 

batagolek

Senior
Joined
Jan 22, 2006
Messages
1,071
Points
38
buku2 ini banyak memberi inspirasi kepada saya untuk kuatkan semangat , entrepenuership

a millionaire mind

millionaire next door

How to think like the World Greatest Titans

Jutawan Senyap

Koleksi2 Azizi Ali

Irfan Khairi

Lombong Emas

Memang tak puas2 baca kisah2 orang berjaya nie, at least we don't start late...pada umur yang muda sudah ada kesedaran jana wang, saya rasa itu sesuatu yang patut disyukuri...

... memang betul, kalo kita nak bisnes nie, hampir satu dunia akan tentang sebab nilah : 5% berjaya, 95% gagal...tapi, iyerlah apa apa kita buatpun, jika kita dapat hasil dan nampak potensi niche tu, kita akan teruskan jugak, ye dak ? mereka2 ini hanya tahu sembang sahaja, mereka tidak pernah tahu betapa peritnya bagi usahawan-usahwan muda, yang kurang pengalaman dan dihimpit cabaran2 setiap hari meneruskan hidup...mereka tidak tahu tentang bisnes plan kita, malah memperlekehkan marketing plan kita sedangkan MEREKA TIDAK PERNAH BERBUAT APA_APA UNTUK UBAH NASIB HIDUP MEREKA...MEREKA HANYA TAHU KRITIK ORANG DAN MENERUSKAN RUTIN HARIAN MEREKA YANG MEMBOSANKAN, TUNGGU MASA PENCEN DAN TERUS KRITIK ORANG_ORANG LAIN YANG INGIN BERJAYA... berikan mereka sebuah buku yang menyedarkan, mungkin sesuatu yang ajaib berlaku...

mungkin ada hikmahnya kita semua ada disini, at least kita akan up-2-date dalam ilmu2 jana wang ni

ada jug yang bertanya, sesuai ke tidak nak berniaga kalo jenis pemalu dan introvert ?

jawapan : Bill Gates adalah Introvert, a very introvert person actually dan kini sudah berjaya..dan satu lagi, hobinya adalah membaca biografi orang2 berjaya....



Everyone is shy --- it is the inborn modesty that makes us able to live in harmony with other creatures and our fellows. Achievement comes not by denying shyness but, occasionally, by setting it aside and letting pride and perspiration come first.
- Kirkpatrick Sale



Irfan juga mengaku dia adalah pemalu, ciri2 hidupnya adalah INTROVERT, bukan EKSTROVERT dan dia pun sudah bikin nama

Nah, sudah wujud satu lagi niche baru..How A Shy And Introvert Person Can Make Money Everyday... how to Use Shyness to generate money..

dan jika kita masuk ke forum2 usahawan, persamaan paling ketara ialah forumnis2 suka baca buku2 motivasi dan buku2 tokoh perniagaan di atas..
dan makin ramai yang berjaya...alhamdulillah

p/s bersyukur kerana sudah dapat KESEDARAN
 

Shahrul

Senior
Joined
Mar 23, 2006
Messages
838
Points
18
Pada saya mulakan dengan berseorangan... jangan JV... biasa orang guna JV sebab takde kepakaran. Sorang modal, sorang kepakaran. Macam makan gaji jugakan.... kalau nak buat JV sila cari dari kalangan keluarga dulu baru rakan. Sebab apa? sebab kawan tak fikir sangat pasal kawan melainkan sama-sama tanam modal besar. Bila dua2 takut rugi baru dua2 berusaha. Tapi awas, salah JV duit kena kebas. Sepanjang perjalanan saya sebagai usahawan kecik2 nie.... (banyak pun jual barang sebelum nie... semua dari internet) salah satu website lama yang ada time2plug network diantara perkataannya, tak pernahpon JV saya berjaya.

1. Sebab saya sahaja keluar modal (mungkin rakan anggap dia tak rugipon kalau lingkup)

2. Rakan dan saya sibuk makan gaji takde masa

3. Dua2 tak mahu ambil risiko berenti kerja sebab, sesaat berhenti maka bulan depan tak dapat makan kecuali pasir.

4. Dah ade degree, kalau tak guna, membazir.... lainla ambil bidang usahawan

Sedangkan buat dengan sedara pun slow.... sebab semua makan gaji. Ungkapan yang tepat, makan gaji lebih selamat, business no 2 (sampingan).

Masalahnya JV dengan rakan

1. Keputusan sering bercanggah, projek slow

2. Pasal duit semua berkira

3. Kalau kita berjaya banyak duit baru dia nak JV

ada lagi sebenarnya.... tapi saya ada mesyuarat nie.... gi dulu... :D
 

tuahemas

Senior
Joined
Mar 14, 2006
Messages
284
Points
18
Dlm biz, jika kita lone ranger (sorang2) bole, tapi nak berkembang lambat. Better cari rakan niaga dan tubuhkan satu team yg dpt melengkapi kelemahan memasing. Organize, delegate seme task ikut kekuatan setiap team.

Then, once biz established, ada USP kat market then bole expand dgn JV. Tak nak tunggu pun xpe, run parallel dgn JV. Pastikan produk korang dgn JV melengkapi antara satu sama lain (compliment). Baru ngam soi!
 

Laptop

freshman
Joined
Feb 24, 2006
Messages
208
Points
18
Betul tu en Antradun. Memang bila sorang2 lambat berkembang...cam katak bawah tempurung la...hehhehe

Pada saya, klu nk JV kena ada Give & Take. Sama2 share equal responsibility. Sefahaman dan serious dalam apa2 projek. Klu bleh biar la macam pengasas Google tu....skang dah kaya raya sesama partner.

Tapi kengkadang susah nk cari partner yg sama2 terel. Ada masanya kita mendahului partner kita tu. Tapi ada masanya kita down dan partner kita tu pulak mendahului kita...hihi cam racing plak.....

Biasanya org akan judge seseorang tu dari first impression jer. Klu background mamat ni tak berapa terel, maka susah la dia nk join partnership dgn geng2 otai. Tapi ramai yg tak tau. Walaupun sorang tu mulanya tak berapa terel, tapi tak semestinya dia takde Potensi utk berjaya.

Dia cuma perlukan sedikit guideline/panduan utk memulakan langkah..... 8) Bila diajar & dibimbing dgn betul, dia mungkin bleh jadi lebih terel dari sifu dia sendiri. Cam Anakin Skywalker la.....hehehehe :)
 

kidino

Newbie
Joined
Feb 2, 2006
Messages
149
Points
16
Dulu ada seorang makcik cina tua tanya aku, sambil aku tengah tunggu turn untuk cut and wash.

"Lu meniaga aa?"

"Haah auntie"

"Lu meniaga sendiri ke, ada kongsi ke?"

"Sendiri ..."

"Baguslah ha ... Kongsi2 manyak susah. Ada duit buat besar, tada duit buat kecik. Kongsi2 manyak susah..."
Lepas tu aku ingat pesan tu sampai sekarang. Sebab tu sekarang, daripada JV, kalau bleh aku outsource terus. Untung aku makan sorang2. Dan dulu aku pernah nak buat project ni. Partner aku buat coding, pastu aku jual software tu. Pastu agaknya dia takde motivation kot ... takde upfront money. Awalnya setuju tapi sampai sekarang takde pun software tu.

Tapi kalau JV dari segi konteks affiliate program, aku masih buat. Aku recruit affilaites. Yang ni clear-cut commission on sales. Aku promote affiliate program dan aku pun recruit affiliates satu persatu.

Partners penting ... memang kalau sorang2 payah. Kita pun lambat belajar. Tapi tengok partnership tu macam mana. Tapi kalau nak co-promote ... clear-cut commission, takpe. Atau partner dalam bentuk contractor, takpe ...

Aku network ... berkenalan dengan marketers dari pelbagai. Ada chance, dia promote barang aku, aku promote barang dia, etc ...

Tapi kalau nak sama2 develop project, co-owner ... payah sikit.
 

tuahemas

Senior
Joined
Mar 14, 2006
Messages
284
Points
18
Kidino, mcm aku biasa dgr nick ko ni. Ko ni si Iszuddin tu ek? Network marketing? Welkam to da club :)
 

kidino

Newbie
Joined
Feb 2, 2006
Messages
149
Points
16
antradun said:
Kidino, mcm aku biasa dgr nick ko ni. Ko ni si Iszuddin tu ek? Network marketing? Welkam to da club :)
Hehehe ... BTW, networking NOT network marketing
 

Shahrul

Senior
Joined
Mar 23, 2006
Messages
838
Points
18
Baiklah, macammana yang nak dikatakan success dalam JV.

1. Modal dua-dua kluar dan ada agreement hitam putih
2. Masing2 ada kepakaran berbeza tetapi melengkapi antara satu sama lain
3. JV diantara kalangan hubungan terapat
4. Jarak individu2 JV tidak jauh dan bukan MAYA semata
5. Serasi... kita suka dia suka... kita bangkang dia bangkang... sama matlamat/haluan


Owner baik sorang la.... cam aku buat/setup plazacentre tu sensorang jer..... Kalau nak JV, perkara pertama dia nak tau untung tak dia join walaupon modal pakai duit kita. Ini pengalaman.....

kalau nak JV jugak pastikan syarat 1 sampai 5 dipenuhi terutama no 1 tu....
 

tuahemas

Senior
Joined
Mar 14, 2006
Messages
284
Points
18
kidino said:
antradun said:
Kidino, mcm aku biasa dgr nick ko ni. Ko ni si Iszuddin tu ek? Network marketing? Welkam to da club :)
Hehehe ... BTW, networking NOT network marketing
Opss... aku tgk ko byk buat JV. Maybe bleh kongsi xperience ko dgn kami kat sini.
 
Top