Semua e-book adalah Tipu!

mindcry

Newbie
Joined
Oct 27, 2010
Messages
212
Points
0
Oh my, this is a nice topic. Ramai yang beri pendapat, ramai yang against pendapat. Ada yang defend ada yang attack. Tak kurang juga yang menambah garam dan gula supaya cerita lebih sedap. Ini saya maksudkan di dalam forum ini.

Hari ni kalau anda seorang penjual, then terdengar satu isu, "eh orang jual sayur sekarang ni penipu, diorang itu ini bla bla bla begitu begini.....". Apa yang akan anda kata? Kalau anda penjual ikan dan orang berkata bla bla bla yang negatif tentang karier anda, apa anda akan kata? Pertama sekali, anda mesti akan defend kerjaya anda, kerana itu adalah pekerjaan anda. Ini adalah fitrah. Rata-rata penjual ebook disini akan defend diri mereka.

Tidak kurang juga dengan pembeli yang merasakan diri mereka tertipu. Apa yang dibayar tidak berbaloi langsung dengan yang dapat dibaca dan diperoleh. Ada orang jenis boleh telan dan mendiamkan diri. Ada orang yang ingin mengadu. Ada orang walaupun tak pernah beli apa-apa, tapi suka menghangatkan keadaan. Ini digelar kaki bakar. Walau apapun jua alasan, mereka ini tetap ada hak untuk menyuarakan ketidakpuashatian melainkan sikaki bakar yang peranannya hanya menghina dan menyusahkan orang tanpa sebab.

Isu ini memang menarik kerana kalau ia tidak dibuka, minda kita juga tak akan terbuka. Seolah olah internet business itu langsung tiada masalah dan mudah untuk dilakukan. hakikatnya semua business ada masalah sebegini. Cuma saya ingin bertanya kepada yang pro pada tajuk, adakah soal penipuan ini perkara baru dalam perniagaan? Sekiranya anda seorang pembeli yang tertipu, adakah ia silap anda atau silap penjual yang penipu? Bukankah semua jenis pemasaran menggunakan taktik yang sama iaitu mengguankan semakismum mungkin daya penarikan untuk pembelian.

Kemudian saya bertanya kepada mereka yang membangkang tajuk ini, adakah salah topik ini dibuka? Ada saya lihat yang tidak gemar apabila topik ini dibuka seolah-olah cuba menutup pintu rezeki ebook seller. Jawapannya kita tiada hak menghalang daripada orang bersuara dan complain berlebih lagi complaint itu benar.

Cuma saya teringat apa yang tertulis didalam kitab, apabila seseorang itu bertindak berlebih-lebihan, maka mereka itu diantara golongan orang munafiq. Ia membawa maksud, barangsiapa yang beremosi berlebihan, menambah-nambah cerita, menyedapkan cerita atau disimpulkan sebagai bertindak berbohong dan berlebih-lebihan, maka tergolonglah mereka dikalangan orang yang MUNAFIQ.

Orang akan tetap beli ebook, orang akan tetap ada yang complain ebook. Bersembanglah mengikut kadar. Atau rugi saja dapat title munafiq. :). Walalhualam. Tajdid.

note: sembang ni maksudnya luas. bukan ditafsir sembang di forum, boleh juga bermaksud penulis yang sembang berlebihan tapi habuk pun tarak dalam ebook. Wallahaulam.
 
Last edited:

Wan Firdaus

freshman
Joined
Dec 10, 2010
Messages
3
Points
0
Betul ke bro? tapi kalo ade riban2 fan dekat fb @ riban2 kawan dkt fb buleh wat duit.tips omputeh bagi dlm ebook ni,tapi kene kua modal la sket. hxxp://fbincome.110mb.com
 

faezil

Newbie
Joined
Oct 2, 2007
Messages
7,061
Points
38
Betul ke bro? tapi kalo ade riban2 fan dekat fb @ riban2 kawan dkt fb buleh wat duit.tips omputeh bagi dlm ebook ni,tapi kene kua modal la sket. hxxp://fbincome.110mb.com
ada baiknya bro jangan meletakkan link promosi merata2... apetah lagi di ruangan 'semua ebook adalah penipu'.. nanti tak pepasal dijadikan contoh ebook penipu... susah nanti

untuk berpromosi, silakan di ruangan WTS. Tak mahal... hanya $2 USD je... bro jual ebook $9 USD
 

Nakia

freshman
Joined
Jun 19, 2009
Messages
301
Points
18
Bagi saya topik posting ni terlalu umum dan menyeleweng kerana :-

1. Bukan semua e-book adalah tipu
2. Niche e-book (e-book tentang bagaimana membuat pelan perniagaan misalnya )

Kadang2 apa yang kita mahu tidak sama dengan apa yang terkandung di dalam e-book jadi kita mungkin anggap ianya sebagai penipuan tetapi sebenarnya kita sudah salah pilih e-book.
 

bukharie

freshman
Joined
Dec 17, 2010
Messages
20
Points
0
sampai bank account dah penuh..dahsyat tu..kalau ada,nak tahu juga rahsianya:)

ps:yang penting siapa penulisnya,setiap penulis ebook ada idea masing-masing
 

mali3501

freshman
Joined
Aug 18, 2008
Messages
41
Points
6
salam...
apa yg saya tak berapa setuju dlm penjualan ebook;

-hadkan tempoh penjualan (cth: lepas tarikh tertentu, jualan ditutup, kalau ikhlas nak bantu semua org kenapa hadkn penjualan)
-harga yg berbeza-beza (cth: slps penjualan 50 unit harga akan mnjadi lain selalunya akn lebih mahal, slps 100 unit lain lg harganya, laagi mahal. apa rasional sdgkan kandungan yg sama)
-yang tolong review selalunya kengkawan sendiri (sesama member IM yg dh tentu support member)
-support yg belum tentu berkesan (cth: hntr email blum tentu reply, buat forum kadang2 tuanpunya sendiri tak aktif aktif dlm forumnya.)
-money back guaranty, betulke? (tak semua la)
-tak berpeluang tengok kandungan (kalau ada sikit sgt), utk pastikn betul dgn apa yg kita mahu sbgmana yg blh kia belek dlm buku fizikal.
-kadang terdpt penggunaan bahasa yang tidak berbentuk ilmiah (mungkin sbhgn suka yg jenis macam ni, citarasa masing2)

harap maaf jika ada yg terasa.
cuma dari pandangan & pemerhatian saya yang mentah
 

afiqamsyar

freshman
Joined
Dec 13, 2010
Messages
32
Points
0
emmmmm...ada betul jugak fakta ni...x semestinya ebook yg hebat tu..akan membuatkan kita jd 'hebat"...macam propaganda jah ni...benda xtah kemana...mcm org kata "kata-kata itu lebih tajam dari pedang"...nampak je hebat...tp emmmmmmmm...terpulang pada individu menafsirkannya....
 

faezil

Newbie
Joined
Oct 2, 2007
Messages
7,061
Points
38
salam...
apa yg saya tak berapa setuju dlm penjualan ebook;

-hadkan tempoh penjualan (cth: lepas tarikh tertentu, jualan ditutup, kalau ikhlas nak bantu semua org kenapa hadkn penjualan)
kebiasaannya... had penjualan (sama ada had tarikh atau had jumlah) hanya gimik je... supaya ramai yang membeli. Kalau tak buat macam tu, nanti ramai yang akan berkata... ala nantilah beli....tahun depan pun boleh beli....

Hakikatnya bukan nak tutup betul2 pun..... just gimik je...

kalau betul2 tutup pun, atas sebab dah tak nak handle lagi ebook tersebut dan nak tumpukan projek terbaru

-harga yg berbeza-beza (cth: slps penjualan 50 unit harga akan mnjadi lain selalunya akn lebih mahal, slps 100 unit lain lg harganya, laagi mahal. apa rasional sdgkan kandungan yg sama)
ada 2 kemungkinan.... pertama... just gimik. cakap akan naik harga tetapi tak naik pun

kedua... harga sebenar memang mahal tetapi dijual murah pada peringkat awal.

Teknik ini adalah antara teknik harga yang diiktiraf oleh Dr Irfan Khairi... lihat di sini

-yang tolong review selalunya kengkawan sendiri (sesama member IM yg dh tentu support member)
kalau bukan member sendiri nanti dikatanya pulak nama tak wujud sengaja karang testi pulak, kan ?
 

mohdamir

freshman
Joined
Nov 20, 2007
Messages
179
Points
16
Hemm.. bagi aku ada sesetengah ebook yang indah khabar dari rupa. Cuma yang terkenanya kami yang newbie2x ni :( Huhuhu. Anyway ni mungkin sebagai cadanganlah. Better letak 'real testimonial' daripada meletakkan review semata-semata. Sebab aku tengok ramai ebook yang letak review dari otai-otai yang dah tentu banyak dah buat duit. Cuba cari seorang dua orang buat testdrive ebook tersebut kemudian suruh diorang bagi testimonial. Baru berbaloit orang nak beli :) just my 2 cents
 

mali3501

freshman
Joined
Aug 18, 2008
Messages
41
Points
6
Hemm.. bagi aku ada sesetengah ebook yang indah khabar dari rupa. Cuma yang terkenanya kami yang newbie2x ni :( Huhuhu. Anyway ni mungkin sebagai cadanganlah. Better letak 'real testimonial' daripada meletakkan review semata-semata. Sebab aku tengok ramai ebook yang letak review dari otai-otai yang dah tentu banyak dah buat duit. Cuba cari seorang dua orang buat testdrive ebook tersebut kemudian suruh diorang bagi testimonial. Baru berbaloit orang nak beli :) just my 2 cents
betul tu..
kat situlah selalunya newbie boleh terkena (tarikan oleh review drpd otai IM)
kalau ada test drive oleh newbie & testimonial oleh newbie baru boleh nampak keberkesanannya...
w/bgmanapun tak semua ebook hampeh...ada yg boleh pakai..
 
Last edited:

muttaqien

freshman
Joined
May 9, 2010
Messages
61
Points
0
lawak gak baca....."kalau dah kaya buat apa jual ebook"...hahahhahahaha...jawapan razif tepat.....semua org nak tambah kaya...haiyo....minyak kene bayar o!

sewa2/bil2 kene settle setiap bulan...

loan2=kereta/rumah/tanah dll semuanya kene bayar.....org kaya jadi miskin mcm nie...
 
Top