Sempurnakah kita...?

Joined
Dec 18, 2008
Messages
15
Likes
0
Points
1
Offline
#1
Alhamdullilah...bertembung lagi kita dengan permulaan tahun Hijriah 1430, seiringan dengan tibanya tahun Masihi 2009. Ini bermakna, telah diberikan kita kesempatan sekali lagi untuk kita menggandakan usaha memperbaiki diri ke arah menjadi lebih cemerlang dan gemilang, lebih dari tahun-tahun yang sudah. Semoga dapat kita melipatgandakan lagi kasih sayang kepada diri sendiri, ahli keluarga, sahabat handai dan kepada semua makhluk di sekeliling kita.

Selama ini kita mungkin sering menumpukan tranformasi diri dari aspek luaran - mahu berhenti merokok, mahu mengurangkan perbelanjaan yang membawa kepada pembaziran, mahu berjimat dan mungkin menyimpan hasrat untuk menunaikan fardu haji. Mengapa tidak untuk kali ini kita rancang atau berusaha untuk memperbaiki diri kita dari aspek lain, selain meneruskan azam yang pernah kita buat pada tahun-tahun yang lepas.

Marilah kita duduk seketika, lapangkan fikiran yang sentiasa kecoh dan sibuk dengan urusan duniawi yang pastinya tidak akan ada kesudahannya. Kita tumpukan perhatian serius dan berikan tumpuan seratus peratus kepada diri kita.

Bagaimanakah prestasi amalan kita kepada Allah? Sudahkah kita melakukan yang terbaik sebaik-baiknya...?

Fikir-fikirkan la...
 
Joined
Sep 23, 2006
Messages
1,837
Likes
6
Points
38
Offline
#2
.....Mengapa tidak untuk kali ini kita rancang atau berusaha untuk memperbaiki diri kita dari aspek lain, selain meneruskan azam yang pernah kita buat pada tahun-tahun yang lepas....
:) saya suka potongan ayat ni. Ada juga saya nyatakan dalam salah satu entri di blog saya.

Ramai di antara kita, saya yakin mempunyai rancangan untuk meningkatkan lagi prestasi diri dari tahap sekarang.

Tetapi adakah ia sekadar perancangan sahaja, atau masih omong-omong. :) Maka segala perancangan mestilah disusuli dengan tindakan agar ia menjadi realiti.

Teori + Praktikal = Result/Outcome
 

joker

freshman
Joined
Sep 26, 2008
Messages
247
Likes
1
Points
18
Offline
#3
"Tuhan tak ingat kita kalau kita pun tak ingat Tuhan"

Bro sory sb aku rasa ayat ni mcm x kena.
kenapa? sbb Dia sentiasa ngat kat semua makhluknya.. walaupun kita lupakanNya.. Dia yg bg udara, makan, minum dan semuanya..
Sory bro kalo de slh tlg tunjukkan.. ni aku ckp utk diri aku sendiri.
 
Joined
Sep 23, 2006
Messages
1,837
Likes
6
Points
38
Offline
#4
:) ramai ingat diri mereka sempurna. tiada yg sempurna, sesempurna Nabi Muhammad SAW.

Jom, jgn buang masa, kita tingkatkan diri kita selangkah ke hadapan dari tempat yang anda berada 10 minit yang lalu. :D
 
Joined
Oct 11, 2007
Messages
3,038
Likes
1
Points
38
Age
37
Offline
#5
Walopun dah lama benda nie,, Just nak share sedikit la.. ^_^

Jgn dok pikir kelemahan semata, pikir tentang perkara yang telah berjaya kita capai... Pasti ia akan membuat kita sentiasa dekat dengan Yang Maha Esa.

Salam kejayaan, salam Usahawan buat semua..
 

Affuan

freshman
Joined
Apr 15, 2008
Messages
104
Likes
0
Points
16
Offline
#6
yang penting, terus memperbaiki diri dan berusaha tanpa jemu..

*walaupun sakit pinggang di depan pc hari2 bahana membuat bisnes internet. haha.
 
Joined
May 8, 2008
Messages
445
Likes
0
Points
16
Age
33
Offline
#7
yg aku faham drpd pernytaan tuan tanah ialah supaya bermuhasabah utk kehidupan akhirat.

ramai di antara kita salah faham antara keperluan dan maksud.
Rumah,duit,kereta, harta benda itu semuanya keperluan tetapi kita jadikan sbg maksud hidup.
Hari2 dok kejar itu. Hari2 juga dok menuju ke kubur.

Maksud hidup taat perintah Allah ikut Sunnah utk kehidupan akhirat. Nasihat utk aku ler.Huhu.
 
Top