Sendiri? atau dengan Kawan?

ikhwan

freshman
Joined
Dec 14, 2005
Messages
46
Points
6
dan disini saya ingin bertanya la kepad anda semua, elok buat sendiri2 ke ngan kawan? from my experience, dgn kawan tak pernah jadi. agak menghampakan. most of them suka tidur, dan tinggalkan kerja pada rakan rakan yang lain.

bukan nak cakap bila kita buat semua buat perangai mcm ni, tapi ada saja hal dia menyebabkan kita sendiri takde mood nak teruskan kerja. so i guess better start sendiri la kan? setuju?
 

shuth

Senior
Joined
Dec 13, 2005
Messages
2,936
Points
48
seelok-eloknya.. better buat sorang2... itu lebih mudah dan kurang konflik. namun begitu, bisnes sorang2 ini pun ada kelemahannya.. iaitu skills...

bila kita nak start bisnes sorang2.. kita kena ada banyak skill..
sama ada skill dari buat produk sehinggalah kepada skill marketing.

kebanyakkan bisnes yang berdua yang gagal ini adalah kerana salah pilih partner.. contohnya.. kalau anda pandai buat website.. anda biasanya akan mencari partner yang pandai juga buat website seperti anda. Kalau seorang pandai programming, maka anda akan cari seorang yang pandai design pula.. betul tak?

Kombinasi partner seperti ini agak sukar untuk berjaya..

kalau kita lihat dari contoh2 bisnes partner yang berjaya seperti.. Benson & hedges, mercedes benz dan sebaginya.. mereka ini berdua.. tetapi mereka boleh berjaya.. mengapa?..

Sebabnya.. mereka memilih partner yang sesuai & betul..
Partner yang betul sebenarnya adalah partner yang mempunyai kombinasi...seorang pembuat produk & seorang pembuat marketing..

Jika anda ingin berjaya dalam bisnes secara partner.. maka.. pilihlah yang betul.. jangan hanya kawan kita itu rapat ngan kita.. then kita pun ajak dia buat bisnes.. kemungkinan besar akan lingkup...

Kecuali.. memang kita tahu.. rakan kita itu memang pandai di dalam hal2 marketing..

Kesimpulannya, jika ingin membuat bisnes secara partner..
seorang mesti pandai buat produk (kuih ke, website ke, kereta ke, pizza dll)
seorang lagi mesti pandai buat marketing...

tidak bleh kedua2nya mempunyai kemahiran hanya membuat produk atau hanya pandai membuat marketing..
 

smartusaha

Active
Joined
Dec 8, 2005
Messages
3,878
Points
48
Kalau saya, lebih baik sorang.. Tetapi bergantung kepada keadaan:

1. Kalau projek tu besar seperti pembangunan software atau web application yang berskala besar, better buat secara partner.. Seperti kata shuth, sorang buat produk, sorang lagi marketing. Atau dua-dua pembangun dengan divide modul sistem atau tugas.. ATAU jika anda bukan dari bidang IT (contoh bidang IT), dan ingin jadi manager katakan, anda boleh cari partner untuk develop software & anda bahagian pengurusan...

2. Jika bersaiz kecil, baik buat sorang.. Jika just simple project, takkan nak share kot..

Satu kekurangan buat sorang2 ni.. Anything happen kepada kita spt sakit ker apa ker yg tak disangkakan, so takleh lah kita nak berurusan dengan customer.. Satu solution, buatlah manual atau catatan.. If anything happen, orang lain boleh tahu apa yang kita buat.. Berapa hutang kita, maklumat2 customer dan lain2 yang patut.. Just for perancangan untuk masa depan..

Just idea.. :)
 

ikhwan

freshman
Joined
Dec 14, 2005
Messages
46
Points
6
hm, kalau keadaan nye partner mmg dah camtu, sme jenis ada. finance ada, marketing ada, operation pun ada, tapi satu tak jalan takda guna.

paling problem marketing, kalau market takde, operation mau jalan apa? finance mau buat apa?

pastu, marketing jenis tidur ni yang kita tak mau, betul?
 

mohdsufian

Senior
Joined
Dec 13, 2005
Messages
1,261
Points
38
Bagi saya pun sama juga, sebaik-baiknya buatlah sowang dulu. sebab saya dah ada pengalaman situasi begini.

Dulu masa belajar saya dan 2 orang rakan ada etup company. Dalam bidang IT. Alhamdullillah berkembang. tapi slowlah kan. sebab masa tu tengah belajar, tahun 1999. yelah pengalaman tak ada. memang minat business. nak cari staff tak mampu lagi masa tu. projek pun kecik. jadi amik partner lagi dua orang. semua berjalan dengan lancar. tapi masa tu dah ada sedikit masalah. 2 lagi partnet tu tak berapa nak buat kerja sangat. tapi tak per. boleh di atasi lagi.

lepas tu dapat bukak opis sendiri. Sewa rumah kedai. jadi masa tu partner dah 4 orang. masing2 ada bidang masinglah. satu handle Pengurusan, Satu bahagian Networking, Satu bahagian programming dan satu lagi bahagian Designing.

Nak dikatakan rezeki, kami kenal seorang prof, kawan yang rekemankan. dia ada projek urgent nak siapkan. masa tu kami bincang nak kena tambah seorang lagi bahagian marketing. jadi tambah lagi partner. jadi skang partner dah ada lima. staff pun dah ada 6 orang. di tambah dengan budak praktikal 3/4 orang setiap semester.

yang asal 2 skang dah jadi 5. terfikir juga tu. ramai sangat. tapi tak per senang sikit kerja. projek yang prof tu bagi pun besar. Sistem untuk kerajaan Jawa barat, Indonesia di Bandung.

Semuanya berjalan dengan lancar, kami berpindah opis. Di Technovation Park. Kira skang opis dah canggih. tapi masa pindah kat situ. sowang partner dah lesap, tak dapat di hubungi lagi. dan yang sowang lagi dah blah. masalah tu kan.

skang tinggal lagi 3. jalan seperti biasa. kami ada rangcang satu projek. Tiba2 partner aku yang handle bahagian marketing nie, amik projek tu. dia buat sendiri. bengang nak mampus. last2 tinggal kami berdua, yang asal tubuh kan company nie.

banyak konflik yang datang masa tu. terpaksa ditutup. tapi cuma bernasib baik tak berhutang dengan bank atau sesaper pun. Alhamdullillah.

Moral dia, carilah partner yang betul nak buat kerja. kena nilai dan timbang betul2. Fikir semasak-masaknya.

Tapi dalam Online business nie memang digalakkan ada partner. Buat JV.

kalau kita baru2 nak start tak ada website atau opt-in list. kita boleh JV. buat lah proposal. contoh macam saya ada produk yang nak jual, website tak ada lagi. tapi nak start. misalnya smartusaha dah ada website dan dah kumplu opt-in list. saya propos lah kah smartusaha untuk advertise kan produk saya dalam newsletter website smartusaha. contoh pembahagian keuntunan 60%-40%. salah satu jenis partner. bukan? Tapi tidak semestinya kita share profit, macam2 yang boleh kita offer. kalau kita tahu buat design atau programming kita boleh offer skill kita. atau pun lepas nie kita ada website, kita offer advertise website partner kita.

banyak lagi cara yang boleh kita lakukan. sebenarnya dalam internet marketing bila kita baca, misal Jim walker boleh buat sales dalam masa sebulan $1 juta. kekadang tu kita ada baca dia orang nie boleh buat sales 24jam $50K dan banyak lagi keuntungan yang besar tapi dalam masa yang singgkat.

kalau kita buat seorang, tak akan tercapai. tetapi dia orang nie menggunkan teknik JV. Buat JV dengan ramai orang. seperti contoh yang saya katakan di atas. sebab itu dia orang nie boleh buat sales dalam masa yang singkat tapi bila kita tengok sales yang dia orang buat macam mustahil nak buat.

di website nie www.jvalert.com kita boleh cari partner yang berminat nak buat JV projek dengan kita. ini adalah salah satu contoh. banyak lagi website seperti ini.

yang ini contoh Partner yang berjaya. Jimmy D Brown dan Rayn Deiss. antara jutawan internet. ini salah satu projek mereka. banyak projek yang mereka buat berdua. dan tak silap mereka bukan berada di negara yang sama. mereka berhubungan dengan sambungan internet sahaja. kalau tak silap lah. lupa lah pulak. tapi masih lagi jadi partner kan?

http://www.nicheology.com/
http://www.profitavenue.com/opi.htm

pajang sangat dah nie, minta maaf ye admin. nanti kita sambung lagi.
 

ikhwan

freshman
Joined
Dec 14, 2005
Messages
46
Points
6
kalau kita amek kertas, samakan, mmg agak sama la, yang bisnes saya ni pun rasa senak senak je. sebab tu saya join site site gini. lagipun saya dah lama tgk enshuth tu, so saya teragak la akhirnya nak klik dekat link wangcyber, sebab saya dapat rasakan saya akan jumpa ramai orang yang ble bantu dalam ni :D

jv tu agak menarik, tapi kalau buat kampeni sendiri lepas tu cari freelancers sme pun boleh jugak, boleh bayar mereka nanti lg mudah. biar la kita jadi marketing semua, at least tak banyak hal.

rezeki saya, saya jumpa jugak dato` yang ada projek besar/urgent. sebab itu la business ni masih hidup, sebab modal dia masih hidup, tunggu 2-3 tahun lagi maintain office semua, lingkupla. dah marketing tido je? takan nak tunggu 3 tahun baru nak gerak..

nak marah, itu lah, bila kita pilih kawan jadi bisnes partner, macam2 jadi, mmg tak bole harap kalau kita nak harap sorang sorang. memanglah sangat betulnya kalau kita perlu pilih bisnes partner yang betul2 nak buat bisnes.

saya rasa saya keseorangan la begini. haha. :D
 

shuth

Senior
Joined
Dec 13, 2005
Messages
2,936
Points
48
tima kasih sufian sebab kongsi pengalaman...
berkenaan JV, yup itu memang suatu teknik yang berkesan... jadi ada sesiapa nak JV ngan saya?.. ekekek.. :lol:

Saya ada opt-in seramai 1000 orang lebih di maskahwin.com, jadi sesiapa yg nak promote servis/produk untuk orang2 yg nak kahwin.. leh bincang.. :)
 

ikhwan

freshman
Joined
Dec 14, 2005
Messages
46
Points
6
terima kasih semua. hm. ada idea lain? contoh mcm cari tukang penggerak ke apa ke. ada md pun takde guna. haish.
 

born4g_hard80

freshman
Joined
Dec 14, 2005
Messages
16
Points
1
Menarik nampaknya idea JV / bantu membantu ni...

Saya ada cerita tentang bantu membanu ni... (cheh, macam iklan petronas la pulak...)

Saya grad tahun 2003...sekarang ni dah masuk ahun kedua. Selepas grad dulu, saya memang bersemanga nak buat bisnes. Masa tu gh beridealistik selepas baca buku-buku keusahawanan masa alam kampus dulu.

Jadi, nak dijadikan cerita, saya cuba memulakan satu bisnes (bukan MLM ye...). ada beberapa orang memeber yg join,tapi semua tak kekal. Bila cerita kat kawan-kawan yang sama-sama grad dulu, respon paling biasa saya terima;

"apalah engko ni, belajar tinggi-tinggi, buat keje ni je???"
"biar betul engko ni? sia-sia je ko belajar lama-lama kat unibesti. kalau gitu tak payah la masuk unibesti..."
"kalu setakat keje macam ko, budak SPM pn blh buat.."

dan byk lagi...

Alhamdulillah...sekarang dah masuk 2 tahun saya eruskan keje saya ni..dalam begitu, ada juga teman-teman yang jumpa saya sekarang ni yang berkata;

"eh...engko memang taknak keje makan gaji ke?"
"hidup jugak engkau ye..."
"tak sangka aku, macam ni pn ko blh kumpul duit utk kawin"

....begitulah hidup ini...

Sekarang, saya masih lagi meneruskan bisnes saya yang pertama dahulu. di samping, ada beberapa bisnes-bisnes lain sampingan...dengan usaha inilah juga dalam tempoh setahun selepas grad, saya dapat mengumpulkan wang utk kawin. masa tu buku "Mas Kahwin yang hilang" belum ada lagi, kalau tak, mungkin saya antara pelanggan terawal :)

point utama saya di sini ialah; Setiap usaha yang kita lakukan itu, mesti berusaha bersungguh dah smart...tak kira seorang atau berkongsi.

"Tanpa keberanian, mimpi tidak bermakna...." (dipetik daripada filem "Soal Hati")


Tambahan:
Sekarang ni saya tengah nak cuba untuk memasuki pemasaran melalui internet. tup-tup terjumpa laman web ni. Jadi, saya ingin menyertai komuniti wangcyber.com ini untuk menimba sebanyak mungkin ilmu jutawan-jutawan internet sebelum menyertai mereka!!
 

ikhwan

freshman
Joined
Dec 14, 2005
Messages
46
Points
6
hmm, memang sangat penting, cekal tabah, kalau takda mmg tak wujud lagi company tu. nasib masih ada yg tabah.
 

shuth

Senior
Joined
Dec 13, 2005
Messages
2,936
Points
48
Sekarang ni saya tengah nak cuba untuk memasuki pemasaran melalui internet. tup-tup terjumpa laman web ni. Jadi, saya ingin menyertai komuniti wangcyber.com ini untuk menimba sebanyak mungkin ilmu jutawan-jutawan internet sebelum menyertai mereka!!
Selamat Datang born4g_hard80, semoga kita sama2 dapat kongsi & menimba ilmu tentang keusahawanan internet di sini.. :)
 

smartusaha

Active
Joined
Dec 8, 2005
Messages
3,878
Points
48
born4g_hard80,

Bagus!! Saya juga mungkin akan melalui liku2 yg sama spt saudara.. Actually, saya masih student (last year).. Keluarga menganggap bila saya keluar je universiti ni akan dapat kerja bagus2.. Begitu juga jiran-jiran..

Tapi saya jenis yang tidak berminat untuk kerja makan gaji.. tetapi for starting untuk cari duit, kenalah kerja dulu dengan orang kan..? Betul tu born4g_hard80, tak semua orang faham minda usahawan ni.. Bagi mereka makan gaji adalah segala-galanya bagi mereka.. Sebenarnya mereka tidak tahu bahawa, makan gaji sahaja itu 'tidak selamat' untuk mereka.. Hehehe, nak tahu? Jemputlah melawat ke artikel ini:

http://aboutmoney.smartusaha.com/?p=3
 

born4g_hard80

freshman
Joined
Dec 14, 2005
Messages
16
Points
1
smartusaha
Keluarga menganggap bila saya keluar je universiti ni akan dapat kerja bagus2.. Begitu juga jiran-jiran..
bila smartusaha sebut pasal keluarga ni, memang tak dapat dinafikan yang pengaruh keluarga cukup-cukup mempengaruhi selepas graduate...

di universiti dahulu, saya mengambil bidang pengajian yang melayakkan untuk profession profesional (segan la nak sebut bidang apa..). dalam keluarga saya pun, tak ada lagi yang menceburi profession berkenaan. so apabila saya mengambil keputusan untuk 'lari' jauh daripada bidang tersebut, ramai jugak la yang kecewa, dan tak kurang yang memandang serong....

' la, kenapa kemu tak teruskan dalam bidang tu? '

' tak menyesal ke? kalau macam pakcik lain la. pakcik tak masuk universiti...'

'tau tak, dalam famili kita takde lagi yang ambil bidang ni....rugila...'


semua ni dah lali di telinga saya....

moga-moga smartusaha bersedia menghadapinya!
 

hasrul

Senior
Joined
Dec 15, 2005
Messages
729
Points
18
biasalah tu .... family dan kebanyakan orang kita memang suka untuk makan gaji sahaja... jalan mudah katakan..

Adik saya pun cam tu gak dulu.. lepas grad UIA, terus parents suruh kerja, apply KPLI lah... macam² lagi... tapi saya suruh kerja dengan saya sebagai guru tuition. lepas setahun, dia dah boleh jalan sendiri, saya serahkan perniagaan tu pada dia. Sekarang alhamdulillah, dah ok. Orang di keliling kita memang suka bercakap. Biarkan. Itu memang salah satu sifat manusia. Keyakinan dan semangat mesti tinggi. Pertahankan apa yang kita telah mulakan.

Berbalik pada tajuk kita tu, pada pendapat saya bisnes buat sendiri lebih baik. Banyak faedah yang kita boleh dapat.

1. membina keyakinan diri.
2. untung sendiri, rugi sendiri (jadi tak melibatkan orang lain)
3. kita boleh belajar banyak perkara, daripada pengurusan, pemasaran, kerja dan sebagainya. Kalau kita buat berpartner, sudah tentu kita akan melepaskannya pada partner kita. kalau partner kita lari ke, aper ker, kita akan kehilangan punca. itu yang stuck tengah jalan tu.
4. dan banyak lagilah..

kekurangannya pun ada gak... mcm shuth ngan smartusaha cakap tu betul..

Tapi walau apa pun, dalam perniagaan, modal tu penting. tak kira ler dapat dari mana (kalau boleh jangan ****). jadi perbelanjaan bulanan (fixed cost & overhead )kalau boleh mestilah rendah. Itulah yang paling penting dalam memulakan perniagaan dan supaya perniagaan itu bertahan lama.

Saya memilih isteri saya untuk jadi partner dalam perniagaan saya. tapi register company tetap sendiri² punya nama. kira jv ler tu.

Salamzz
 

ikhwan

freshman
Joined
Dec 14, 2005
Messages
46
Points
6
hm, mungkin sistem education yang ada sekarang ni yang menghalang perkembangan diorang ni.

cara jpa/mara/petronas mengendalikan pelajar pelajar ni boleh mengakibatkan mereka merasa makan gaji lebih baik dll. lepas dihantar jauh ke luar negara semua, selepas kembali dihantar ke kampung kampung, jumpa gadis kampung, kahwin, makan gaji, tinggal di sana. kebanyakan lepasan lepasan universiti yang bercita cita tinggi patah semangat sebab benda benda kecil ni la. masa kerja awal awal memang gaji kecil mereka kata. hmm. entahlah. terpulang pada individu, ada yang teruskan semangat cekalkan hati, kerja habis je contract, lari. bukak firm/company sendiri.

tinggallah beberapa kerat yang berminat je :D
 
Top